eSMANJ: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Johor 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

E-SMANJ : Permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Johor Tahun 2025

Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor mempelawa para murid yang mempunyai kelayakan akademik, keperibadian yang mulia, jati diri yang hebat serta minat yang tinggi untuk mengikuti Sistem Pendidikan Islam di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Johor.

Permohonan adalah secara dalam talian dan pautan pendaftaran akan dibuka bermula 28 Ogos sehingga 02 Oktober 2024.

Rujuk maklumat penuh dan syarat-syarat permohonan di bawah.

Pengenalan Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)

SMANJ merangkumi sekolah seperti Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Maahad Johor Lil Banat (MJLB), SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ), Maahad Pontian (MP), SMA Parit Raja (SMAPR) dan SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG).

SEKOLAH-SEKOLAH YANG DITAWARKAN

Rujuk senarai setiap sekolah dengan lebih terperinci di sini:

1) Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor

072232710 / 32

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
  • Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
  • Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
  • Khas untuk murid lelaki sahaja

2) Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor

072232710 / 32

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
  • Khas untuk murid lelaki sahaja

3) Maahad Johor Lil Banat (MJLB)

072232710 / 32

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini Agama
  • Turut menawarkan hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
  • Merupakan cawangan Maahad Johor khas untuk murid perempuan sahaja

4) SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)

077715482

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
  • Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun

5) Maahad Pontian (MP)

076874470

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
  • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

6) SMA Parit Raja Batu Pahat (SMAPR)

074545710

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
  • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

7) SMA Bugisiah Tampok Pontian (SMABG)

074241901

  • Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
  • Menawarkan hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
  • Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Calon lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
  4. Permohonan adalah secara dalam talian.
  5. Hanya calon yang melepasi saringan awal akan menghadiri ujian kelayakan.

Cara Permohonan

Cara permohonan dibuat mestilah mengikuti perkara-perkara berikut:

  1. Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang https://daftar-smanj.net/t1/2025,
  2. Permohonan dibuka mulai 28 Ogos 2024 sehingga 2 Oktober 2024.
  3. Calon perlu merujuk kepada manual pengguna iaitu https://daftar-smanj.net/public/t1/assets/pdf/Manual%20Pengguna.pdf sebelum membuat permohonan secara dalam talian
  4. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan SMANJ.
  5. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah di bawah tanggungjawab masing-masing

Tarikh Penting

Sila ambil perhatian tarikh-tarikh penting sepanjang proses permohonan.

Baca juga: Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Johor (YPJ) 2024

Ujian Kelayakan SMANJ

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN di tempat yang akan ditetapkan.

Sila ambil perhatian kepada tarikh-tarikh penting sepanjang tempoh permohonan.

MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

1. Ujian Bertulis

  • Dijalankan selama 1 jam 15 minit
  • Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.

3. Ujian Lisan

  • Bacaan surah al Fatihah
  • Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
  • Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Semakan Keputusan

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KELAYAKAN TINGKATAN 1 SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR SESI 2025

Layari pautan berikut untuk semakan: https://daftar-smanj.net/t1/2025

Untuk pertanyaan lanjut sila emel ke Unit Pengurusan Sekolah Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, BPIJAINJ : [email protected]

Maklumat Lanjut SMANJ

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://daftar-smanj.net/t1/2025 atau layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Baca juga: NILAM Johor: Sistem Merekod Aktiviti Bacaan NILAM di Johor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut