Endowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Bayi Kelahiran Sarawak Sebanyak RM 1,000 ~ Bermula tahun 2019, setiap anak kelahiran Sarawak berpeluang untuk peroleh insentif sebanyak RM 1,000.
Insentif yang digerakkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak ini bertujuan untuk membantu anak kelahiran Sarawak bagi mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam dewasa kelak.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Endowment Fund Sarawak untuk makluman bersama.
Baca juga:
- SKAS – Semakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025
- Sarawak ID : Login & Daftar SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)
Apa itu Endowment Fund Sarawak ?
Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat-Syarat Kelayakan Endowment Fund Sarawak
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan Endowment Fund Sarawak yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Merupakan warganegara Malaysia
- Lahir di luar Sarawak atau luar Sarawak
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa merupakan pemegang MyHad berstatus ‘K’
- Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran
- Bagi kategori anak angkat :
- Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat perlulah berstatus pemegang MyKad ‘K’ dan
- Mempunyai sijil pengangkatan yang sah
Cara Memohon
1. Bagi pemohon di Sarawak
Permohonan boleh dibuat di kaunter di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak.
2. Bagi pemohon di luar Sarawak
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar semua dokumen di atas ke alamat berikut:
Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching, Sarawak
Tel: 082-242221 / 082-242223
(Permohonan Dana Endowmen Sarawak)
Semua permohonan wajib dilengkap dengan dokumen seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN;
- Salinan Sijil Lahir Bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN; dan
- Borang EFS yang diisi lengkap
*Pemohon wajib mendapatkan pengesahan (Certified True Copy) daripada Pegawai JPN di JPN Semenanjung Malaysia, W.P Labuan atau Sabah sebelum permohonan dikemukakan kepada Ibu Pejabat JPN Sarawak.
*Bagi permohonan dari luar Malaysia, pemohon wajib mendapatkan pengesahan (Certified True Copy) daripada Pejabat Kedutaan Malaysia.
Borang Endowment Fund Sarawak boleh didapati di bawah :
Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak.
Berikut contoh salinan deposit bertempoh yang akan diterima selepas selesai menghantar dokumen lengkap.
Maklumat Lanjut
Bagi semakan penerimaan dokumen permohonan anda, sila hubungi JPN Negeri Sarawak di talian 082-242221/082-242223
Bagi semakan status permohonan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di talian +6014-6881398 (mesej sahaja).
Bagi pertanyaan selain semakan status, sila hubungi Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) di e-mel: [email protected]
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari iSarawakCare