GEOAgro: Semakan Subsidi Diesel Petani, Penternak, Nelayan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Kerajaan baru sahaja memperkenalkan program Bantuan Subsidi Madani (BUDI Madani) dan antara syarat yang dkenakan buat petani, penternak dan pengusaha akuakultur adalah untuk mendaftarkan diri di sistem GeoAgro terlebih dahulu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan berkata, individu yang layak dan menepati syarat ditetapkan boleh melakukan pendaftaran menerusi portal yang disediakan.

Penerima yang layak akan menerima BUDI Madani sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Apa itu BUDI Madani / BUDI Agri-Komoditi?

Menjelang pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Kementerian Kewangan akan membuka pendaftaran Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI mulai 28 Mei 2024.

Bagi petani kecil dan pekebun kecil komoditi, permohonan boleh dibuat di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel.

Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

budi agri komoditi

Baca lagi: BUDI Agri Komoditi – Semakan & Permohonan Subsidi Diesel

Syarat Kelayakan BUDI Agri-Komoditi

Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu:
    • Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
    • Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan
    • Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan);
  3. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
  4. Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI iaitu https://budimadani.gov.my termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan
GEOAgro
GEOAgro
GEOAgro
GEOAgro

Pendaftaran Sistem GeoAgro Bagi Subsidi Diesel Bersasar

Sistem Pendaftaran GeoAgro merupakan platform atas talian yang dibangunkan oleh KPKM dalam menyokong inisiatif pendigitalan perkhidmatan Kerajaan.

Sistem ini terbuka kepada individu, syarikat, pertubuhan, persatuan dan koperasi yang terlibat dalam aktiviti tanaman termasuk padi, ternakan dan perikanan serta akuakultur.

Pangkalan data Sistem Pendaftaran GeoAgro akan membantu Kerajaan dalam merancang dan melaksanakan program yang berkaitan secara lebih bersasar.

Kumpulan sasar sektor pertanian di bawah KPKM adalah digalakkan untuk berdaftar serta mengemaskini maklumat pengguna, ladang dan jentera seperti di pautan:

Sila rujuk info di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini:

SISTEM PENDAFTARAN GEOAGRO

  • Merupakan platform atas talian yang dibangunkan oleh KPKM dalam menyokong inisiatif pendigitalan perkhidmatan Kerajaan
  • Sistem ini terbuka kepada individu, syarikat, pertubuhan, persatuan dan koperasi yang terlibat dalam aktiviti tanaman termasuk padi, ternakan dan perikanan serta akuakultur.
GEOAgro
  1. Kumpulan sasar yang digalakkan untuk berdaftara di bawah sistem ini adalah mereka yang terlibat dalam sektor pertanian di bawah KPKM. Sila kemaskini maklumat pengguna, ladang dan jentera melalui pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/login ATAU imbas kod QR di bawah:
  • Pangkalan data Sistem Pendaftaran GeoAgro akan membantu Kerajaan dalam merancang dan melaksanakan program yang berkaitan secara lebih bersasar.

Bagi yang telah berdaftar dalam sistem GeoTanaman Jabatan Pertanian, butiran pengusaha akan secara automatik direkodkan di KPKM.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan : https://geoagro-register.kpkm.gov.my/

Sebarang pertanyaan/bantuan/aduan boleh disalurkan melalui emel kepada [email protected]

Cara Daftar GEOAgro

Sistem Pendaftaran GeoAgro merupakan platform atas talian yang dibangunkan oleh KPKM dalam menyokong inisiatif pendigitalan perkhidmatan Kerajaan.

Pangkalan data Sistem Pendaftaran GeoAgro akan membantu Kerajaan dalam merancang dan melaksanakan program yang berkaitan secara lebih bersasar.

daftar GEOAgro

Petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang berkelayakan perlu berdaftar terlebih dahulu melalui Sistem GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/login

  1. Layari laman web GeoAgro dengan mengklik pautan di atas
  2. Klik pada butang “Daftar Sebagai Penguna Baru
  3. Masukkan segala maklumat yang diminta
  4. Klik kotak pengesahan
  5. Klik pada butang Simpan

MAKLUMAN PENTING : Sistem Pendaftaran GeoAgro akan ditutup setiap malam Isnin sehingga Jumaat dari jam 9.00 malam sehingga 12.00 tengah malam. Penutupan akses ini diadakan bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sistem.
Segala kesulitan disebabkan oleh perkara ini adalah sangat dikesali.

Log masuk

Pada halaman utama GeoAgro:

  1. Masukkan ID Pengguna
  2. Masukkan Kata Laluan
  3. Klik butang Log Masuk

Pertanyaan & Bantuan

Untuk sebarang pertanyaan/bantuan mengenai GEOAgro, sila hubungi pegawai yang bertugas di emel [email protected] atau sila imbas kod QR di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut