Fantasy World Kuala Lumpur @ Megawati Mall – Harga Tiket Masuk

Fantasy World Kuala Lumpur @ Megawati Mall - Harga Tiket Masuk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Fantasy World Kuala Lumpur @ Megawati Mall adalah satu lagi tarikan menarik di Kuala Lumpur yang wajib ada dalam bucket list anda. 

Tempat ni sangat seronok untuk dinikmati bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Bolehlah isi masa hujung minggu atau cuti umum bersama-sama.

Tempat ni baru lagi dibuka, jadi mesti ramai yang masih tertanya-tanya, “apa sebenarnya Fantasy World Kuala Lumpur ni, macam best je”. 

Haa, jom baca perkongsian di bawah untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. 

BACA JUGA: SuperPark Malaysia – Indoor Playground di Kuala Lumpur

Fantasy World Kuala Lumpur – 9D Simulation

Alamat:  Level 5, L5-19, Pusat Beli Belah Melawati, Jln Bandar Melawati, Kuala Lumpur. 

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam, setiap hari (Isnin – Ahad)

Fantasy World Kuala Lumpur ialah sebuah destinasi hiburan terbaru di Kuala Lumpur yang telah dibuka kepada orang ramai bermula November 2024 lepas.

Tarikan utama di Fantasy World ialah simulasi video 9D. Ini bukan video biasa-biasa tau. Anda akan menonton video klip pendek dan seperti benar-benar berada di dalam video tersebut!

Apabila anda memasuki ruang simulasi 9D, anda akan duduk di kerusi khas yang boleh bergerak. Di hadapan anda, terdapat skrin besar yang memaparkan video berkualiti tinggi. 

@fantasy.world.kl

Deep Sea Advanture 🐬🐟🦈 Fantasy World Kuala Lumpur, Level L5-19, Melawati Mall KL

♬ Refreshing, pop, happy, dream, commercial, advertising(1548527) – KosukeKawaguchi

Semasa video dimainkan, kerusi anda akan bergerak mengikut aksi dalam video, menjadikan anda rasa seperti sebahagian daripada cerita tersebut. 

Selain itu, anda juga akan dapat merasai kesan-kesan seperti angin, air sembur, dan kadangkala bau-bauan yang berkaitan dengan adegan dalam video. 

Sistem audio yang canggih menghasilkan bunyi dari pelbagai arah, mewujudkan suasana yang benar-benar macam realiti.

Dengan menggabungkan elemen fantasi dan teknologi moden, Fantasy World Kuala Lumpur menawarkan cara baru untuk pengunjung melarikan diri daripada kesibukan seharian dan meneroka dunia ajaib yang penuh dengan keseronokkan.

Lokasi dan Cara ke Sana

Fantasy World Kuala Lumpur terletak di Tingkat 5, pusat beli-belah Melawati (Melawati Mall), Kuala Lumpur.

Lokasinya sangat mudah diakses dengan pelbagai mod pengangkutan. Jika anda memandu, terdapat tempat letak kereta di pusat membeli-belah tersebut. 

Bagi yang menggunakan pengangkutan awam  pula, beberapa laluan bas berhenti berdekatan Melawati Mall ini. Stesen LRT Taman Melawati juga hanya beberapa minit berjalan kaki dari pusat beli-belah ini.

Harga Tiket Masuk Fantasy World KL 

Harga tiket masuk Fantasy World Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

  • Dewasa: RM20
  • Pelajar: RM18
  • Kanak-kanak: RM15

Anda boleh pilih video yang anda nak tonton. Setiap video mengambil masa lebih kurang 6-7 minit.

Tarikan Lain di Melawati Mall

Selain Fantasy World Kuala Lumpur, terdapat beberapa lagi tarikan lain di Melawati Mall yang sesuai untuk hiburan bersama keluarga atau rakan-rakan. Antaranya ialah:

1. Game On Theme Park

Game On Theme Park adalah taman tema dalaman terbesar di Melawati Mall. Ia terletak di tingkat 6. 

Terdapat 10 tarikan di sini yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antaranya ialah Kung Fu District, Dodge Dash Challenge, Let’s Jump, Bubble Bang, Sports Hub, Imagination Playland, Ninja Challenge, e-Sports Gaming Portal, Karaoke Sing On dan pelbagai lagi.

2.TopDrift

TopDrift menawarkan pengalaman drift dalam bangunan yang unik dan mendebarkan. Anda berpeluang untuk memandu kart drift elektrik di dalam persekitaran yang berhawa dingin. 

Trek di sini dibina khas untuk membolehkan pemandu merasai sensasi sebenar meluncur dan membelok dengan teknik drift. 

3. Funscape Indoor Playground

Funscape Indoor Playground adalah tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain dengan selamat dan menyeronokkan. Ia menawarkan pelbagai aktiviti yang direka khas untuk perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak. 

Antara kemudahan yang terdapat di Funscape Indoor Playground termasuk kawasan permainan lembut (soft play), struktur panjat, gelongsor, dan kolam bola. 

Tempat ini sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat untuk mereka bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

4. Timezone

Timezone adalah pusat permainan arkad yang popular dalam kalangan remaja dan dewasa. Ia menawarkan pelbagai permainan video, mesin hadiah dan sebagainya. Pengunjung boleh membeli kad permainan untuk menikmati pelbagai permainan yang disediakan. 

5. Kidzooona

Kidzooona adalah taman permainan kanak-kanak yang menawarkan konsep “bermain sambil belajar”. Ia menyediakan pelbagai aktiviti pendidikan dan kreatif untuk kanak-kanak. 

Kidzooona sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun. 

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut