Sistem eSPKWS yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia membolehkan semua sekolah di Malaysia yang terletak di bawah kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menguruskan urusan kewangan dan perakaunan sekolah.
Dengan sistem yang dibangunkan ini, nescaya pengurusan kewangan pihak sekolah akan lebih teratur dan telus.
Malah urusan kemaskini rekod kewangan juga menjadi lebih mudah kerana semuanya boleh dilakukan secara dalam talian sahaja.
Manual Pengguna eSPKWS
Selaras dengan arahan TPPKWS para 6.3 Penyelenggaraan Buku Tunai, pengguna sistem eSPKWS WAJIB membuat penutupan bulanan pada setiap akhir bulan.
Sehubungan itu, pihak sekolah adalah dimohon untuk mengambil tindakan berikut:
- Memastikan semua transaksi dikunci masuk pada bulan yang sama.
- Memastikan Buku Tunai telah dijana sebelum pengesahan dibuat.
- Pengesahan dibuat pada setiap bulan oleh Pengurus Sekolah.
Sila rujuk manual pengguna lengkap melalui pautan di bawah:
https://spkws.moe.gov.my/download/Manual%20Pengguna%20eSPKWS.pdf
Login eSPKWS KPM
Disebabkan kemudahan yang disediakan oleh portal ini hanya boleh digunakan oleh sesetengah pihak sahaja di sesebuah sekolah, maka akses untuk menggunakan segala kemudahan ini juga layak untuk kumpulan pentadbiran sekolah yang tertentu sahaja.
Sekiranya anda belum mempunyai akaun untuk login masuk, anda perlulah merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah terlebih dahulu.
Sekiranya anda sudah mempunyai maklumat untuk log masuk akaun, layari portal rasmi eSPKWS di alamat https://spkws.moe.gov.my/login.php
Untuk login, di halaman utama portal ini sudah disediakan borang untuk login dimana anda hanya perlu memasukkan 2 maklumat berikut:
- ID Pengguna
- Kata Laluan
Kemudian, klik butang “Masuk”. Sekiranya mahu membuat pembetulan maklumat ID Pengguna atau Kata Laluan, klik pada butang “Semula”.
Perkara Asas yang perlu dilakukan sekiranya Penyata Kunci Kira-kira Tidak Imbang:
- Semak Buku Tunai – pastikan janaan buku tunai sepanjang tahun perakaunan adalah sempurna.
- Semak Kes-kes Cek Batal – pastikan semua cek batal telah dibuat terimaan cek batal dan diganti dengan menggunakan bil asal.
- Semak ABB dan ABT – sekiranya berkenaan.
Tips bagi mengelakkan baucer dan resit hilang dari Senarai Bayaran/Terimaan:
Adalah dingatkan bahawa Sistem eSPKWS hanya boleh dibuka untuk 1 Kumpulan Wang SAHAJA, dalam satu-satu masa.
Sila pastikan caj lajur yang ingin digunakan samada Induk atau Subsidari bagi baucer bayaran atau resit terimaan [pastikan di Senarai Perihal Peruntukan yang dipilih telah ditanda (/).
PERINGATAN
PENDAFTARAN NOMBOR RESIT
Sekolah dimaklumkan untuk mendaftar no resit pejabat elektronik seperti berikut :
1. Kumpulan Wang Kerajaan – KK000001
2. Kumpulan Wang SUWA – KS000001
3. Kumpulan Wang Asrama – KA000001
Sebagai kawalan, sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan sehingga 50 helai resit bagi setiap kumpulan wang. (cth : Buku 1/2012 = KK000001 hingga KK000050, Buku 2/2012 = KK000051 hingga KK000100)
Muat Turun Nota Panduan Pengguna
Sekiranya anda pengguna baru dan ingin mendapatkan panduan menggunakan portal ini, anda boleh melihat segala nota yang boleh dimuat turun melalui portal ini.
Di bawah borang login, rujuk bahagian Download dan klik pada ikon buku.
Senarai nota modul yang boleh dimuat turun dan dibaca untuk panduan adalah seperti berikut (senarai ini mungkin dikemaskini pada masa hadapan):
- Modul Permulaan
- Modul Terimaan
- Pengesahan Pengurus Sekolah
- Modul Daftar Bil
- Modul Bayaran
- Modul Deposit
- Modul PWR
- Modul Pindah Peruntukan
- Modul Penyesuaian Bank
- Modul ABT ABB
- Modul Laporan
- Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah
Sila download nota ceramah berikut : |
1.Modul Permulaan Download 2.Modul Terimaan Download 3.Pengesahan Pengurus Sekolah Download 4.Modul Daftar Bil Download 5.Modul Bayaran Download 6.Modul Deposit Download 7.Modul PWR Download 8.Modul Pindah Peruntukan Download 9.Modul Penyesuaian Bank Download 10.Modul ABT ABB Download 11.Modul Laporan Download 12.Kursus Hands On Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah Download |
Muat Turun Borang
Melalui portal ini, anda juga boleh memuat turun beberapa borang untuk pelbagai tujuan.
Di bawah borang login, rujuk bahagian Download dan klik pada ikon fail.
Senarai borang yang boleh dimuat turun adalah seperti berikut (senarai ini mungkin dikemaskini pada masa hadapan):
Helpdesk eSPKWS
Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika menggunakan portal eSPKWS, anda boleh menghubungi pihak Helpdesk eSPKWS melalui salah satu kaedah di bawah ini:
Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Akaun, Cawangan Pengurusan Seksyen Akaun Sekolah (SAS), Aras 10, Blok E12, Kompleks Kerajaan E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Helpdesk: 03-88721436
Emel Aduan: [email protected]
Fax: 03-88721427