eMadani TNG : Cara Tebus RM100 & Senarai Kedai / Merchant

cara scan tng
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda layak untuk menebus kredit percuma Kerajaan bernilai RM100 pada 4 Disember ini? Jom kami kongsikan lebih lanjut bagi yang berminat untuk membuat penebusan eMadani melalui eWallet Touch n Go (TNG).

Pengenalan

Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, tebus melalui 4 rakan e-dompet yang terpilih, iaitu Shopeepay, TNG eWallet, Setel atau MAE.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

Cara Login & Verify Akaun TNG eWallet

Make sure korang boleh login & verify eWallet untuk tebus kredit eMADANI RM100 & banyak lagi ganjaran pada hari Isnin, 4 Disember 2023 nanti!

Verify akaun eWallet anda sekarang di https://touchngoewallet.onelink.me/8mmV/eKYC

Recover account yang SUDAH verified:

Recover account yang BELUM verified:

Jangan tersalah pilih tau!

Cara Penebusan eMadani TNG eWallet

Sila login ke aplikasi TNG untuk membuat penebusan.

Kredit ini akan tersedia untuk ditebus mulai 4 Disember 2023.

Pastikan anda telah memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Setelah berjaya menebus, sila gunakannya selewat-lewatnya pada 29 Februari 2024 untuk pembelian dan pembayaran di peniaga-peniaga yang mengambil bahagian.

Sila rujuk langkah terperinci di bawah:

LANGKAH DEMI LANGKAH: CARA TEBUS RM100 KREDIT EMADANI MAE

LANGKAH 1

LANGKAH 2

LANGKAH 3

LANGKAH 4

LANGKAH 5

LANGKAH 6

LANGKAH 7

LANGKAH 8

LANGKAH 9

BERJAYA!

Ini contoh paparan pada telefon bimbit anda setelah berjaya claim eMadani RM100 dari Touch n Go!

Mudah kan?

Jadi jangan berlengah lagi, jom claim sekarang!

Tapi kalau aplikasi ni tengah ramai orang guna, memang akan lagging sikit. Jangan risau sebab tempoh penebusan ini dibuka hingga 20 Februari 2024.

CARA PEMBELIAN

Cara claim e-wallet TNG bile dah dapat duit emadani :

  1. Buka app TNG ewallet
  2. Tekan ikon BAYAR, nanti kluar paparan bar code dekat handphone kita
  3. Bagi je dekat cashier nanti cashier scan kod pada phone kita. Boleh juga scan mesin dia.
  4. Ok siap dah.
    Cara yang sama jika korang nak isi minyak pakai ewallet ye. Tengok gambar kat bawah :

Ini contoh TNG merchant punya barcode.

Scan barcode pada kamera kita. Atau beri barcode yang tertera pada phone kita untuk kedai tu scan.

Lepas dah bayar nanti boleh semak baki macam ni.

Jangan lupa, habiskan kredit RM100 ni sebelum 29 Februari 2023 ya. Kalau luput nanti, baki tu akan ‘burn’ macam tu je.

Ok, jangan lupa share pada mereka yang belum guna lagi kredit eMadani Touch n Go ni. Kongsikan juga pada kawan-kawan dan keluarga yang baru pertama kali nak guna eWallet, semoga panduan ini dapat memudahkan mereka.

Pembelian Yang Dibenarkan Menggunakan eMadani TNG

OK, bila dah berjaya claim kredit RM100 tadi, boleh beli apa ya?

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA.

Contohnya:

  • Mamak ✅
  • Kedai runcit ✅
  • Klinik ✅
  • Gerai burger ✅
  • Kedai gunting rambut ✅
  • Kopitiam ✅
  • Kafe aesthetic ✅
  • Pasar pagi & malam ✅
  • Warung ✅
  • Bengkel kereta ✅
  • Kedai roti & bakeri ✅
  • Hotel ✅
  • Restoran ✅
  • Farmasi ✅
  • Supermarket ✅

Jangan risau, sebab ada dekat LEBIH 2,000,000 KEDAI-KEDAI FIZIKAL yang menyokong pembelian secara offline menggunakan eWallet Touch n Go.

emadani touch n go tng

Rujuk senarai kedai-kedai fizikal yang boleh menggunakan eMadani TNG: https://www.touchngo.com.my/consumer/payments/offline/

Banyak tempat boleh pakai Touch ‘n Go eWallet!

emadani touch n go tng
emadani touch n go tng

Tarikh Penebusan & Pembelian Menggunakan Kredit e-Dompet eMadani TNG

  • Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024
  • Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2023

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai eMadani, sila rujuk saluran berikut:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut