Gaji Minimum Dinaikkan RM1700 – Belanjawan 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berita baik, gaji minimum akan naik dari RM1500 kepada RM1700 berkuatkuasa 1 Februari 2025!

Perkara tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 hari ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman tersebut.

Gaji Minimum 2025 Dinaikkan Kepada RM1700

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

gaji minimum rm1700 2025

Perincian tentang maklumat ini akan diumumkan pada masa terdekat.

Sementara itu, beberapa bantuan tunai juga turut diumumkan oleh Perdana Menteri meliputi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan STR, SARA & JKM

Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

gaji minimum rm1700 2025
gaji minimum rm1700 2025
gaji minimum rm1700 2025

ELAUN JKM

Maklumat Lanjut

Rujuk perkembangan terkini Bajwt 2025 :

Ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/

Sila layari pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut