e-Perkasa SPM: Tuisyen Percuma Anak ATM

e-perkasa spm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Yayasan LTAT dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mewujudkan satu program khusus bagi memberikan tuisyen percuma anak ATM yang berada di Tingkatan 5 menerusi e-Perkasa SPM.

Program ini bakal memberi manfaat kepada anak warga ATM seluruh negara sebagai persediaan menghadapi SPM Tahun 2024.

Program ini telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berlangsung di Dewan Mahkota, Kem Mahkota di Kluang pada 30 Ogos 2024 yang lalu.

Mengenai Yayasan LTAT

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1972 dengan dua objektif utama iaitu bagi mengadakan faedah persaraan dan faedah – faedah lain untuk Pegawai dan anggota lain – lain pangkat (LLP) angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta sebagai satu skim simpanan untuk pegawai dan anggota kerahan angkatan sukarela.

Namun, yayasan ini juga yang turut menumpukan kepada pendidikan serta kebajikan anak-anak anggota dan veteran ATM.

Yayasan ini yayasan yang ditubuhkan bersama oleh Syarikat-Syarikat Kumpulan LTAT yang lain yang diterajui oleh Boustead Holdings Berhad (BHB) untuk membantu membiayai kos pembelajaran anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat dan anggota ATM yang telah bersara.

Apa Itu e-Perkasa SPM?

Program ini merupakan program kemudahan tuisyen percuma khusus kepada anak-anak ATM di Tingkatan 5.

Menerusi program ini, modul khas melibatkan guru pakar SPM yang berpengalaman, pensyarah-pensyarah, mahasiswa dan alumni UPSI akan disediakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM.

Program berasaskan konsep mentor-mentee itu akan menggunakan platform digital seperti Google Meet dan Youtube Live bagi memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar terlibat.

Pelajar terlibat juga akan menerima peranti Chromebook bagi membolehkan sesi pembelajaran secara online dapat dilaksanakan.

Ini juga bagi memastikan mereka dapat mengikuti tuisyen di mana-mana lokasi.

Subjek Terpilih

Subjek terpilih bagi tuisyen online menerusi program ini adalah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sains
  • Matematik
  • Sejarah

Jumlah Pelajar Terlibat

Seramai 969 anak-anak ATM calon SPM 2024 seluruh negara untuk mengikuti program ini.

Sumber: https://www.kosmo.com.my/2024/08/30/program-e-perkasa-spm-tawar-pendidikan-percuma-untuk-969-anak-atm/

Baca juga: Portal ePTRS.my: Program Tuisyen Rakyat Selangor Atas Talian

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut