Tarikh & Aktiviti Festival Layang-Layang Pasir Gudang (FLLSPG) 2025
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) kini kembali lagi untuk kali ke-27 pada tahun ini, 2025. Ia merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh peminat layang-layang.
Pada tahun 2025, FLLSPG dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 16 Februari 2025. Festival ini akan diadakan di Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor.
Penganjuran kali ini dijangka akan menarik lebih 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai festival ini.
BACA JUGA: Calendar 2025 – Malaysia Public Holiday & School Break
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG)
FLLSPG adalah merupakan sebuah festival yang menjadi salah satu tarikan utama di negeri Johor setiap tahun. Ia disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor dan Malaysia.
Festival ini mula dianjurkan pada tahun 1995 dan berkembang menjadi salah satu acara layang-layang terbesar di dunia.
Festival ini bertujuan untuk memperkenalkan budaya dan seni permainan layang-layang kepada generasi muda sekaligus menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa.
Pada awalnya, festival ini diadakan sekali setahun. Namun, bermula tahun 2025, kerajaan negeri Johor telah bersetuju untuk mengadakan festival layang-layang sebanyak dua kali setahun.
Selain daripada festival peringkat sedunia pada bulan Februari, satu lagi festival peringkat kebangsaan akan diadakan pada bulan Oktober.
Festival ini merupakan anjuran bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Persatuan Pelayang Johor dan Majlis Pelayang Malaysia dengan kerjasama Tourism Johor, Tourism Malaysia, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Persatuan Pelancongan Pasir Gudang (PGTA).
Tema dan Objektif FLLSPG 2025
Untuk edisi ke-27 ini, FLLSPG mengangkat tema “Stay Clean Enjoy Fly”.
Tema ini membawa maksud yang menggabungkan aspek keseronokan bermain layang-layang dengan kesedaran terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Berikut ialah beberapa objektif utama penganjuran FLLSPG:
- Mempromosikan seni dan budaya layang-layang kepada generasi muda.
- Menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke Johor, khususnya Pasir Gudang.
- Menyediakan platform untuk pertukaran budaya antara peserta dari pelbagai negara.
- Menggalakkan inovasi dalam reka bentuk dan pembuatan layang-layang.
- Mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti luar.
Tarikh & Lokasi FLLSPG 2025
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Kali Ke-27 akan berlangsung selama lima hari, bermula dari 12 Februari hingga 16 Februari 2025.
Lokasi utama festival ini adalah di Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor. Bukit Layang-Layang telah menjadi venue tradisional untuk FLLSPG sejak penganjuran kali pertama lagi.
Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik dan menawarkan pemandangan indah Selat Johor dan angin yang sesuai untuk menerbangkan layang-layang.
Majlis perasmian festival ini dijadualkan akan disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, pada 15 Februari 2025, jam 8 malam bertempat di Astaka Tradisional, Bukit Layang-Layang.
- Tarikh: 12 hingga 16 Februari 2025
- Tempat: Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor.
- Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 malam
BACA JUGA: Puasa Syaaban 2025 – Tarikh, Hukum & Niat Melakukan Puasa Syaaban
Penyertaan
FLLSPG 2025 dijangka akan menyaksikan penyertaan yang lebih besar berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Lebih daripada 40 buah negara akan terlibat mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 135 orang peserta antarabangsa serta lebih 400 orang peserta tempatan dari negeri dan kelab yang mengambil bahagian di peringkat kebangsaan.
Antara negara-negara yang akan mengambil bahagian termasuk Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.
Festival kali ini akan menyaksikan tiga penyertaan baharu iaitu dari La Reunion (kepulauan di Lautan Hindi), Tasmania dan Tahiti.
Kepelbagaian peserta dari pelbagai negara ini menjanjikan pertunjukan layang-layang yang unik dan menarik sekaligus mencerminkan kepelbagaian budaya dan kreativiti dari seluruh dunia.
Aktiviti Menarik di Festival Layang-Layang 2025
Berikut adalah beberapa acara utama yang akan diadakan sepanjang festival:
1. Pertandingan Layang-Layang dan Wau Peringkat Antarabangsa
Acara utama festival ini adalah pertandingan layang-layang dan wau yang melibatkan peserta dari dalam dan luar negara. Pertandingan ini merangkumi pelbagai kategori seperti:
- Layang-layang tradisional
- Layang-layang moden
- Layang-layang kreatif
- Layang-layang terbesar
- Layang-layang tercantik
.. dan sebagainya.
2. Pameran Layang-Layang
Sebuah galeri khas akan disediakan untuk pameran layang-layang dari pelbagai negara. Pengunjung berpeluang untuk melihat kepelbagaian reka bentuk, warna dan teknik pembuatan layang-layang dari seluruh dunia.
Ini merupakan peluang yang baik untuk mempelajari tentang budaya dan tradisi layang-layang dari negara-negara lain.
3. Pertandingan dan Persembahan oleh Peserta Antarabangsa
Festival ini akan menyaksikan penyertaan lebih dari 40 negara dengan jumlah peserta antarabangsa mencecah 135 orang.
Peserta antarabangsa akan menunjukkan kepakaran mereka dalam menerbangkan layang-layang serta mempamerkan reka bentuk unik dari negara masing-masing.
4. Persembahan Artis Jemputan
Terdapat beberapa artis jemputan akan membuat persembahan sepanjang festival ini berlangsung. Nak tahu siapa artis yang terlibat? Anda kenalah datang festival ini!
5. Pertandingan Drone Bercahaya
Selain layang-layang tradisional, festival ini juga akan mengadakan pertandingan dron bercahaya. Pertandingan ini menggabungkan teknologi moden dengan seni menerbangkan layang-layang.
6. Gerai Pameran dan Jualan
Sepanjang festival, pelbagai gerai pameran dan jualan akan dibuka. Pengunjung berpeluang untuk membeli layang-layang, cenderamata dan juga produk tempatan termasuk pelbagai jenis makanan serta minuman.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 buat Kali Ke-27, sila hubungi:-
Sekretariat FLLSPG:
- Haji Ismail Bin Haji Mat Taib (Setiausaha): 019-757 0779
- Haji Anuar Bin Abd Ghani: 013-712 82421
Jawatankuasa Gerai-Gerai Jualan:
- Encik Razali: 011-726 882121
Media Sosial:
Sila layari laman web rasmi Tourism Johor untuk maklumat terkini mengenai festival ini. Jangan lupa datang ramai-ramai dan bawa anak-anak anda!
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru, Sesuai untuk Hujung Minggu!