Gegata : Punca, Tanda & Cara Hilangkannya

gegata
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Gegata atau nama saintifiknya urtikaria merupakan sejenis masalah kulit yang biasa berlaku dan selalunya tidak membahayakan nyawa anda. Namun begitu, gejala ini boleh menyebabkan ketidakselesaan yang serius jika tidak dirawat dengan betul.

Dalam artikel ini kami akan membincangkan secara terperinci tentang apa itu gegata, punca, tanda dan simptom, serta cara rawatan yang berkesan.

Jadi bagi anda yang mengalami gejala ini atau tidak mengenalinya langsung, pastikan anda bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk mengetahui lebih lagi tentangnya.

Apa Itu Gegata?

Gegata atau dikenali juga sebagai urtikaria dalam istilah perubatan, adalah keadaan kulit yang menyebabkan ruam merah, bengkak, dan kegatalan pada kulit. Ruam ini biasanya muncul secara tiba-tiba dan boleh merebak ke kawasan kulit yang lebih besar. 

Penyakit ini dikenali juga sebagai sopak garam kerana kepercayaan orang-orang tua yang menyatakan bahawa penyakit ini boleh disembuhkan jika diletakkan garam pada bengkak-bengkak tersebut.

Untuk pengetahuan anda, urtikaria ini boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu:

  • Gegata akut
    • Berlaku secara tiba-tiba dan biasanya hilang dalam masa kurang daripada enam minggu.
  • Gegata kronik
    • Berlaku secara berterusan lebih daripada enam minggu dan memerlukan perhatian perubatan.
    • 90% punca berlakunya gegata kronik ini selalunya tidak diketahui dan berlaku secara tiba-tiba.
    • Penyakit ini juga mungkin merupakan tanda bagi masalah kesihatan lain yang dihadapi pesakit, seperti:
      • Gangguan autoimun
      • Penyakit seliak
      • Lupus
      • Diabetes jenis 1
      • Artritis reumatoid
      • Penyakit tiroid

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Punca Berlaku

Gegata berlaku apabila tubuh melepaskan hormon histamin secara berlebihan, yang menyebabkan keradangan dan kegatalan pada kulit. Antara punca utama gegata adalah:

  • Alergi makanan.
  • Gigitan serangga.
  • Alergi ubat-ubatan.
  • Jangkitan virus atau bakteria.
  • Faktor persekitaran
    • seperti suhu terlalu panas atau sejuk
    • peluh berlebihan akibat senaman
    • pendedahan kepada bulu haiwan peliharaan.
    • material pakaian
    • debunga atau habuk daripada pokok
  • Punca tidak diketahui (spontaneous urticaria) di mana gegata muncul tanpa sebab jelas.
gegata

Tanda dan Simptom 

Bagi anda yang tidak pernah mengalami gejala urtikaria atau gegata ini berikut merupakan tanda-tandanya:

  • Ruam merah atau putih yang berbentuk jalur atau bintat pada kulit
  • Kulit menjadi bengkak dan sangat gatal
  • Ruam boleh berubah saiz dan bentuk serta merebak ke kawasan lain di badan
  • Rasa tidak selesa yang boleh mengganggu tidur dan aktiviti harian

Ruam gegata biasanya hilang dalam masa 24 hingga 48 jam jika tidak serius, tetapi boleh berulang dan menjadi kronik jika tidak dirawat dengan betul.

Cara Rawat Gegata

Rawatan gegata bertujuan untuk mengurangkan simptom dan mencegah berulangnya ruam. Berikut adalah beberapa cara rawatan yang berkesan:

Rawatan Perubatan

  • Ubat antihistamin adalah pilihan utama untuk mengurangkan kegatalan dan keradangan akibat pelepasan histamin.
  • Dalam kes gegata kronik atau teruk, doktor mungkin memberikan steroid dalam bentuk tablet atau suntikan.
  • Elakkan punca alahan yang dikenal pasti seperti makanan atau ubat tertentu.

Rawatan dan Penjagaan di Rumah

  • Jangan menggaru kawasan yang gatal untuk mengelakkan keradangan bertambah teruk.
  • Sapu krim anti-gatal yang boleh dibeli di farmasi untuk melegakan kegatalan.
  • Gunakan kain sejuk atau kompres sejuk pada kawasan yang terkena untuk mengurangkan bengkak dan gatal.
  • Pakai pakaian longgar untuk mengelakkan geseran yang boleh memburukkan gegata.
  • Mandi dengan air garam:
  • Petua tradisional seperti sapuan campuran tepung beras, bedak sejuk dengan air garam, bawang merah tumbuk, kunyit hidup dengan kapur makan, atau mandi dengan cuka epal juga dipercayai berkesan.
  • Penggunaan produk semulajadi seperti Forever Aloe Vera Gelly boleh membantu meredakan kegatalan dengan mudah tanpa kesan sampingan.

Pencegahan

  • Kenal pasti dan elakkan punca alahan yang boleh mencetuskan gegata.
  • Jaga kebersihan kulit dan elakkan kerap menggaru.
  • Kekalkan hidrasi kulit dengan minum air yang cukup dan menggunakan pelembab jika perlu.

Gegata adalah masalah kulit yang boleh diatasi dengan rawatan yang betul dan penjagaan diri yang sesuai. Jika gegata berlarutan lebih dari enam minggu pastikan anda segera mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut