e-Prestasi KPM: Login eprestasi.moe.gov.my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pelaksanaan Penilaian Pertama Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tahun melalui e-Prestasi KPM akan dibuka semula untuk sesi penilaian akhir.

Mohon Pegawai Penilai (PP) yang dilantik menyemak serta memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang PBPPP dan ePrestasi KPM.

Apakah e-Prestasi KPM?

ePrestasi merupakan salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.

Laman sesawang ePrestasi ini boleh dilayari oleh semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan PBPPP melalui Modul Manual Pengguna.

Melalui modul tersebut, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun.

Laman sesawang ini hanya boleh diakses (log masuk) oleh JK PBPPP dan PP yang dilantik sahaja.

Integriti pegawai yang layak untuk akses perlu dijaga supaya pihak yang berkenaan tidak menyalahgunakan sistem tersebut.

PP juga boleh menyemak status penilaian PYD di bawah seliaan mereka melalui aplikasi mudah alih bagi sistem e-Prestasi iaitu MyPBPPP.

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my.

Apakah PBPPP?

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Penilaian ini juga merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.

Baca juga: APDM: Manual Kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM

PBPPP memberi fokus kepada elemen:

  • Kompentensi
  • Potensi
  • Keberhasilan Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas.
    Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi. Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.

Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.

eprestasi kpm

Tempoh Penilaian

Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan oleh KPM.

Sila rujuk Takwim PBPPP di bawah untuk senarai tarikh penting untuk penilaian:

3 Fasa Penilaian ePrestasi KPM

PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan.

Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrumen dan prestasi pencapaian PYD diberikan mengikut aras penilaian sama ada Cemerlang, Baik, Sederhana, Memuaskan atau Lemah berdasarkan rubrik yang ditetapkan.

e-prestasi kpm

Sepanjang tempoh setahun pelaksanaan, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.

FASA 1: Prapenilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

  1. Ketua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
  2. JK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.
  3. Pengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.
  4. JK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
  5. JK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi pada tahun semasa.
  6. JK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat organisasi.
  7. PP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu

FASA 2: Semasa Penilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

  1. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.
  2. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.
  3. PP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun.
  4. PP dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.
  5. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).
  6. PP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi.
  7. PP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.
  8. PP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.
  9. JK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.

FASA 3 : Pascapenilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

  1. JK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 dan PP2.
  2. JK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar melalui sistem e-Prestasi.
  3. PYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.

Panduan Mengisi Borang Keberhasilan 2021 (Penilaian Akhir – November)

Bagaimana cara mengisi borang keberhasilan (PBPPP)?

Mungkin masih ramai yang kurang jelas, di sini kami kongsikan info untuk makluman bersama.

Muat turun Templat Borang Keberhasilan di bawah:

i) Template Borang Keberhasilan (xls)
ii) Template Borang Keberhasilan (xlsx)

Contoh Borang Keberhasilan : https://drive.google.com/file/d/1KVct6295aa_7gmbK4Y3XEah0SJpW6u9M/view?fbclid=IwAR0u7HyR4jhDGmgKmdKbKIkL0TaxdXmTYr9RAuYB-XITy6BRu93fR0PbyvQ

(Sumber: Herna Nordin)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang ePrestasi KPM, sila layari https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html

Alamat:

UNIT PENILAIAN KOMPETENSI,
CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
ARAS 4, BLOK E12, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.

Telefon:

03-8884 7294/ 7287/ 72884

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut