Doa Witir Mudah (Arab / Bahasa Melayu / Rumi)

witir
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Doa Witir & Kelebihan Menunaikan Solat Witir

Tahukah anda, solat witir adalah merupakan antara ibadah yang sangat dianjurkan untuk dilakukan. 

Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini. Antaranya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat sunat ini sebelum tidur.

BACA JUGA: Solat Tasbih – Niat & Panduan Menunaikannya

Solat Sunat Witir

Solat sunat witir adalah merupakan solat sunat yang ditunaikan dengan bilangan rakaat yang ganjil. 

Kalimah witir atau sebutannya وَتْر / وِتْر  watru dan witru dari sudut bahasanya membawa maksud tunggal (bilangan yang ganjil). 

Dari sudut istilah pula, witir bermaksud: ‘’Solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam’’

Solat sunat ini ditunaikan dalam bilangan rakaat yang ganjil, iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau sebelas rakaat.

Sekurang-kurangnya satu rakaat dan sebanyak-banyaknya sebelas rakaat. 

Ia boleh ditunaikan pada waktu malam bila-bila masa selepas menunaikan solat isyak sehingga sebelum masuk waktu Subuh sebagai penutup solat. 

Ia tidak boleh dilakukan dua kali dalam satu malam berdasarkan larangan dari Nabi SAW. 

Bagi sesiapa yang yakin dapat bangun qiyamullail, lebih utama baginya melewatkan solat Witir agar dapat dilakukan di penghujung solat malamnya. 

Manakala bagi sesiapa yang tidak pasti akan bangun qiyamullail ataupun tidak, boleh baginya untuk menunaikan solat Witir sebelum tidur. 

Jika dia bangun di penghujung malam dia boleh menunaikan solat sunat namun tidak perlu lagi untuk mengulangi solat witir.

Rujuk cara menunaikan solat sunat witir di sini: https://ecentral.my/solat-witir/ 

Doa Selepas Solat Witir

Selepas menunaikan solat witir, anda digalakkan untuk berzikir dan berdoa seperti berikut:

1. Membaca zikir di bawah ini sebanyak 3 kali:

سُبْحَانَ الـمَلِكِ القُدُّوسِ

Maksudnya: “Maha Suci (Allah) Yang Maha Menguasai Lagi Maha Suci.”

2. Kemudian mengucapkan atau berdoa:

doa solat witir

Rumi: Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika.

Maksudnya: “Ya Allah, dengan keredhaan-Mu, aku mohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu. Dengan keampunan-Mu, aku mohon perlindungan daripada hukuman-Mu. Dan dengan hikmah-Mu, aku mohon perlindungan daripada takdir yang buruk. Tidak terhitung pujian untuk-Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Engkau pujikan kepada Diri-Mu.”

Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/16; Tuhfah al-Muhtaj, 2/227.

CONTOH DOA SELEPAS SOLAT WITIR

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُولُ فِي وِتْرِهِ ‏
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Nabi s.a.w membaca dalam solat witirnya:

“‏ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaan Mu daripada kemurkaanMu.

وَأَعُوذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ
Aku berlindung dengan kemaafan Mu daripada hukuman Mu.

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ
Aku berlindung dengan Mu daripada Mu.

لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ ‏”‏ ‏.‏
Tak mampu daku menghitung pujian ke atas diri Mu. Engkau sebagaimana pujian yang Kau berikan kepada diri Mu. [Jami’ al-Tirmizi, Kitab al-Da’awat, no: 3566, Imam al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Gharib].

Dalam riwayat Abu Daud disebutkan:

فِي آخِرِ وِتْرِهِ
di hujung solat witirnya. [Sunan Abi Daud, Kitab al-Witr, no: 1427].

Dalam riwayat ‘Aisyah r.a pula seolah-olah doa itu dibaca ketika sujud.

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ
Daripada ‘Aisyah r.a, beliau berkata: Pada satu malam, saya menyedari baginda tiada di atas katil. Saya pun menguis-nguis tangan untuk mencari baginda lalu tangan saya tersentuh tapak kaki baginda ketika baginda sedang sujud. Kedua-dua kaki baginda dalam keadaan ditegakkan. .
.
وَهُوَ يَقُولُ ‏ “‏ اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ ‏”‏ ‏.
Baginda membaca ..(doa seperti di atas). [Sahih Muslim, Kitab al-Solat, no: 486].

Ulama berbeza pendapat bilakah doa ini dibaca ketika Qunut witirkah, selepas solat witirkah, ketika sujud di dalam solat kah. Wallahua’lam, isu ini luas.

Imam al-Nawawi misalnya, menggunakan hadis ‘Aisyah sebagai hujah ia merupakan antara doa yang dibaca ketika sujud, dan menggunakan hadis ‘Ali menunjukkan ia juga doa yang dibaca selepas solat witir. [Rujuk Al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab].

Sumber infografik: Yayasan Pondok Sungai Durian

CONTOH DOA SELEPAS SOLAT WITIR RAMADAN (DALAM BAHASA MELAYU / RUMI)

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya ‘alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu Ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami…kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah…ya Rahman…pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami…kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya azizz…

Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dikalangan kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi…

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya ‘Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jadikan kami drp golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Jgnlah kau jadikan ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan dtg…

Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt beramal di mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya… Aamiin…

Kelebihan Doa & Solat Witir

Kelebihan solat witir banyak dinyatakan dalam hadith-hadith sahih daripada Nabi Muhammad SAW. 

Antaranya ialah hadith daripada Jabir R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ

Maksudnya: Sesiapa yang takut tidak terbangun pada saat akhir malam, dia hendaklah bersolat witir lebih awal, dan sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bangun pada akhir malam dia hendaklah bersolat witir pada akhir malam. Sesungguhnya solat pada akhir malam disaksikan (dihadiri oleh para malaikat) dan itu adalah yang afdhal”.

Sahih Muslim (755)

Tambahan pula, Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA akan melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah R.A:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur”.

Sahih al-Bukhari (1981)

Begitu juga dengan anjuran Rasulullah SAW untuk menjadikan solat witir sebagai solat terakhir pada waktu malam:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: Jadikan akhir solat (sunat) kalian pada waktu malam dengan melakukan solat sunat witir.

Sahih al-Bukhari (998) dan Sahih Muslim (751)

RUJUKAN:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut