ePKM: Semakan Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah Tahun 6

Guru di sekolah rendah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pentaksiran psikometrik kepada murid dan mengemaskini pentaksiran tersebut menerusi Sistem e-Profil Kerjaya Murid (ePKM).

Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini merujuk aktiviti pentaksiran
yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan mereka.

Selain tret personaliti atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.

Mengenai Pentaksiran Psikometrik

Konsep pentaksiran psikometrik ini telah diperkenalkan oleh KPM sejak tahun 2007 lagi.

Pada ketika itu, KPM telah mengambil tindakan untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan psikologi murid melalui kaedah pentaksiran psikometrik.

Pentaksiran psikometrik ini bertujuan untuk mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid yang akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan menggilap potensi ini.

Objektif Pentaksiran Psikometrik

Objektif pentaksiran ini dijalankan adalah untuk:

  • Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir.
  • Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan.
  • Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid.
  • Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik.
  • Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu.
  • Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid.

Komponen Pentaksiran Psikometrik

Komponen pentaksiran psikometrik untuk murid sekolah rendah adalah seperti berikut:

Proses Pentaksiran

Proses pentaksiran ini dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  • Jumlah soalan yang dikemukakan adalah 90 soalan dan setiap konstruk. mengandungi 10 item.
  • Masa yang diperuntukkan adalah 45 minit.
  • Pilihan jawapan ialah Ya atau Tidak.
  • Murid memilih jawapan mengikut kecenderungan (Ya=perkara tersebut yang disukai, Tidak=perkara yang tidak mencerminkan diri, bukan hobi, atau kesukaan).
  • Pentadbiran ujian adalah bergantung kepada sekolah.

Contoh Soalan

Contoh soalan untuk pentaksiran ini boleh dilihat melalui contoh di bawah:

Semakan Keputusan Pentaksiran

Semakan keputusan pentaksiran psikometrik boleh dilakukan menerusi langkah-langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://epkm.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian “Murid.”
  3. Masukkan no kad pengenalan.
  4. Klik butang “Masuk.”

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai sistem ePKM, sila layari pautan dokumen https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pentaksiran-berasaskan-sekolah/Panduan%20Pentadbiran%20Pentaksiran%20Psikometrik.pdf.

Baca juga: Ujian Psikometrik Sekolah Menengah & Pelaporan Ujian

Bantu kami share artikel ini: