Elaun Kerja: Maksud Elaun dan Perbezaan dengan Gaji

Apabila menerima surat tawaran kerja, selain gaji pokok yang ditawarkan, kita juga perlu melihat dengan teliti elaun kerja yang diberikan bersama-sama dengan tawaran kerja yang diberikan.

Hal ini kerana, elaun kerja merupakan sebahagian daripada pendapatan yang bakal diperolehi dan jangan terkejut, ada kalanya elaun yang diberikan jumlahnya boleh melebihi gaji pokok yang ditawarkan – kebiasaannya bagi jawatan kemahiran dan bukan eksekutif.

Maksud Elaun

Elaun diklasifikasikan sebagai bayaran imbuhan kepada pekerja, selain dari gaji yang diterimanya dan ia juga dipanggil sebagai pembayaran wang ehsan atau penghargaan dari syarikat.

Pemberian elaun biasanya dinyatakan dalam kontrak kerja namun pemberian elaun bukanlah satu kewajipan daripada syarikat.

Antara elaun yang sering ditawarkan syarikat di Malaysia adalah elaun makanan, elaun kenderaan, elaun minyak, elaun internet dn elaun-elaun lain yang tidak diberikan bersama gaji.

Rasional Pemberian Elaun

Setiap penjawat awam di Malaysia memperoleh pelbagai elaun menarik yang ditawarkan oleh kerajaan.

Walau bagaimanapun, banyak syarikat swasta juga memberika pelbagai jenis elaun kerja bagi tujuan berikut:

  • Menggalakkan persaingan yang sihat untuk meningkatkan kepakaran, kemahiran dan prestasi kerja.
  • Mendorong dan mengekalkan pegawai untuk berkhidmat dalam perkhidmatan dan kawasan yang lebih mencabar.
  • Menampung kos sara hidup yang meningkat.
  • Memberi ganjaran kepada pekerja yang menjalankan tugas dan tanggungjawab tambahan.

Artikel berkaitan: Elaun SSPA: Prinsip, Jenis & Syarat Umum Kelayakan

Jenis-jenis elaun kerja

Terdapat pelbagai jenis elaun kerja yang mungkin diberikan oleh sesebuah syarikat kepada pekerjanya, antaranya:

  1. Imbuhan Tetap Bayaran Imbuhan – Berasaskan kriteria kos sara hidup. Misalnya elaun rumah, elaun makan dan sebagainya.
  2. Elaun bayaran balik – Berasaskan kriteria tanggungjawab tambahan atau/dan bayaran balik perbelanjaan. Contohnya, tuntutan kembali bayaran tol ke tempat klien atas urusan kerja.
  3. Bayaran Insentif – Berasaskan kriteria-kriteria risiko kerja, kesusahan, kepakaran, kemahiran, keanehan / kejelikan tugas, kepentingan pengeekalan sesuatu perkhidmatan, galakan

Baca penjawat awam, anda boleh merujuk Pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA untuk mengetahui senarai elaun yang diberikan kepada setiap penjawat awam: https://docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp02/bil04/Lampiran-C6.pdf

Kriteria Pemberian Elaun Kerja

Infografik di bawah menerangkan kriteria-kriteria penting biasanya pemberian elaun kerja diberikan kepada pekerja:

elaun kerja

Elaun dalam Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022)

Semua pekerja tertakluk kepada Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) yang bertujuan melindungi pekerja daripada ditindas oleh majikan.

Antara objektif utama Pindaan 2022 dilakukan:

  1. meningkatkan dan menambah baik perlindungan dan kebajikan golongan pekerja di negara ini;
  2. memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selari dengan standard antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa; dan
  3. memudahkan Malaysia merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan yang pada ketika ini kerap memasukkan fasal berhubung standardminimum perburuhan sebagai salah satu daripada terma perjanjian yangperlu dipatuhi.

Antara intipati utama dalam Pindaan 2022 ini adalah pekerja yang bekerja dalam syif berhak mendapat elaun syif.

Elaun syif bergantung kepada jenis syif yang dijalankan dan ia mestilah tidak kurang daripada 15% daripada gaji biasa pekerja.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa insentif dan elaun adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata, tiada had minimum atau maksimum ditetapkan.

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Elaun penjawat awam

Bagi penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam pula, pemberian elaun pekerja pula tertakluk kepada pekelilng yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) juga bermakna terdapat pembaruan atau perbezaan berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunapakai sebelum ini.

Jenis-jenis elaun bagi penjawat awam adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

  • imbuhan tetap atau bayaran imbuhan yang diberi berasaskan kriteria sara hidup;
  • elauan diberi berasaskan kriteria tanggungjawab tambahan;
  • bayaran insentif diberi berasaskan kriteria kelayakan dan penempatan; dan
  • bayaran balik yang diberi berasaskan kriteria bayaran balik perbelanjaan.

Baca lagi: Elaun SSPA: Prinsip, Jenis & Syarat Umum Kelayakan

Bantu kami share artikel ini: