Dr Zaliha Mustafa adalah antara dua pemimpin wanita PKR yang dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai Menteri Kesihatan, dengan seorang lagi adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan.
Ramai yang tertanya-tanya, siapakah sosok wanita yang menerajui KKM ini?
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang profil dan biodata wanita ini.
Biodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia
PROFIL
ZALIHA BINTI MUSTAFA
Umur : 58 tahun – Dilahirkan pada 26 Jun 1964 di Johor
Status : Telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Ahmad Adzlan, seorang doktor. Mempunyai 4 orang anak
Ahli Parlimen : P141 Sekijang (Johor)
Profesion : Pernah bertugas sebagai doktor perubatan dan memiliki klinik sendiri iaitu Klinik Murni, Bandar Putra, Kulai, Johor
Facebook : Dr. Zaliha Mustafa
PENDIDIKAN
SEKOLAH PEREMPUAN SULTAN IBRAHIM (SIGS)
MRSM, KOTA BHARU – 1981
MATRIKULASI MRSM, SEREMBAN – 1982
FAKULTI PERUBATAN UKM – 1983-1989
KERJAYA
DOKTOR SISWAZAH, HSAJB – 1989/90
DOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL DAERAH PEKAN – 1990
DOKTOR PERUBATAN, HOSPITAL TAIPING – 1991
DOKTOR PERUBATAN SWASTA, POLIKLINIK PENAWAR – 1993
DOKTOR PERUBATAN SWASTA, KLINIK MURNI – 1995
SETIAUSAHA POLITIK MENTERI, KPWKM, PUTRAJAYA – 2018
PENGLIBATAN POLITIK
KETUA WANITA JOHOR BAHRU, PARTI KEADILAN NASIONAL – 1999
KETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN NASIONAL – 2000
KETUA WANITA JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2003
PENGERUSI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2005
NAIB KETUA WANITA, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2007
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT (DIPILIH), PARTI KEADILAN RAKYAT – 2018
PENGERUSI BIRO STRATEGI, DASAR & LATIHAN, MPWP, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2020
PENGARAH STRATEGI NEGERI JOHOR, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2021
PENGERUSI JK PEMILIHAN PUSAT, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2022
CALON DUN TANJUNG PUTERI, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2004
CALON PARLIMEN GELANG PATAH, PARTI KEADILAN RAKYAT – 2008
PENGETUA AKADEMI KEADILAN (ARK), PARTI KEADILAN RAKYAT – 2009
Sumber: https://calonkeadilan.org/candidate/P141
Baca juga: