eProfiling MOHE : Semakan Kelulusan Akademik & Inventori Kerjaya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pernah dengar mengenai laman eProfiling?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mempunyai sebuah laman web yang memudahkan pencarian maklumat semakan kelayakan akademik seseorang individu secara dalam talian sahaja.

Dikenali dengan nama eProfiling, semakan ini boleh dibuat dengan hanya memasukkan kad pengenalan seseorang individu itu sahaja.

Fungsi laman eProfiling

eProfiling adalah satu kemudahan yang disediakan di laman GReaT (Graduates Reference Hub for Employment and Training) milik Kementerian Pengajian Tinggi.

Laman ini boleh diakses melalui pautan https://great.mohe.gov.my/

Dengan fungsi semakan ini, seseorang majikan boleh membuat semakan kesahihan kelayakan seseorang calon yang memohon pekerjaan dengan mereka.

Seorang penganjur program juga boleh menyemak kelayakan akademik seseorang penceramah atau pakar motivasi yang dijemput untuk sesuatu program.

Laman sebegini amatlah berguna memandangkan terlalu ramai individu yang kini mendakwa memiliki kelayakan akademik dari sesebuah pengajian tinggi namun kesahihannya diragui.

Malah, ada individu yang dengan beraninya mengaku mempuyai banyak pHd dari beberapa institusi pengajian tinggi – kesemuanya dinafikan oleh institusi pengajian tinggi tersebut.

Cara menyemak kelayakan akademik

Untuk membuat semakan, layari laman eProfiling di alamat https://eprofiling.mohe.gov.my/

Di halaman tersebut, masukkan nombor kad pengenalan yang ingin disemak.

Harap maklum bahawa tidak semua maklumat mengenai individu akan dipaparkan di hasil carian kerana data yang dipaparkan adalah maklumat yang diperolehi melalui sistem Graduan SKPG iaitu, Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Cara semak haluan kerjaya

eprofiling

Sekiranya anda merupakan seorang graduan tetapi masih kurang pasti haluan kerjaya anda, laman eProfiling ini boleh membantu anda mencadangkan kerjaya yang boleh anda cuba berdasarkan kelayakan akademik anda dan mina anda.

Di halaman eProfiling, masukkan nombor kad pengenalan anda.

Kemudian, masukkan butiran-butiran yang dimint seperti kelayakan akademik, alamat emel, nombor telefon dan sebagainya.

Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan sehingga lengkap semuanya.

Terdapat 3 bahagian yang perlu anda jawab

  1. Bahagian A: Kesukaan
  2. Bahagian B: Kecekapan
  3. Bahagian C: Pekerjaan

Anda akan dipaparkan dengan keputusan cadangan kerjaya yang boleh anda ceburi.

Melalui keputusan yang dipaparkan, seseorang dapat menentukan haluan kerjaya dalam bidang yang diminati.

Semoga membantu!

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut