Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Cara Buat Laporan

Gangguan Seksual
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Gangguan seksual adalah salah satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh
seseorang terhadap seseorang yang lain dan perkara ini banyak berlaku di tempat kerja.

Kebiasaannya perlakuan ini dilakukan oleh individu yang lebih berkuasa dan mengalami ketidaksejahteraan psikologi dan kelompok ini biasanya mengalami permasalahan hidup, keluarga dan perhubungan yang kurang stabil.

Gangguan seksual memberi kesan negatif kepada mangsa yang mungkin boleh
menyebabkan mangsa mengalami trauma, fobia, ketakutan dan menjejaskan rutin
harian.

Gangguan seksual berlaku bukan sahaja di tempat kerja malah di institut pengajian tinggi, sekolah dan di tempattempat awam.

Gangguan seksual di tempat kerja menimbulkan suasana persekitaran kerja yang serba salah, menakutkan dan lain-lain kesan negatif yang menjejaskan suasana perhubungan yang harmoni.

Jenis-jenis gangguan seksual

jenis Gangguan Seksual
  1. Lisan: penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuatbunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan secara seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual.
  2. Isyarat: sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat lain.
  3. Fizikal (Sentuhan): mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium, menjilat, atau meraba.
  4. Psikologi: perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual.
  5. Visual (Online): menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog atau platfom media sosial seperti facebook, WhatsApp, twitter atau apa-apa aplikasi.

Artikel berkaitan: Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) & Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam (SPA)

Undang-ndang berhubung gangguan seksual

Di Malaysia, tiada statut yang khusus berhubung dengan undang-undang dan kawalan
terhadap gangguan seksual di tempat kerja.

Bagaimanapun pada 2012, pindaan kepada Akta Kerja 1955 telah dibuat untuk memasukkan beberapa peruntukan berhubung dengan undang-undang gangguan seksual di tempat kerja.

Manakala Kod Amalan 1999 yang sedia ada bukanlah undang-undang. Malah, Kod Amalan 1999 tidak memperuntukkan bentuk hukuman yang hendak dikuatkuasakan keatas pelaku.

Sumber: GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA:HAK PEKERJA MENURUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Tindakan yang boleh diambil mangsa

Sekiranya anda merupakan mangsa gangguan seksual di tempat kerja atau anda mempunyai kenalan yang merupakan mangsa, anda boleh melaporkan salah laku jenayah ini dengan membuat laporan seperti berikut:

a. Mengemukakan Aduan

  • Unit Integriti (UI) Jabatan tempat bertugas; atau
  • membuat laporan polis; atau sekiranya tidak pasti sama ada ia adalah gangguan
    seksual
  • menghubungi Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi/UI, Jabatan Perkhidmatan
    Awam (JPA) atau agensi-agensi yang mengendalikan isu-isu gangguan seksual untuk
    khidmat nasihat selanjutnya.

b. Mengumpulkan Bukti

  • membuat catatan atau merekod kejadian (tarikh, tempat, masa dan sebagainya);
  • menyimpan apa-apa nota, surat, emel elektronik (e-mel), sms, mms, gambar, poster,
    objek atau bahan bacaan atau visual yang berunsur seksual yang telah diedarkan
    menerusi media elektronik, blog, vlog, atau platfom media sosial seperti WhatsApp,
    Twitter atau apa-apa aplikasi.
  • memaklumkan kejadian kepada pihak ketiga, sekiranya perlu;
  • mengenal pasti orang lain yang melihat kejadian yang berlaku atau orang pertama
    yang diceritakan oleh pengadu agar orang berkenaan boleh diminta untuk memberi
    keterangan apabila diperlukan.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut