Eyka Farhana – Biodata, Kerjaya & Perkahwinan

eyka farhana
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Eyka Farhana merupakan salah seorang selebriti muda tanah air yang berjaya mencipta nama dalam dunia hiburan Malaysia.

Berbakat besar dalam bidang lakonan dan mempunyai pesona tersendiri, Eyka bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat tetapi juga ikon fesyen dan personaliti media sosial yang berpengaruh.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Eyka Farhana.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit: Instagram @eykafarhana
NamaWan Atiqa Farhana Wan Sarmizi 
Nama PanggilanEyka Farhana
Tarikh Lahir3 Februari 1995 
Tempat LahirAmpang, Selangor
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Ketinggian151 cm 
PekerjaanPelakon, penyanyi, model dan jurucakap produk
Akaun Media SosialInstagram @eykafarhana
TikTok @@misseyka.f

Kehidupan Peribadi

Eyka Farhana merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik dan berasal dari Selangor.

Eyka Farhana & Akhyar Rashid Menikah

Pada Jumaat, 2 Mac yang lalu, Eyka Farhana sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas mereka disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, pada pagi ini.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini selamat diijabkabulkan tepat jam 10.12 pagi. Pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak, Eyka menerima mas kahwin sebanyak RM3,200. Beliau tampil menawan dalam persalinan baju kurung moden berwarna putih hasil rekaan Teh Firdaus.

Beberapa rakan artis turut memeriahkan majlis sebagai pengiring dulang hantaran, antaranya Mimi Lana, Amelia Henderson, Yaya Zahir, Shalma Ainaa, Sophia Liana, Azira Shafinaz, dan Alicia Amin.

Untuk makluman, Eyka dan Akhyar telah mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

eyka farhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
Kredit: Instagram @eykafarhana
@ehmalaysia

Tahniah @Eykafarhana dan Akhyar Rashid yang selamat diijab kabul pagi tadi. Eyka dan Akhyar menggakan persalinan Teh Firdaus, dan Eyka disolek oleh Khir Khalid dan didandan oleh Ckay Liow. #ehmalaysia #EykaAkhyarnya

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia
Kredit: TikTok @ehmalaysia
@ehmalaysia

Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mengenakan persalinan Rizman Ruzaini untuk acara resepsi #EykaAkhyarnya malam ini. Eyka disolek oleh Sahir Sabri dan dandanan oleh Ckay Liow #ehmalaysia

♬ suara asli – astrooo🪐 – astrooo🪐
Kredit: TikTok @ehmalaysia

Kerjaya & Profesional

Eyka memulakan kerjayanya menerusi drama Juvana (2011), di mana beliau memegang watak sebagai Nadia. Dari situlah nama beliau mula dikenali dalam kalangan penonton drama tempatan. Kejayaannya dalam drama tersebut membuka lebih banyak peluang lakonan dalam drama bersiri dan telefilem.

Beliau kini dikenali sebagai pelakon versatil yang mampu membawa pelbagai watak daripada remaja bermasalah, gadis romantik, hingga wanita penuh misteri.

Filem:

TahunTajukWatak
2015JengkaAqish
2015Polis EVOYati
2015Juvana 2: Terperangkap Dalam KebebasanNadia
2016Juvana 3: Perhitungan TerakhirNadia
2021Selamat Hari X JadiPuteri
2022Autumn in WalesAira
2023Polis EVO 3Yati
2024Anak Perjanjian Syaitan 2Azlinda
2024Jangan Lupa Aku Cinta Padamu
2025Safari MallFarah

Drama:

TahunTajukWatakSaluran TV
2010Habil & QabilMaria (15 tahun)TV3
2011GemilangTV3
2011JuvanaNadiaTV3
2011Ramadhan TerakhirAnnaTV3
2012Naik Lif Turun TanggaSuhailaTV3
2012Bunga-Bunga SyurgaEmiliaTV3
2012Mencari AtirahTV1
2012Citra JuwitaJuwitaTV9
2013–2015Ema EmylianaEma / EmylianaTV3
2013Rumah KedaiSiti SalehaTV3
2013Asmara LunaRaniaTV3
2014Istikharah CintaAtikahTV3
2014Papa ChefAinaTV3
2016Uda Dan DaraNijaAstro Prima
2016BodyguardYasminTV3
2016Cinta MacaronsAlinTV2
2016Ketupat Palas Mr. HandsomeUmiTV3
2016Atok VS Opah Nak RayaMilaTV1
2017Sumpah IbuSurayaTV3
2017Bahagia KasihmuTasnimTV3
2017Kisah Yang HilangSuri BakawaliTV3
2017Red VelvetKilaAstro Ria
2018Halalkan Hati Yang Ku CuriEykaTV3
2018Air Mata Di Bumi MatadorPalomaTV3
2018BanterasAstro Ria
2019Disisimu AkuNurin SaqeenaSalam HD
2019Sara KiranaEllyTV1
2019Bukan Cinta AkuNidaTV3
2019Nota Buat CempakaCempaka ElinaTV1
2019Dia AdeliaDia AdeliaTV Okey
2019Cerita Hantu AsramaTashaAstri Prima
2020Budak TebingMunira @ IraTV3
2021Budak Tebing 2Munira @ IraTV3
2021Hello, Jangan Tapau CintakuAnn DayanaTV3
2021Checklist Mr. RightNina SurayaTV3
2021Serikan Hatimu (Musim 3)EykaTV3
2021–2022Dukun DivaLola (Norlela Hashim)Astro Citra
2022Bila Hati Memilih DiaAdra ZulaikhaTV3
2022Melodi Raya: MELO’DRAMA’DI RayaYasminTV3
2022Dak Dak OfisAfifah FarhanaAwesome TV
2022Budak Tebing 3Munira @ IraTV3
2023Melur Untuk Firdaus 2MawarTV3
2025Cikgu DivaCikgu RosalindaTV3
2025Bunga Tiada CintaSuriTV3
TBABunga Bunga CintaMelurTV3

Web Drama:

TahunTajukWatakRangkaian
2018GhaibJessicaTonton
2020Pretty Little Liars IndonesiaSiti Halima @ EmaViu
2024Satu Hari NantiMarissa SaffiyaIQIYI

Telefilem:

TahunTajukWatakSaluran TV
2011Sejadah KaabahIzahTV3
2011Nur AinAinTV3
2012Jatuh CintaTashaTV3
2012Puteri Pulau TubaAinTV2
2012Diba Benci AbahDibaAstro Ria
2012Miang Buluh Keladi BirahFaraTV3
2013Laksam GirlDahliaAstro Ceria
2013Anak LorongWatieTV3
2013Akhirnya Kisah PerempuanElinaTV2
2013Super GameboyRaihanaAstro Ceria
2013Pengancam PerkahwinanAriana (remaja)Astro Ria
2014Aising Dan CeriTV1
2014Dia AyahkuTVAlhijrah
2014KakakYantiTV3
2014Aki BangkuTVi
2015Mahar Cinta AliaNatashaTV3
2015Aku Mahu ke New York 1FazuraAstro Ceria
2015Aku Mahu ke New York 2FazuraAstro Ceria
2016Menanti PelangiIntanTV1
2016Bujang Terlajak SenangMasturaTV9
2016Minit TerakhirSyakilaTV9
2016Ustaz Korea Sebelah RumahNatrahAstro Ria
2016Qaseh LeylaLeylaTV2
2016Sepatu Tinggi MedinaMedinaHyppTV
2017Tesis Cinta Untuk BBabyTV2
2018Roni World CupWaniAstro Warna
2018Romeo vs JulietJulieNTV7
2018Kembalikan SinarnyaJuliaTV3
2018Pengantin Lari Culik ArtisShanieAstro Citra
2019Kau Selalu DihatikuLinaTV1
2019Batik ZakiahZakiah (muda)TV3
2019Terkoyak Langit CintaJulia
2019Suka Dia Ya Suka Dia TakDani
2019KeranaHusnaTV2
2020#SOKAMPUNGKhalishaTV3
2020Romeo GagapInaTV1
2021Maulidur Rasul Datang LagiFeloraTV3
2022Hantu Balik PagiRose/MasAstro Citra
2025Tiada Jalan KeluarTV Okey
2025Pondok AbuyaTV3

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2015Pada Suatu KetikaPengacaraTV1
2016Dalang PrankArtis jemputanAstro Warna
2017Jalan-Jalan Bazaar RamadanArtis jemputanTV1
2020Sepahtu Reunion Live 2020HawaAstro Warna
2021Senduk Kuali Kak Lina Pom PomArtis jemputanTV1
2023MelodiArtis jemputanTV3

Single Lagu:

  • Laki-laki (2019)

Pencapaian Eyka Farhana

Eyka Farhana pernah memenangi anugerah Pelakon Utama Wanita Terbaik (Malaysia) di Asian Academy Creative Awards 2020 menerusi lakonannya dalam siri Pretty Little Liars Indonesia.

Beliau juga pernah tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2019 dan Pelakon Wanita Popular dalam Anugerah Drama Sangat 2023.

eyka farhana
Kredit: Instagram @eykafarhana

Fakta Menarik Mengenai  Eyka Farhana

  • Eyka dikenali sebagai salah satu artis dengan cita rasa fesyen yang tinggi dan moden.
  • Berperwatakan ceria dan bersahaja, menjadikan beliau mudah didekati dan disukai ramai.
  • Beliau mempunyai pengikut seramai 1.9 juta orang di laman Instagram
  • Eyka mempunyai seorang kakak sulung, Wan Anis Farhana yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), meninggal dunia pada 23 Ogos 2017 pada usia 24 tahun.
  • Mengidolakan pelakon Fazura dalam bidang lakonan.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Eyka Farhana dan Akhyar Rashid atas penyatuan cinta yang indah ini.

Semoga ikatan yang terbina hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan rumah tangga yang penuh kasih sayang, keikhlasan, dan keberkatan.

Sumber:

  1. Instagram @eykafarhana
  2. TikTok @ehmalaysia
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut