Pihak PDRM melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM, Bukit Aman telah mewujudkan portal ePesara bagi memudahkan pesara Polis DiRaja Malaysia mendapatkan informasi terkini mengenai perkhidmatan yang ditawarakan oleh PDRM.
Portal atau platform atas talian ini mula beroperasi sejak 1 Julai 2020 dan menjadi pusat sehenti utama bagi pesara polis mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada pihak polis.
Perkhidmatan Utama ePesara
Perkhidmatan dalam talian ePesara PDRM menyediakan pelbagai kemudahan antaranya:
- Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) – Melalui TAWP, terdapat pelbagai bantuan yang disediakan antaranya Bantuan Khairat Kematian, Bantuan Pergerakan, Bantuan Perubatan, Bantuan Pendidikan dan Bantuan Bencana Alam.
- Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) – Dianugerahkan kepada petugas polis yang layak bagi menghargai jasa dan bakti mereka kepada negara yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan
- Kad Pesara PDRM – Kad pesara diberikan untuk tujuan-tujuan rasmi agar pesara yang layak dapat menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan yang diberikan
- Kerahan Polis Simpanan
- Persatuan Pesara – Daftar dengan beberapa persatuan pesara polis yang disenaraikan untuk menikmati kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh sesebuah persatuan tersebut
Cara Daftar ePesara PDRM
Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda dikehendaki mendaftarkan akaun terlebih dahulu sebelum boleh membuat sebarang urusan melalui laman portal ini.
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk urusan pendaftaran akaun:
- Layari laman rasmi ePesara di alamat http://epesara.rmp.gov.my/
- Klik pada logo “Log Masuk ePesara PDRM”
- Pada halaman berikutnya, klik pada perkataan “Sini” untuk daftar
- Lengkapkan butiran yang diminta dengan maklumat yang betul:
- ID Pengguna
- Kata Laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Emel
- Pengesahan Emel
- Tempat Lahir
- Tempat Akhir Bertugas/ Bekerja/ Tempat Tinggal/ Belajar
- Kategori
- Nama
- Jantina
- Nombor Telefon
- Masukkan Kod Pengesahan Yang Tertera
- Lengkapkan pendaftaran dengan klik butang “Hantar”
Setelah lengkap pendaftaran akaun, anda boleh membuat permohonan kad pesara yang mengambil masa 5 hari bekerja daripada tempoh permohonan lengkap diterima oleh Unit Kad Kuasa, Cawangan Perkhidmatan (Rekod Personel), Jabatan Pengurusan.
Maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan melalui laman ePesara, anda boleh hubungi:
- Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Tingkat 25, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman,50560 Kuala Lumpur
- Tel : 03 2266 8387/8573
- Faks : 03 2266 8388
- Emel: [email protected]