DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH (JAKIM)
Petang 6 Julai 2024 adalah penutup bagi tahun 1445 Hijrah dan Maghrib nanti akan bermula tahun 1446 Hijrah.
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1446H bersamaan 1 Muharram 1446H, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
Berikut dikongsikan doa akhir tahun dan awal tahun hijrah yang boleh dibacakan selepas solat Asar atau ketika hampir masuk waktu Maghrib, 6 Julai 2024 bersamaan 29 Zulhijjah 1445H.
Ini kerana berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib.
AWAL MUHARAM, BERMULANYA HIJRAH NABI SAW
Awal Muharam adalah salah satu dari hari penting bagi kita umat islam kerana ia menandakan bermulanya tahun baru dalam kelendar islam. Ia di ambil dari tarikh perpindahan (hijrah) nabi kita Muhammad S.A.W yang berpindah dari Mekah ke bumi Madinah.
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk menghayati dan mempraktiskan konsep hijrah ini dalam kehidupan kita. Ini tidak bermaksud kita perlu berpindah dari satu tempat ke satu tempat pada setiap tahun tetapi cukuplah sekadar berhijrah dari sifat yang tidak baik kepada yang lebih baik. Ini juga dikira sebagai hijrah.
Waktu Baca Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun 1446 H / 2024
Sempena persediaan sempena ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhir Tahun sebelum masuk waktu Maghrib atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu)
Bagi mengawali permulaan tahun baru 1446H, marilah kita membaca Doa Awal Tahun selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024 (Sabtu) .
Semoga kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun mendatang akan dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.
DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN ISLAM
DOA AKHIR TAHUN
اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
Dalam Rumi: “Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa’attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.”
Ertinya: “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, perbuatanku yang Engkau maklumi karena kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.”
DOA AWAL TAHUN
اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
Dalam Rumi: “Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i, wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”
Ertinya: “Ya Tuhanku, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.”
Kedua-dua doa ini boleh dibaca secara bersendirian atau berjemaah sama ada di masjid, surau, tempat kerja dan sebagainya.
Memandangkan Awal Muharam juga jatuh pada hari Jumaat, jom ambil kesempatan ini untuk kita semua berselawat dan jangan lupa baca surah al Kahfi ya.
اَللهُم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]
Semoga dengan doa yang kita baca ini dikurniakan rahmat dan keberkatan daripada Allah dan dilindungi daripada segala perbuatan maksiat yang ditegahNya. Dan niatkan agar dosa kita yang dahulu dan akan datang diampunkan.
Selain itu, titipkan niat agar sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah pada masa akan datang.
Seperkara lagi, jangan lupa titipkan doa kita untuk semua sahabat handai!
Baca juga: Doa Ketika Dapat Gaji, Agar Bertambah Rezeki – JAKIM