Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Geran Sumbangan SKUM 2023 (Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia) kini dibuka.
Program Geran Sumbangan SKUM (GSS) adalah program tahunan yang dilancarkan oleh SKUM bagi menyalurkan sumbangan kewangan untuk perlaksanaan aktiviti, program atau projek berkaitan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan.
Untuk makluman, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan di Malaysia untuk melaksanakan program dan aktiviti berteraskan bidang kompetensi dan keutamaan UNESCO di peringkat kebangsaan termasuklah mempromosikan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) menjelang tahun 2030.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai program ini dengan lebih lanjut.
Baca Juga : BikeCare-1000 : Bantuan Pembelian Motosikal Untuk Pekerja Gig Selangor
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan bagi geran ini adalah pada 9 Januari 2023.
Syarat Permohonan Geran Sumbangan SKUM 2023
Syarat permohonan bagi geran ini adalah seperti berikut :
- Keutamaan permohonan diberikan kepada non-governmental organisation (NGO), civil society organisation (CSO) serta persatuan/kelab berkaitan UNESCO seperti ASPnet, Kelab UNESCO, UNESCO Chair dan lain-lain.
- Permohonan dibuat melalui JKT SKUM, mengikut skop bidang tugas kementerian.
- Program berasaskan penyelidikan persendirian adalah tidak dibenarkan.
- Pemohon wajib menyatakan secara khusus pencapaian SDG terlibat (contoh: SDG 4, SDG Target 4.7, SDG Indicator 4.7.1) terutamanya yang berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO.
- Keutamaan permohonan adalah kepada program yang mempunyai impak jangka masa panjang dan penglibatan masyarakat.
- Tempoh program yang dipohon adalah tidak melebihi 6 bulan.
- Program yang dipohon perlu menyatakan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan (sekiranya ada).
- Pemohon perlu mengemukakan profil pertubuhan/institusi serta maklumat tambahan (sekiranya berkaitan).
- Mengemukakan salinan penyata bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan. Penyata bank persendirian adalah tidak dibenarkan.
- Permohonan perlu menggunakan format Borang Permohonan yang telah disediakan dan disokong oleh JKT yang berkaitan. Kertas kerja yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Cara Memohon
Pemohon boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :
- Layari pautan permohonan https://www.motac.gov.my/pengumuman/program-geran-sumbangan-suruhanjaya-kebangsaan-unesco-malaysia-skum-tahun-2023?fbclid=IwAR0QjHfmmMhn9oo5h15V-NHBoWUc01WfPP1QVFHG2Jet5DSPGcAipF2x8ww.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan betul.
- Hantar borang permohonan melalui email ke alamat [email protected] dan salinan kepada [email protected].
Peruntukan Yang Tidak Akan Diluluskan
Permohonan yang tidak akan diluluskan adalah seperti berikut :
- Pembelian aset dan projek infrastruktur;
- Pembayaran emolumen (contoh: elaun Pembantu Penyelidik, enumerator dan lain-lain)
- Tuntutan perjalanan dan penginapan.
- Hadiah pertandingan dan bayaran saguhati peserta.
- Perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai Program Geran Sumbangan SKUM 2023 sila layari laman web MOTAC.