Dongeng Sang Kancil ialah filem animasi terbaharu terbitan Les’ Copaque Production yang dijadualkan tayangannya di pawagam Malaysia pada 26 Disember 2024.
Les’ Copaque Production merupakan sebuah syarikat produksi animasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana berjya menghasilkan kandungan animasi berkualiti tinggi yang membawa nilai budaya Malaysia kepada penonton global.
Antara karya utama syarikat ini adalah Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula, Pada Zaman Dahulu dan terbaru Dongeng Sang Kancil.
Les’ Copaque juga merupakan pelopor dalam industri animasi di Malaysia, membuka jalan kepada generasi baru pembuat filem animasi untuk berkembang di persada dunia.
Sinopsis penuh
Dongeng Sang Kancil merupakan sebuah filem animasi terbaru yang dihasilkan berdasarkan cerita rakyat Sang Kancil dan filem ini dijangka menjadi penerbitan ikonik Les’ Copaque Production yang seterusnya.
Filem ini mengisahkan seekor anak kancil yang menyaksikan ibunya dibunuh oleh satu bayang hitam misteri.
Setelah dewasa, Kancil bertekad mencari bayang hitam tersebut untuk membalas dendam atas kematian ibunya dan menyelamatkan Hutan Rimba daripada ancaman yang sama.
Dalam pengembaraannya, Kancil bertemu dengan tiga pemangsa utama yang menguasai langit, daratan, dan lautan, iaitu Helang Perkasa, Gajah Belukar, dan Raja Buaya.
Dengan kecerdikannya, Kancil berjaya mendapatkan sokongan daripada mereka serta penghuni hutan lain untuk menumpaskan bayang hitam tersebut.
“Dongeng Sang Kancil” diadaptasi daripada cerita rakyat tradisional Melayu yang menonjolkan kecerdikan dan kelicikan Sang Kancil dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Dengan kecerdasannya, Sang Kancil sering melarikan diri dari bahaya dan kadangkala membantu haiwan lain yang memerlukan bantuan.
Filem ini dijangka menarik minat penonton dari pelbagai peringkat umur, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia, yang turut menantikan tayangannya.
Pelakon suara
Filem Dongeng Sang Kancil ini menampilkan suara latar oleh Nini Razali sebagai Kancil, bersama Amir Masdi, Loke Keng Sun, dan Dinda Dania.
Lagu OST Dongeng Sang Kancil
Lagu tema untuk filem Dongeng Sang Kancil dinyanyikan oleh Yubi featuring Fadzrian Ildzan dengan lirik oleh Cheong Michael, Arif Asyraf, dan Ammar Syahid, serta komposisi oleh Cheong Michael & Arif Asyraf.
Dngarkan lagu OST melalui salah satu pautan di bawah:
- Spotify : https://spoti.fi/3ZgoKZL
- YouTube Music : https://bit.ly/4g0oqnm
- Apple Music : https://apple.co/3YT3xn6
- Amazon Music : https://amzn.to/3YZLWtN
Artikel berkaitan: Times Square Theme Park: Tarikan Utama & Cara Beli Tiket Masuk Dengan Diskaun Istimewa!
Trailer Dongeng Sang Kancil
Untuk gambaran lanjut, anda boleh menonton trailer rasmi filem Dongeng Sang Kancil di bawah:
Dalam video teaser pertama, kebijaksanaan Sang Kancil ditonjolkan ketika ia melarikan diri daripada seekor harimau.
Dalam video di atas, Sang Kancil menggunakan pelbagai perangkap untuk mengalahkan harimau.
Bukan satu, tetapi tiga perangkap digunakan olehnya.
Harimau akhirnya menerima padah yang teruk akibat kelicikan Sang Kancil.
Dalam teaser kedua, beberapa antagonis baru diperkenalkan.
Semua antagonis tersebut bekerjasama untuk memerangkap Sang Kancil dan bertemu dengan Harimau.
Antara adegan yang paling menarik dalam filem ini ialah ketika Helang menyerang Sang Kancil.
Aksi kombo di udara yang ditampilkan benar-benar kelihatan mengagumkan.
Tarikh Tayangan
Dongeng Sang Kancil akan mula ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 26 Disember 2024.
Tempoh tayangan atau durasi filem ini pula adalah sekitar 1 jam 39 minit.
Pemilihan tarikh ini cukup strategik memandangkan filem ini akan mula ditayangkan ketika musim cuti sekolah dan musim cuti hujung tahun sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember dan Cuti Tahun Baru pada 1 Januari.
Maklumat lanjut
Untuk pengumuman terkini mengenai Dongeng Sang Kancil, sila ikuti Facebook rasmi Les’ Copaque