Festival Kota Selatan 2024 merupakan satu acara tahunan yang sangat dinantikan di Johor Bahru. Festival ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan keunikan seni, budaya, dan warisan negeri Johor.
Festival ini akan diadakan dari 19 hingga 30 Disember 2024 di Padang Akasia, Angsana Mall, Johor Bahru. Untuk mengetahui senarai aktiviti menarik yang akan dilansungkan, pastikan anda membaca artikel ini sehingga ke penghujung.
Festival Kota Selatan/ Festiva Kraf Johor
Festival Kota Selatan atau turut dikenali juga sebagai Festival Kraf Johor (FKS2024) merupakan sebuah program yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan negeri Johor seperti kesenian muzik tradisi Ghazal, Zapin Johor, dan
Makanan Tradisi Johor.
FKS 2024 merupakan penganjuran kali ke-4 dan pada tahun ini FKS akan digabungkan bersama Festival Kraf Johor yang diselaraskan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Melalui festival ini anda akan diperkenalkan dengan budaya tradisional masyarakat Selatan Malaysia, seperti persembahan tarian tradisional, muzik tradisi , lakonan teater, permainan tradisional, makanan warisan dan sebagainya.
Selain itu, melalui festival ini anda juga boleh mempelajari dan mencuba budaya setempat. Antara demonstrasi yang boleh anda cuba sewaktu festival ini, antaranya ialah kelas tarian Zapin atau kelas masakan makanan warisan Johor.
Tarikh, Waktu dan Tempat
Festival Kota Selatan 2024 merupakan satu acara yang dinantikan di Johor Bahru, bertujuan untuk mempromosikan keunikan seni, budaya, dan warisan negeri Johor. Festival ini akan diadakan dari 19 hingga 30 Disember 2024 di Padang Akasia, Angsana Mall, Johor Bahru.
Untuk mengetahui perjalanan aktiviti pada tarikh tersebut anda boleh lihat dalam gambar di bawah atau scan QR Code yang disediakan dalam poster di bawah:
Aktiviti Menarik Festival Kota Selatan 2024
Festival Kota Selatan 2024 ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk:
- Persembahan Kebudayaan
- Menampilkan seni muzik tradisi seperti Ghazal dan Zapin Johor yang akan diiringi oleh penari-penari berbakat. Berikut adalah contoh aktiviti:
- Malam Irama Ghazal Anak Johor
- Showcase Seni Budaya Pelbagai Kaum
- Pementasan Teater Muzikal Uda dan Dara Karya Agung Dato’ Dr. Usman Awang
- Pertandingan Seni dan Budaya
- Program Jom Belajar Seni Budaya
- Malam Gala Festival Kota Selatan “Tingkah anak Johor”
- Menampilkan seni muzik tradisi seperti Ghazal dan Zapin Johor yang akan diiringi oleh penari-penari berbakat. Berikut adalah contoh aktiviti:
- Pameran Masakan Warisan (Warung Sajian Tradisi Johor)
- Pengunjung dapat menikmati pameran masakan tradisi Johor yang menggambarkan keunikan citarasa negeri ini. Berikut adalah contoh aktiviti:
- Bengkel Tarian dan Muzik (Program Jom Belajar Seni Budaya)
- Peluang untuk belajar tentang seni tari dan muzik tradisional melalui bengkel yang dikendalikan oleh penggiat seni tempatan seperti:
- Bazar Industri Kreatif (Interaktif Kraf)
- Pameran dan jualan produk seni dan kraf dari pengusaha tempatan, memberikan peluang kepada pengunjung untuk membeli cenderamata yang unik.
Sumber: JKKN Johor
Pertandingan Menarik
Selain aktiviti-aktiviti di atas, terdapat juga beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh Festival Kota Selatan 2024 ini. Antaranya ialah:
- Pertandingan Kompang Tradisi Johor
- Pertandingan Suara Irama Ghazal
- Pertandingan Dam Aji
- Pertandingan Congkak
- Pertandingan Mak-Mak Berkebaya Johor
- Pertandingan Meow Lawo Berbusana Tradisional
- Ceracap Inai Challange
- Johor Kids Got Talent
Kesemua pertandingan ini anda boleh sertai, jika anda melawat atau mengunjungi Festival Kota Selatan 2024 ini!
Baca juga: 15 Kafe di Johor Bahru – Instagrammble & Muslim-Friendly!