Biodata Fazura – Pelakon Wanita Popular & Usahawan Tudung Berjaya

Kepada penggemar watak Putri dalam Gol & Gincu, anda pasti tidak asing lagi dengan sosok pelakon wanita idaman Malaya suatu ketika dulu iaitu Nur Fazura atau lebih dikenali dengan Fazura.

Dengan pengalaman dalam bidang seni sejak usianya baru berusia 21 tahun, pasti beliau memiliki pelbagai kisah dan pencapaian cukup membanggakan bergelar seorang anak seni.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri hiburan, Nur Fazura.

Baca juga:

Latar Belakang

fazura
Kredit: Instagram @missfazura
NamaNur Fazura binti Sharifuddin
Nama PanggilanFaz, Fazura, Fazbulous
Tarikh Lahir27 September 1983
Tempat LahirPekan, Pahang
PendidikanKolej Rekaan Fesyen.
Ketinggian165 cm
PekerjaanPelakon, Usahawan, Penyanyi, Model
Akaun Media SosialInstagram @missfazura
TikTok @fazuraofficial
Youtube @fazuraofficial2922
Website www.fazura.com

Kehidupan Peribadi

Fazura merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik iaitu dua orang abang dan seorang adik lelaki.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan pelakon lelaki popular, Fattah Amin pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan sulung yang diberi nama Nur Fatima Aisya yang kini sudah berusia empat tahun.

fazura
fazura
Kredit: Instagram@fattahaminz

Kerjaya & Profesional

Bakat Fazura dalam bidang lakonan mula dikesan oleh pelakon veteran, Datin Rosnani Jamil yang menawarkannya watak utama dalam filem Bicara Hati pada tahun 2004.

Sebelum dirinya terlibat aktif dalam dunia lakonan, Fazua juga turut pernah menjadi pengacara dalam pelbagai rancangan termasuklah di siaran RTM menerusi Teens World yang disiarkan di TV2.

Filem:

TahunTajukWatak
2004Bicara HatiNoraini
2005Qaisy & LailaLaila
2005Senario XXSiti
2005Gol & GincuPutri Farhana Aliya
2006Buli BalikCik Hanum Dari Langkawi
2007KayanganMasiera
2008Selamat Pagi CintaJulia
2009Pisau CukurIntan Mastura
2009KantoiLydia
2010Lagenda Budak SetanKaterina / Kate
2012Istanbul Aku Datang!Siti Wan Kuncup & Wo Aini
2012Bujang TerlajakPuteri
2014Kami HisteriaCik Lang
2014TembusIza
2014Manisnya Cinta Di CappadocciaIfti Liyana
2015Bulan Terbelah Di Langit AmerikaJanet
2016Langit CintaKhadeja
2016Warkop DBKI Reborn: Jangkrik Boss Part 1Nadia
2017J RevolusiDian
2017Wanita TerindahNureen Nafeesa
2017Warkop DBKI Reborn: Jangkrik Boss Part 2Nadia
2017RafatharMila Cakra
2017Ayat-Ayat Cinta 2Brenda
2018Janji Zehan – Lahzeye Bi PayanNur Zehan Nazleen
2019Dendam PontianakMina
2024Pendekar Awang: Darah Indera GajahSayang (Kak Yang)

Filem Pendek:

TahunTajukWatak
2018I Love When You Sing To MeDr. Zara
2023AdindaNafeesa
2023Kakak Kita Ke Jakarta10 watak (Kak Long, Kak Ngah, Kak Tam, Kak Anje, Kak Elya, Kak Teh, Kak Yang, Kak Kiah, Kak Uda. Kak Lang)

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2005InspirionAzieTV3
2006Gol & Gincu The Series (Musim 1)Putri Farhana Aliya8TV
2006Dalam Hati Ada CintaAstro Ria
2006Wajah Cinta KitaTV3
2007Gol & Gincu The Series (Musim 2)Putri Farhana Aliya8TV
2007Datin DiariesNellyTV3
2007Kasih SuciKasihTV3
2008EzoraEzoraTV3
2008Bicara CintaMilaAstro Ria
2009KeliwonTV3
2011Kitab CintaMustikaTV AlHijrah
2011Tahajjud CintaCitra MaisaraTV3
2013Kisah CintaAzaleaTV3
2017Hero Seorang CinderellaNura MedinaAstro Ria
2024Hero Seorang Cinderella 2Nura MedinaAstro Ria
2024Lelaki ItuIrsa ImaniTV3
2024Andartu KosmopolitanViu

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2006Wahai Kau CintaIlaTV3
2006Rendang Untuk MertuaMariana/InaTV3
2007Tikar BurukAstro Ria
2008Sebening Azan DialunRabiahTV3
2016Eropah, Here I AmFiruzAstro Citra

Muzik Video:

TahunTajukPenyanyi Undangan
2002Impak MaksimaKRU
2004Cinta KitaSheila Majid
2008Episod LelakiSyed Azmir

Teater:

TahunTajukWatakTarikhLokasi
2006Suzana @60Suzana7-9 April 2006Istana Budaya

Televisyen:

TahunTajukWatakSaluran TV
2002Teen’s WorldPengacaraTV2
2004MTV Pop IncPengacaraMTV
2005-2007MTV JusPengacaraMTV
2006Pengacara bersama NazPengacara bersama NazTV3
2008Anugerah Skrin 2008Pengacara
TV3
2009Anak WayangAnak WayangAstro Ria
2009Anugerah Shout! 2009Pencalon8TV
2010Anugerah Shout! 2010Penyanyi8TV
2012Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25PencalonTV3
2012Anugerah Shout! 2012Pencalon8TV
2014Festival Filem Malaysia ke-26Pengacara bersama Fahrin AhmadAstro Ria
2014Facing Up To Fazura (Musim 1)Diri sendiriE! Asia
2014Maharaja Lawak Mega 2014JuriAstro Warna
2014Anugerah MeleTOP Era 2014PencalonAstro Ria
2014Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27PencalonTV3
2014Anugerah Lawak Warna 2014PencalonAstro Warna
2014Anugerah Skrin 2014PencalonTV3
2015Anugerah MeleTOP Era 2015PencalonAstro Ria
2015Festival Filem Malaysia ke-27PengacaraAstro Ria
2015Facing Up To Fazura (Musim 2)Diri sendiriE! Asia
2016Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29PengacaraTV3
2016Anugerah Skrin 2016PengacaraTV3
2017Anugerah MeleTOP Era 2017PencalonAstro Ria
2017Anugerah Skrin 2017PengacaraTV3
2018Anugerah MeleTOP Era 2018PencalonAstro Ria
2018Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31PencalonTV3
2019Anugerah MeleTOP Era 2019PencalonAstro Ria
2020-2021Muzikal Lawak Superstar 
(Musim 2)
Juri tetapAstro Warna
2023InnovathonJuriAstro Ria

Iklan:

  • Pantene, 2002
  • Nutox, 2006
  • Lux, 2011
  • Colgate, 2013
  • Blackberry, 2014
  • Avon Cosmestics, 2014

Lagu Single:

TahunTajuk
2014Sayangi Dirimu
2015Bangun
2015Hancur Aku (Kolaborasi bersama Estranged)
2015Bulan Terbelah Di Langit Amerika (Duet bersama Ridho Rhoma)
2016Like Fireflies (Kolaborasi bersama Ning Baizura & Taufik Batisah)
2016Nothing Like Pag-ibig (Duet bersama Jason Dy)
2017Cinderella (Duet bersama Fattah Amin)
2017Bisa Apa
2017Cinta Langka (Duet bersama Ariadinata Samsons)
2018The Good Is Back (Duet bersama Anggun)
2019Can’t Forget Me
2019Paling Sempurna (Duet bersama Fattah Amin)
2019Be Honest (Duet bersama Jesse Ruben)
2020Seloka Hari Raya (Duet bersama Fattah Amin)
2020Noktah
2023Jika Cinta Allah (Duet bersama Ahmad Dhani)

Muzik Video:

TahunTajuk
2015Sayangi Dirimu
2015Bulan Terbelah Di Langit Amerika (Duet bersama Ridho Rhoma)
2016Hancur Aku (Estranged feat. Fazura)
2016Like Fireflies (kolaborasi bersama Ning Baizura & Taufik Batisah)
2017Nothing Like Pag-ibig (Duet bersama Jason Dy)
2017Bisa Apa
2017Bangun
2017Only God Knows

Pencapaian Fazura

Sebagai seorang penggiat seni yang telah lebih 10 tahun berada dalam dunia hiburan dan meneroka banyak pasaran di luar negara, Fazura telah banyak menerima pelbagai anugarah berprestij seperti berikut:

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

  • Pelakon Filem Wanita Popular, 2017
  • Pelakon TV Wanita Popular, 2018
  • Pasangan Serasi Drama (bersama Fattah Amin), 2018
  • Pasangan Serasi Filem (bersama Zul Ariffin), 2018

Festival Filem Malaysia

  • Pelakon Harapan Wanita, (FFM17) 2004 – Bicara Hati
  • Pelakon Wanita Terbaik, (FFM 27) 2015 – Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Anugerah Skrin

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, 2009 – Pisau Cukur

Anugerah Stail EH!

  • Selebriti Wanita Paling Bergaya, 2011
  • Selebriti Wanita Paling Bergaya, 2012
  • Anugerah Stail Eh!, 2012
  • Selebriti Wanita Paling BergayA, 2014
  • Selebriti Paling Fotogenik, 2016

Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur

  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, 2014 – Kami Histeria
  • Pelakon Wanita Terbaik, 2015 – Manisnya Cinta di Cappadoccia

Anugerah MeleTOP ERA

  • Fesyen MeleTOP, 2015
  • Bintang Filem MeleTOP, 2017- J Revolusi
  • Couple MeleTOP (bersama Fattah Amin), 2019

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan

  • Artis Wanita Seksi, 2011

Anugerah Penghargaan H-Live

  • Woman of the Year, 2014

Anugerah Perniagaan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) dan Keusahawanan (SEBA)

  • Anugerah Jenama Fesyen Paling Berpotensi, 2018
  • Pasangan Usahawan Selebriti Tahunan – bersama Fattah Amin, 2018

Anugerah Jenama Selebriti Usahawan Cemerlang Dunia

  • Anugerah Selebriti Paling Cemerlang Tahunan Malaysia bagi kategori wanita, 2022

Anugerah Wanita Luar Biasa Nona

  • Anugerah Perniagaan Hijab Nona, 2022

Fazura dan Fattah Bercerai?

Baru-baru ini dunia hiburan digemparkan dengan berita mengenai Fazura yang memfailkan penceraian terhadap Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Fazura yang tidak hadir ke makhamah hanya menyerahkan urusan memfailkan penceraian tersebut kepada penguam yang mewakilinya. Sehingga kini, punca penceraian tersebut tidak dedahkan dengan terperinci.

Fakta Menarik Tentang Fazura

  • Ayah Fazura, Sharifuddin bin Adnan telah meninggal dunia ketika Fazura baru berusia 17 tahun.
  • Fattah da Fazura dikatakan mula rapat ketika digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella pada tahun 2017.
  • Gandingan Fattah dan Fazura popular dan mendapat perhatian ramai sehingga wujudnya #FattZura.
  • Pada ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34, Fattah pernah membuat kejutan dengan mengirimkan 500 kuntum bunga mawar.
  • Beliau juga memiliki rangkaian jenama fesyen muslimah seperti Fazbulous, Fazura Skincare, Fazura Beauty, Tudung Fazura, Trudolly (jenama yang diusahakan bersama Puteri Zarith) serta yang terbaharu, Fazura Beauty Water.
  • Tudungnya pernah terjual sebanyak 200,000 helai dalam tempoh sejam sebaik sahaja dilancarkan!
  • Beliau memiliki jumlah pengikut mencapai 6.2 juta di Intagram dan 573.2 ribu di TikTok.

Semoga kejayaan Fazura dalam dunia seni dan perniagaan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada anak muda di luar sana untuk terus berjaya.

Dengan perkhabaran berita mengenai rumah tangga beliau itu pula, diharapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber:

  1. Instagram @missfazura
  2. Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah. Berita Harian
Bantu kami share artikel ini: