GERAN SEPADAN PTPTN SEHINGGA RM10,000 UNTUK PENDEPOSIT SSPN-I
Keistimewaan Geran Sepadan sehingga RM10,000?
Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tujuan pendidikan anak-anak.
Oleh itu, pendeposit SSPN-i yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 layak dipertimbangkan untuk pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi penerima manfaat (anak) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat untuk permohonan Geran Sepadan PTPTN.
Apakah Geran Sepadan PTPTN / SSPN-i?
Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang.
Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan.
Berikut syarat-syarat permohonan:
- Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
- Pendeposit mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00.
- Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
- Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
- Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima manfaat.
Baca juga: Yayasan Selangor: Permohonan Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Sesi September 2021
Cara Permohonan Geran Sepadan
Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:
- Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
- Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
- Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
- Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
- Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
- Sekiranya penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan di https://www.ptptn.gov.my/geran-sepadan-sspn-i-side
Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter secara walk-in tidak dibenarkan dan terhad kepada urusniaga secara temujanji.
Jika ingin ke kaunter untuk berurusan, sila rujuk: e-JanjiTemu PTPTN: Cara Buat Temujanji Kaunter Negeri /Cawangan