Format Nama Tiket Flight : Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah Tiket

format nama tiket flight
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Format nama tiket flight sering menjadi punca kekeliruan dalam kalangan penumpang, terutamanya rakyat Malaysia yang mempunyai struktur nama berbeza daripada format Barat.

Kesilapan kecil dalam pengisian nama semasa tempahan boleh menyebabkan masalah besar ketika proses daftar masuk, malah ada yang ditolak masuk pesawat gara-gara nama tidak sepadan dengan pasport.

Menyedari isu ini, dua syarikat penerbangan utama negara iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia telah mengemas kini sistem tempahan mereka bagi memastikan keseragaman nama yang lebih tepat dan mesra pengguna, sejajar dengan format zon boleh dibaca mesin (MRZ) dalam pasport.

Kenapa Format Nama Perlu Dikemas Kini?

Kemas kini ini dilakukan bagi meningkatkan kejelasan sistem tempahan dan daftar masuk penumpang, sekaligus mengurangkan masalah nama tidak sepadan antara tiket dan pasport.

Kedua-dua syarikat ini juga menyelaraskan format nama dengan zon boleh dibaca mesin (MRZ) yang terdapat dalam pasport, bagi mengelakkan ralat teknikal ketika imbasan dokumen dilakukan di lapangan terbang.

Format Nama Tiket Flight Malaysia Airlines (MAS)

Untuk Malaysia Airlines, format nama tiket flight MAS kini mewajibkan semua pelanggan mengisi nama sepenuhnya seperti yang tertera dalam pasport, termasuk bahagian seperti:

  • Bin
  • Binti
  • Anak

Ini bermakna tiada lagi penyesuaian gaya nama (seperti singkatan atau gabungan nama) dibenarkan semasa membuat tempahan. Langkah ini penting terutama untuk mereka yang mempunyai nama bergaya Barat dalam pasport Malaysia, kerana ketidakcocokan ini sering menyebabkan kekeliruan di kaunter daftar masuk.

Namun, MAS memberi jaminan bahawa tempahan sedia ada tidak terjejas, dan peraturan ini hanya terpakai untuk tempahan baharu selepas kemas kini garis panduan.

format nama tiket flight
Sumber: MAS

Format Nama Tiket Flight AirAsia

Untuk format nama tiket flight AirAsia pula, ia memperkenalkan sistem yang lebih mesra pengguna dengan membahagikan nama kepada dua bahagian utama:

  • Given Name (nama pertama atau gabungan nama peribadi)
  • Family Name / Surname (nama keluarga atau warisan)

Langkah ini bukan sahaja memudahkan proses tempahan, malah mengambil kira kepelbagaian budaya dan konvensyen nama di Asia Tenggara seperti:

  • Nama Melayu (contoh: Bin/Binti)
  • Nama Cina (nama keluarga di awal)
  • Nama India (gabungan nama ayah dan individu)
  • Nama Filipina, Vietnam, dan Thailand

Contohnya:

  • Family Name: Bin Mohd Abu
    • Nama Cina: Vincent Tan Ming Ban
  • Given Name: Ming Ban Vincent
    • Family Name: Tan
  • Nama Melayu: Mohd Ali Ahmad Bin Mohd Abu
    • Given Name: Mohd Ali Ahmad
    Sumber: Air Asia

    Kenapa Ini Penting?

    Ramai rakyat Malaysia pernah menghadapi situasi sukar di kaunter daftar masuk hanya kerana nama dalam tiket tidak sepadan dengan pasport. Antara masalah lazim:

    • Sistem asing tidak mengenali “bin” atau “binti”
    • Nama pertama dan akhir tidak dapat dipisah dalam MRZ
    • Notis ralat semasa melakukan self check-in

    Seorang pengguna Reddit pernah berkongsi pengalamannya apabila sistem lapangan terbang tidak dapat membaca nama dalam pasport Malaysia kerana nama tidak diasingkan dengan jelas dalam MRZ. Akibatnya, proses daftar masuk terganggu dan menyebabkan kelewatan.

    Ambil Perhatian Sebelum Tempah Tiket

    Format nama bukan sekadar soal ejaan, ia adalah kunci untuk memastikan perjalanan anda berjalan lancar.

    Justeru, bagi mengelakkan masalah ketika daftar masuk atau semasa pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang, anda disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikut sebelum membuat tempahan:

      • Semak zon boleh dibaca mesin (MRZ) pada pasport anda dan isikan nama tepat seperti yang tertera.
      • Asingkan nama pertama (Given Name) dan nama keluarga (Family Name) dengan betul, terutamanya semasa menempah tiket dengan AirAsia.
      • Semak semula butiran tiket anda selepas tempahan untuk mengelakkan sebarang masalah di saat akhir.

      Kemas kini oleh MAS dan AirAsia ini diharap dapat:

      • Meminimumkan kesilapan teknikal
      • Mempercepatkan proses daftar masuk
      • Menyesuaikan sistem dengan realiti nama Asia Tenggara

      Jadi, pastikan anda mengisi nama seperti yang tertera dalam pasport, ikut format yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan. Jangan ambil mudah, kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan gangguan besar semasa perjalanan.

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut