Food Hunting Di Segamat, Johor – Senarai Restoran Wajib Cuba!

10+ Restoran Di segamat, JOHOR
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Food Hunting Di Segamat, Johor – Senarai Restoran Wajib Cuba!

Sejak peningkatan kemudahan laluan ETS KTM terus ke Segamat, bandar kecil di utara Johor ini semakin menjadi pilihan ramai untuk short getaway yang santai dan berbaloi. 

Dengan hanya beberapa jam perjalanan dari Kuala Lumpur atau utara Johor, ramai yang kini memilih untuk naik tren sambil menikmati pemandangan kampung. Alang-alang dah sampai Segamat, kenalah teruskan dengan misi food hunting!

Jom tengok senarai restoran wajib cuba untuk misi food hunting di Segamat anda!

BACA JUGA: 10+ Cadangan Tempat Makan Sambut Anniversary Di Johor

1. Nasi Lemak Lobster Segamat

  • Alamat: 12f, Off, Jalan Durian, 85000 Segamat District, Johor, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali hari Selasa (6:30 PM–12 AM)

Inilah masanya untuk anda cuba nasi lemak lain daripada yang lain. Restoran ini terkenal dengan Nasi Lemak Selambak yang boleh dipilih bersama sotong, udang atau ayam. Namun, yang paling istimewa, Nasi Lemak Lobster!

Sambalnya pedas manis, nasi lemak wangi berlemak, dan kombinasi lauk padu menjadikan ia destinasi wajib untuk peminat nasi lemak yang mencari kelainan.

Tips: Pastikan anda tanya harga dulu tau, takut terkejut nanti nak membayar. 

2. Warong Teh O Beng 50 Sen Gmay Ikan Bakar Sambal Petai

  • Alamat: Kampung Gubah, 85000 Segamat District, Johor, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 6 PM–12 AM

Warung ini memang destinasi food hunting di Segamat yang tidak boleh dilepaskan, di sini harga makanan dan minuman sangat murah dan berpatutan. Semua air buah dihidang dalam gelas besar pada harga RM5 sahaja, manakala teh o ais pula hanya RM0.50 walaupun dihidang dalam jug! 

Lauk-lauknya pun sedap dan makanan lautnya segar belaka. Ada ikan bakar, sotong, udang bakar dengan sambal  dan pelbagai lagi. Tempat ni memang jadi port tetap warga tempatan tau. 

3. Cendol Segar Amat

  • Alamat: 1954, Jalan Mentol, Kampung Gubah, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim, Malaysia
  • Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Selasa (10:30 AM–6 PM)

Dah penat jalan pusing sana sini, pekena cendol memang padu sekali. Cendol Segar Amat ni salah satu cendol legend dan paling sedap area Segamat. 

Tekstur cendol yang lembut, santan pekat ditambah pula  gula Melaka asli, kombinasi rasanya memang mantap. Ada lebih kurang 5 jenis cendol iaitu cendol biasa, cendol kacang, cendol jagung, cendol pulut dan cendol spesial (kacang+jagung+pulut). 

Selain cendol, ada juga beberapa menu lain seperti rojak mee, nasi lemak dan sebagainya. Tak lengkap food hunting di Segamat anda kalau tak singgah sini tau!

4. Gerai Durian

Musim durian di Segamat, terutamanya sekitar bulan Julai, memang meriah. Segamat terkenal sebagai ‘syurga durian’ di Johor. 

Jadi, jangan lepaskan peluang mencuba pelbagai jenis durian tempatan yang segar dari ladang, sama ada makan di gerai tepi jalan atau di kebun sendiri. 

5. McDota

  • Alamat: 14, Jalan Ros, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 11 AM–10 PM

Ini lah ayam paling legend sekali dekat Segamat! Sebelum Kfc dan mcd dah wujud McDota ni. Ayamnya rangup, rempahnya cukup rasa dan harga masih mesra poket. Kalau korang nak rasa ayam goreng versi old-school tapi tetap padu, jangan lupa singgah sini. 

6. Warung Soto Wageh

  • Alamat: Jalan Medoi, Kampung Jawa, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 6:30 AM–12:30 PM/6 AM–1 PM

Warung Soto Wageh di Segamat adalah sebuah warung sarapan pagi yang sangat popular dan telah diusahakan oleh keluarga generasi kedua. Warung ini memang wajib adalah dalam senarai food hunting di Segamat anda!

Warung ini terkenal dengan hidangan soto yang sedap dan autentik. Selain soto, ada juga lontong, nasi lemak, nasi kerabu, roti canai, roti jala kari ayam, sate, tempe goreng segar, dan pelbagai jenis kuih tradisional.

7. Selera Nasi Beringin Segamat

  • Alamat: 22 & 24, Jln Utama 2/7, Taman Utama, 85000 Segamat District, Johor, Malaysia
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 8:30 AM–4:30 PM

Jika anda penggemar nasi berlauk, Selera Nasi Beringin menawarkan pelbagai pilihan lauk tradisional Melayu yang autentik. 

Salah satu menu yang popular di sini ialah Nasi Beringin. Nasi Beringin ni nasi minyak campur nasi briyani. Sedap sangat. Biasanya ia dimakan sekali bersama ayam masak merah, ayam masak kari, rendang kambing, acar ikan, acar timun, bergedel dan sambal tumis. 

8. Aina Sakinah Tomyam (Jalan Laksamana)

  • Alamat: Jalan Laksamana, Kampung Abdullah, 85000 Segamat, Johor.
  • Waktu Operasi: – 

Aina Sakinah Tomyam juga antara restoran yang wajib masuk dalam senarai food hunting di Segamat anda. Restoran ini terkenal dengan hidangan tomyam yang pekat, masam dan pedas. 

Selain tomyam, Aina Sakinah juga menawarkan pelbagai menu masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng, sup, paprik, dan lauk pauk Thai lain. 

9. Kedai Makan Depan Masjid Kg Jawa Segamat

  • Alamat: Segamat, Johor
  • Waktu Operasi: – 

Kedai makan ini terkenal dengan masakan kampung dan lauk pauk yang pelbagai. Terletak strategik betul-betul di hadapan Masjid Kampung Jawa, Segamat, kedai makan ini memang tak pernah sunyi dari pelanggan, terutamanya waktu tengah hari dan sarapan. 

Kalau anda nak merasa suasana makan tengah hari gaya Johor yang asli dan sederhana, inilah tempatnya. 

10. Egg Toast Cafe

  • Alamat: Pusat Komersial Sri Utama, 32, Jalan Utama 3/3, Segamat, Johor. 
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 9 AM–6 PM

Egg Toast Cafe di Segamat juga antara pilihan restoran food hunting di Segamat yang anda kena cuba. 

Kafe ini bukan sekadar menyajikan roti bakar biasa, tetapi turut menawarkan pelbagai menu menarik seperti bagel rangup, rice bowl berperisa, pasta. Pilihan kopi yang unik seperti coconut latte dan peanut butter coffee pun ada. 

11. Kedai Kak Rose (Nasi Lemak Telur Dangdut)

  • Alamat: No. 26DN, Jalan Putra 1/4, Bandar Putra, Segamat, Johor.
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 6:30–11:30 AM

Kedai Kak Rose terkenal dengan hidangan Nasi Lemak Telur Dangdut yang menjadi kegemaran ramai. Telur dangdut merujuk kepada telur separuh masak yang digoreng rangup di luar tetapi lembut di dalam. 

Apabila digandingkan dengan nasi lemak yang wangi dan sambal pedas manis, memang padu. Kedai ini biasanya beroperasi pada waktu pagi hingga tengah hari, sesuai untuk sarapan atau makan tengah hari. 

12. Tengah Chinese Roti Canai

  • Alamat: 16, Jalan Cheng Kuok Tong, Kampung Tengah, Segamat, Johor.
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 6:15–11:30 AM

Tengah Chinese Roti Canai pula adalah kedai roti canai yang sangat popular di Segamat. Memang beratur orang kat sini. 

Selain roti canai biasa, ada juga variasi menarik seperti roti telur cheese, roti sardin, dan minuman klasik seperti teh tarik kaw dan kopi kampung.

Vibe lokal yang mesra menjadikan pengalaman makan di sini terasa sangat menarik. Kalau ke Segamat, jangan lupa masukkan kedai ini dalam misi food hunting anda!

BACA JUGA: 15+ Coffee Shop di Johor – Lepak & Remote Work

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut