Selari dengan perkembangan pasaran kenderaan automotif kearah kenderaan elektrik (EV), Perodua telah memperkenalkan secara rasmi prototaip kereta elektrik (EV) Perodua yang dikenali sebagai eMO-I dan eMO-II.
Walaupun keduanya hanyalah prototaip, apabila dilancarkan kelak, Perodua menjangkan bahawa harga kenderaan elektrik atau EV pertama mereka kelak akan dijual pada harga bawah RM90 ribu.
eMO-I yang dibina berplatformkan model kereta sedia ada mereka, iaitu Myvi telah diperkenalkan terlebih dahulu acara Malaysia Auto Show 2024 pada Mei lalu.
Di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024), Perodua sekali lagi hadir tapi dengan eMO-II.
Apabila bercakap mengenai EV nasional, pesaing langsung tempatannya Proton dijangka melancarkan Proton e.MAS 7 dalam beberapa minggu akan datang.
EV Perodua: eMO-II (Electric Motion Online)
eMO-II adalah evolusi prototaip kenderaan bateri elektrik (BEV) dari eMO-I di mana untuk eMO-II ini, telah ditambah baik daripada model prototaip terdahulu dari segi penggayaan dan ciri-cirinya, menjadikannya lebih sempurna dan menepati spesifikasi yang diinginkan Perodua.
Prototaip terbaharu kenderaan elektrik atau EV Perodua ini memiliki penggayaan yang lebih kemas yang mana ia menggabungkan ciri estetik abad ke-21 dengan keunikan Malaysia.
Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.
Projek EV berkenaan dibangunkan sepenuhnya secara dalaman oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan PERODUA pada 2023.
Arrtikel berkaitan: Perodua EV: Anggaran Harga RM50 – RM100 Ribu
Spesifikasi & Kelebihan
eMO-II dibangunkan menggunakan casis baharu dengan jarak perbatuan sekitar 400 hingga 410 kilometer (km), manakala pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 6 hingga 7 saat.
Dari segi pengecasan, pengecasan penuh pada AC mengambil masa kira-kira 8 jam, manakala pengecasan DC dari 30-80% dijangka mengambil masa kira-kira 30 minit.
Ia dilengkapi dengan bateri LFP bersumberkan CATL dengan kapasiti kira-kira 50kWh.
Di bahagian dalam, eMO-II mendapat kabin yang sangat moden dengan stereng dua jejari dan “kokpit” lilitan dengan paparan instrumen digital, skrin sentuh yang lebih kecil dan lubang penyaman udara berkembar.
Lebih jauh ke bawah terletak konsol tengah hitam berkilat dengan pemilih gear butang tekan, skrin sentuh kedua untuk kawalan penyaman udara dan pemegang mini iPad dengan pengecas wayarles Qi terbina dalam.
Reka bentuk kereta berkenaan dibuat berdasarkan elemen songket yang digabungkan dengan lampu LED bagi melengkapi keseluruhan rekaannya.
Ringkasnya, ini maklumat EMO-ii yang dikongsikan sewaktu didang media Perodua di KLIMS 2024:
- Jarak gerak sekitar 400km
- Bateri daripada CATL
- Kapasiti bateri sekitar 50kWh
- Pengecasan DC 10% – 80% dalam 30 minit
- Pengecasan AC penuh dalam masa 8 jam
Harga EV Perodua
Diingatkan bahawa emo-II adalah episod kedua dan orang ramai perlu menantikan episod ketiga di mana produk akhir itu dijangka akan muncul di pasaran dengan harga antara RM50,000 hingga RM90,000. (Tidak lebih RM90,000)
Maklumat Lanjut & Tempahan
Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi EV Perodua yang pertama kelak.
Untuk maklumat terkini, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook rasmi Perodua
- Tiktok rasmi Perodua Malaysia
- Laman web rasmi : https://www.perodua.com.my/