Advertisements

Biodata DS Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Advertisements

Pada 2 Disember 2022, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Dato’ Sri Zahid Hamidi oleh Perdana Menteri ke-10, Dato Sri Anwar Ibrahim.

Selain menyandang jawatan penting tersebut, beliau juga dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Buat pertama kalinya, Malaysia mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri yang bakal menerajui negara.

Ayuh, kita kenali dengan lebih dekat sosok Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini.

Biodata Timbalan Perdana Menteri, DS Fadillah Yusof

DS Fadillah Yusof merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu serta turut diberi tanggungjawab sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Dalam PRU-15 yang lalu, beliau memperolehi kemenangan untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Petra Jaya dengan majoriti besar iaitu 41,363 undi.

Bagi rakyat Sarawak dan Sabah pula, kewibawaan Fadillah memang tidak dinafikan apabila beliau berjaya memastikan pembinaan lebuh raya pertama di Borneo kini semakin hampir siap sepenuhnya.

Mengulas tentang pelantikannya, beliau berkata ia adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan blok Borneo iaitu Sarawak dan Sabah.

fadillah yusof tpm timbalan perdana menteri

BIODATA TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATO’ SRI FADILLAH YUSOF

Nama: Fadillah Yusof

(Anak kepada Yusof Merais dan Dayang Rosnah Abang Madeli. Berketurunan Melayu.)

Tarikh Lahir : 17 April 1962

Tempat Lahir: Kuching, Sarawak

Pendidikan : Pemegang Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya.

Ahli Parlimen : P194 Petra Jaya

Jawatan : Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

Facebook : Fadillah Yusof

Pengalaman Politik :

  • Berpengalaman luas dalam Kabinet Persekutuan dan pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri.
  • Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (Di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi)
  • Menteri Kerja Raya (Di bawah pimpinan Dato Sri Najib Razak)
  • Menteri Kerja Raya (Di bawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin)
  • Menteri Kanan Kerja Raya (Di bawah pimpinan Dato Sri Ismail Sabri)

Sumber: https://www.mygps.com.my/calon/index.html

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang DS Fadillah Yusof, sila ikuti perkembangan terkini di laman sosial beliau melalui pautan berikut: https://www.facebook.com/fadillahyusof194

Baca juga:

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 4 / 5. Vote count: 8

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment