Tarikh & Jadual Bayaran Bulanan Bantuan JKM 2024
Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.
Pemberian bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Di samping itu, membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara membuat semakan bayaran bantuan JKM yang dikreditkan setiap bulan.
Bilakah Bayaran JKM Dikreditkan Setiap Bulan?
Tarikh dan jadual pembayaran bulanan untuk Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2024 telah ditetapkan.
Berikut adalah maklumat penting mengenai tarikh pembayaran untuk setiap bulan:
- Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak, dan biasanya dilakukan sebelum 10 haribulan setiap bulan.
- Pihak JKM akan memberikan maklumat terkini mengenai sebarang perubahan tarikh pembayaran dari masa ke semasa.
- Walaubagaimanapun, anda boleh membuat semakan secara online untuk mengetahui status pembayaran ini, sama ada ia telah diproses dan dikreditkan ke akaun sebelum anda membuat pengeluaran di ATM / bank.
Jadi, bagaimanakah cara untuk membuat semakan?
Cara Membuat Semakan Bantuan JKM
1. Melalui eBantuanJKM
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara online:
- Layari laman web rasmi eBantuanJKM di pautan berikut: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
- Klik pada butang “Semakan Status Permohonan Atas Talian”
- Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang “Semak”
- Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
2. Melalui eMaklum
>> Apakah eMaklum?
eMaklum adalah sistem yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memudahkan pemohon dan penerima bantuan dalam mendapatkan maklumat berkaitan status permohonan bantuan mereka.
Sistem ini membolehkan pengguna menyemak status permohonan secara atas talian, termasuk status kelulusan dan maklumat lain yang berkaitan dengan bantuan yang dipohon.
Anda boleh memuat turun aplikasi eMaklum melalui pautan berikut: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/803
>> Cara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2024 Melalui Apps eMaklum
- Muat turun aplikasi eMaklum
- Tekan ‘Carian Dokumen’
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
- Masukkan nombor akaun bank anda
- Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
- Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
- Tekan butang ‘Cari’
- Maklumat pembayaran akan dipaparkan
>> Cara Semakan Tarikh Bayaran Bantuan JKM 2024 Melalui Portal eMaklum
eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan.
Mudah saja cara nak buat semakan untuk bayaran bulanan anda setiap bulan sebab tak perlukan sebarang pendaftaran.
Cara nak buat semakan adalah seperti berikut:
- Layari laman web eMaklum di pautan berikut: https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan nombor IC anda.
- Pilih tarikh semakan.
- Tekan semak.
- Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.
Anda boleh rujuk panduan bergambar di bawah:
LANGKAH 1: Layari laman web eMaklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
LANGKAH 2: Masuk kan no IC dan no akaun. Lepas tu pilih tarikh, contohnya 1/8/24-7/8/24.
LANGKAH 3: Anda boleh tengok perincian dan muat turun resit.
9 Jenis Bantuan JKM 2024 & Kadar Bantuan Bayaran Yang Diterima
Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM secara bulanan mengikut kategori di bawah.
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
KADAR
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
2. Bantuan Anak Pelihara
KADAR
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
3. Bantuan Warga Emas
KADAR
RM500 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
4. Warga emas yang bukan tinggal di:
i. Institusi kendalian JKM; atau
ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
KADAR
RM450 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah
5. Bantuan Am (BA) Persekutuan
KADAR
Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
6. Bantuan Am Negeri
KADAR
Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
KADAR
RM300 seorang sebulan.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Tidak berupaya bekerja.
- Pemohon bukan penghuni/ pelatih:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
- Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapit Semasa.
Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain
8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
KADAR
RM500 sebulan seorang.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000
9. Bantuan Latihan Perantis
KADAR
RM200 sebulan seorang.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
Cara Permohonan Online
- Layari laman web eBantuanJKM di pautan berikut http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp;
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
PERHATIAN: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
*Sila bawa dokumen di atas semasa hadir ke pejabat.
Borang Berkaitan
- JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) (Klik disini untuk muat turun)
- Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muat turun)
Semakan Status Permohonan
Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :
- Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
- Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
- Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.
Senarai hanya akan memaparkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima.
Maklumat Lanjut Bayaran Bantuan JKM
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
Baca juga: