Duti Setem LHDN: Kadar, Bayaran, Cetakan Sijil & Penalti 2025

duti setem lhdn 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Mulai 1 Januari 2025, Malaysia akan melaksanakan perubahan signifikan dalam struktur duti setem, yang akan mempengaruhi pelbagai transaksi, terutamanya dalam perjanjian sewa dan pajakan.

Perubahan ini melibatkan peningkatan kadar stamp duty serta penalti bagi kelewatan penyeteman.

Artikel ini akan membincangkan kadar terkini, penalti yang dikenakan, serta maklumat terkini berkaitan untuk memberikan pemahaman yang komprehensif kepada pembaca.

Adalah penting untuk memahami struktur bayaran baharu ini dan memastikan penyeteman dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan penalti yang tinggi.

Selain itu, mengambil kira pengecualian dan pengurangan yang ditawarkan oleh kerajaan dapat membantu dalam perancangan kewangan yang lebih efisien.

duti setem lhdn

Pengenalan Duti Setem Dari Aspek Undang-undang Malaysia

Duti setem adalah cukai yang dikenakan ke atas surat cara, iaitu dokumen bertulis yang berkaitan dengan transaksi undang-undang, komersial, dan kewangan.

Di Malaysia, taksiran dan pungutan duti ini diperuntukkan di bawah Akta Setem 1949. Duti ini terbahagi kepada dua jenis utama:

  • Duti Tetap: Duti yang dikenakan tanpa mengira nilai yang dinyatakan dalam surat cara. Contohnya termasuk surat kuasa wakil dan polisi insurans.
  • Duti Ad Valorem: Duti yang dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Contohnya termasuk surat cara pemindahan hartanah dan surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun.

Sila rujuk video di bawah untuk penjelasan lebih lanjut dan terperinci oleh pihak LHDN sendiri :

Siri 1 – Pengenalan

Siri 2 – Penyeteman Dokumen Peribadi Di Kaunter

Siri 3 – Bayaran

Siri 4 – Cetak Sijil Setem

Kadar Duti Setem 2025

Bermula 1 Januari 2025, kadar stamp duty untuk perjanjian sewa dan pajakan telah disemak semula. Kadar baharu adalah seperti berikut:

Tempoh Sewa/PajakanKadar Duti Setem (Setiap RM250 atau sebahagian daripadanya)
Tidak melebihi 1 tahunRM1
Melebihi 1 tahun tetapi tidak melebihi 3 tahunRM3
Melebihi 3 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahunRM5
Melebihi 5 tahun atau untuk tempoh tidak tentuRM7

Sebagai contoh, untuk perjanjian sewa dengan sewa bulanan RM2,000 dan tempoh pajakan selama 3 tahun, pengiraan duti adalah seperti berikut:

  1. Kira Sewa Tahunan: RM2,000 x 12 = RM24,000
  2. Bahagikan dengan RM250: RM24,000 / RM250 = 96
  3. Kadar Duti Setem: RM3 bagi setiap RM250
  4. Jumlah Duti Setem: 96 x RM3 = RM288

Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar adalah RM288. Selain itu, untuk setiap salinan perjanjian, bayaran tambahan sebanyak RM10 dikenakan.

Jadi, jika terdapat satu salinan tambahan, jumlah keseluruhan adalah RM298.

Baca lagi: STAMPS LHDN – Cara Beli Duti Setem Online

duti setem lhdn
Contoh Sijil Setem LHDN

Kaedah Penyeteman

  • Terdapat 2 cara yang boleh dilakukan iaitu:
  • Sijil Setem
    • Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
  • Duti Kompaun
    • Kaedah ini dikhaskan kepada bayaran duti setem secara kompaun ke atas cek, polisi insurans, nota kontrak, Memorandum of Association & Article of Association dan Borang Bekalan Tenaga Elektrik TNB (Electric Supply Form), oleh pihak yang di peruntukkan di dalam Seksyen 9 Akta Setem 1949.

Perubahan Kadar Duti

Dengan perubahan kadar duti setem ini, terdapat beberapa perubahan ketara antaranya:

1. Contoh Kenaikan Duti Setem Sewa Rumah:

Sewa RM1,800 sebulan untuk 3 tahun

  • Sebelum: RM703
  • Kini: RM1,054

Sewa RM5,000 sebulan untuk 7 tahun

  • Sebelum: RM5,050
  • Kini: RM6,730

2. Jual-Beli Hartanah: Stamp Duty berdasarkan harga pasaran penuh

  • Sebelum ini: Duti setem dikira berdasarkan harga jualan hartanah.
  • Kini: Duti setem dikira berdasarkan harga pasaran penuh, walaupun beli lebih murah
duti setem lhdn 2025

Kadar Penalti

Kadar penalti di bawah berkuat kuasa mulai dari 01/01/2025 dan penalti yang dikenakan berdasarkan tempoh kelewatan seperti berikut;

  • RM50.00 atau 10% daripada duti yang terkurang, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
  • RM100.00 atau 20% daripada duti yang terkurang, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

Bagi mengurangkan risiko didenda, pastikan anda membuat bayaran duti ini pada waktunya.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kadar duti setem dan penalti yang berkuatkuasa pada tahun 2025 ini, sila berhubung dengan pegawai bertugas seperti di bawah:

  • Talian Dalam Negara: 03-8911 1000
  • Talian Luar Negara: 603-8911 1000
  • Talian Bantuan Khas Kerajaan: 1800-88-2747

Sebagai alternatif panggilan, anda boleh chat dengan pihak LHDN melalui pautan https://www.hasil.gov.my/hubungi-kami/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut