Untuk peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menetapkan gred SPM 2024 bagi pemarkahan untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan ini.
Julat pemarkahan ini dibuat untuk menilai prestasi calon yang mengambil peperiksaan ini.
Dalam erti kata yang lain, penentuan gred ini adalah bergantung kepada jumlah markah yang diperoleh calon mengikut kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang tertentu.
Oleh itu, diterangkan seperti dibawah pemarkahan dan gred yang diberikan dalam peperiksaan ini.
Mengenai SPM
SPM ialah peperiksaan utama kebangsaan, ditadbir secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.
SPM merekodkan pencapaian murid untuk digunakan untuk tujuan berikut:
- Kelayakan asas memasuki program pada peringkat lebih tinggi.
- Kriteria asas dalam mendapatkan biasiswa.
- Memohon pekerjaan.
- Pencapaian bagi pentaksiran pendidikan murid sepanjang tempoh pendidikan menengah tingkatan lima.
SPM juga adalah diiktiraf setaraf dengan GCE O-level. Penjaminan kualiti bagi SPM dilakukan bersama badan badan pentaksir luar negara seperti:
- Cambridge International Examinations (CIE)
- New Zealand Qualification Authority (NZQA)
- Victoria Curriculum and Assessment Authority (VCAA)
- Pearson
- CITO
Penentuan Gred SPM 2024
Penentuan gred ini dibuat berdasarkan markah berikut:
Markah | Gred Menengah | Nilai Gred Menengah Atas 2023 |
---|---|---|
90 – 100 | Gred A + | Cemerlang Tertinggi |
80 – 89 | Gred A | Cemerlang Tinggi |
70 – 79 | Gred A – | Cemerlang |
65 – 69 | Gred B + | Kepujian Tertinggi |
60 – 64 | Gred B | Kepujian Tinggi |
55 – 59 | Gred C + | Kepujian Atas |
50 – 54 | Gred C | Kepujian |
45 – 49 | Gred D adalah mencapai tahap minimum | Lulus Atas |
Markah 40 – 44 | Gred E adalah markah lulus spm sebenar 2023 | Lulus |
Markah 0 – 39 | Gred G | Gagal |
TH | TH | Tidak Hadir |
Cara Pengiraan Markah SPM
Pengiraan markah untuk SPM boleh dilihat seperti contoh di bawah:
Maklumat mengenai SPM boleh dirujuk menerusi pautan http://lp.moe.gov.my/index.php/peperiksaan-pentaksiran/peringkat-menengah-atas/52-sijil-pelajaran-malaysia
Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM, Zakat & Bantuan IPT 2024