Dividen Koperasi TNB – Panduan Pengeluaran

Dividen Koperasi TNB - Panduan Pengeluaran
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPERASI TNB) merupakan antara koperasi terkemuka di Malaysia yang telah lama memberi manfaat kepada ahli melalui pelbagai produk kewangan, pinjaman dan pelaburan. 

Bagi anggota Koperasi Tenaga Nasional Berhad (KOPERASI TNB), setiap tahun pastinya menanti detik pengumuman dividen sebagai satu ganjaran hasil kepercayaan dan penyertaan dalam koperasi ini. 

Tahun 2024 menyaksikan KOPERASI TNB terus mengekalkan prestasi cemerlang, bukan sahaja dari segi perkhidmatan kewangan, malah dalam pengagihan dividen yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh ahlinya. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Dividen Koperasi TNB yang terkini. 

BACA JUGA: Skim ToU TNB – Maksud, Waktu Puncak, Syarat & Cara Mohon

Koperasi TNB 

Koperasi TNB telah mula beroperasi sejak 1951. Ia merupakan antara koperasi terunggul di Malaysia, khusus untuk kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan telah berkembang pesat dalam pelbagai cabang perniagaan. 

Dengan objektif utama menggalakkan budaya jimat cermat serta menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman, perlindungan takaful dan perkhidmatan pengguna, koperasi TNB kini berada di kedudukan ke-4 terbaik koperasi Malaysia pada tahun 2024. 

Kedudukan ini melonjak dari tangga ke-8 pada tahun sebelumnya. Ini membuktikan komitmen koperasi dalam memastikan kebajikan dan manfaat maksimum untuk semua anggota.

MAPT74

MAPT74, Penentu Kadar Dividen & Permulaan Proses Pengeluaran

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-74 (MAPT74) akan berlangsung pada 13 Julai 2025. Dalam mesyuarat inilah kadar rasmi dividen bagi tahun kewangan 2024 akan diumumkan kepada semua anggota. 

Pengumuman ini sangat penting kerana ia menjadi penanda aras berapa jumlah dividen yang bakal diterima oleh setiap anggota.

Setiap tahun pengagihan dividen menjadi fokus utama setiap anggota. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, jumlah dividen yang diumumkan adalah sangat memberangsangkan. 

Walaupun kadar dividen rasmi koperasi TNB 2024 belum diumumkan secara terbuka, namun berdasarkan trend tahun-tahun sebelum ini menunjukkan pulangan yang kompetitif dan konsisten. 

Panduan Pengeluaran Dividen Koperasi TNB 2024

Bagi anggota koperasi, permohonan pengeluaran dividen boleh dibuat secara secara atas talian melalui aplikasi MyKopTNB. Berikut adalah Panduan Pengeluaran Dividen Tahun 2024 Koperasi TNB:

1.Muat Turun Aplikasi MyKopTNB
Langkah pertama, anda perlu memuat turun aplikasi MyKopTNB dari Google Play Store, Apple App Store, atau Huawei AppGallery. Pastikan anda menggunakan versi aplikasi 2.3.9 untuk memastikan semua fungsi berjalan lancar dan terkini.

      2. Daftar Akaun atau Log Masuk
      Jika anda sudah mempunyai akaun, klik Sign-in untuk log masuk ke aplikasi. Jika belum pernah mendaftar, klik Sign-up dan lengkapkan proses pendaftaran sebagai ahli Koperasi TNB.

      3. Pilih Menu “Pengeluaran Dividen”
      Setelah berjaya log masuk, cari dan klik pada menu atau acara bertajuk “Pengeluaran Dividen 2024”. Menu ini akan membawa anda ke borang permohonan pengeluaran dividen secara digital.

      4. Isi Borang Permohonan dengan Lengkap
      Lengkapkan borang permohonan pengeluaran dividen dengan maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor keahlian, dan maklumat akaun bank. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul untuk mengelakkan sebarang masalah semasa pembayaran.

      5. Hantar Permohonan dan Sahkan Penghantaran
      Setelah selesai mengisi borang, tekan butang Submit Form. Anda akan menerima notifikasi “Success, form submitted successfully” sebagai pengesahan bahawa permohonan anda telah dihantar dengan berjaya.

      NOTA: Pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup, iaitu 30 hari selepas MAPT74.

      Tips Supaya Permohonan Tidak Ditolak

      • Pastikan semua maklumat dalam borang permohonan adalah lengkap dan tepat.
      • Kemaskini maklumat peribadi dan akaun bank sebelum membuat permohonan.
      • Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan sebagai anggota yang sah dan aktif.
      • Hantar permohonan dalam tempoh yang ditetapkan oleh koperasi.
      • Simpan salinan borang permohonan dan bukti penghantaran untuk rujukan.

      Siapa Layak Memohon?

      Anggota yang layak memohon pengeluaran dividen adalah mereka yang masih berstatus ahli aktif dan mempunyai baki modal yuran serta baki modal syer anggota pada tarikh tutup akaun tahun kewangan yang ditetapkan koperasi (biasanya 31 Disember setiap tahun). 

      Pastikan keahlian anda masih sah dan tiada tunggakan atau isu keanggotaan.

      Bila Tarikh Permohonan Pengeluaran Dividen Dibuka?

      Tarikh permohonan pengeluaran dividen biasanya dibuka selepas pengumuman rasmi dividen tahunan oleh koperasi TNB. 

      Pengumuman ini akan dimaklumkan melalui laman web rasmi koperasi, notis di pejabat, atau saluran komunikasi rasmi koperasi. Sila rujuk notis semasa atau laman web www.koptnb.com untuk tarikh terkini setiap tahun.

      Tarikh Tutup Permohonan (30 Hari Selepas MAPT74)

      Untuk memastikan semua anggota berpeluang membuat permohonan, tarikh tutup permohonan pengeluaran dividen 2024 adalah 30 hari selepas MAPT74. 

      Selepas tempoh ini, permohonan pengeluaran bagi tahun tersebut tidak lagi diterima secara automatik melalui aplikasi. 

      Bila Duit Dividen Akan Masuk?

      Satu keistimewaan untuk anggota yang memohon awal pengeluaran dividen melalui aplikasi MyKopTNB ialah bayaran akan dikreditkan ke akaun bank dalam tempoh 3 hari bekerja selepas kadar dividen diumumkan semasa MAPT74. 

      Ini bermakna jika anda membuat permohonan segera selepas pengumuman, anda akan menerima duit dividen lebih awal berbanding mereka yang memohon lewat.

      DIVIDEN KOPERASI TNB 2023

      Apa Akan Jadi Jika Tidak Mohon Pengeluaran?

      Jika anda tidak membuat permohonan pengeluaran dividen, dividen tersebut biasanya akan disimpan dalam akaun anggota di koperasi sebagai tambahan kepada modal syer atau yuran. 

      Anda masih boleh memohon pengeluaran pada masa akan datang selagi dividen tersebut belum dikeluarkan dan masih dalam tempoh yang dibenarkan oleh koperasi.

      Cara Semak Status Pengeluaran Dividen

      Untuk menyemak status pengeluaran dividen Koperasi TNB 2024, anda boleh rujuk beberapa cara mudah dan rasmi berikut:

      1. Semakan Melalui Portal Rasmi KOPERASI TNB

      Koperasi menyediakan portal khas untuk semakan status permohonan pengeluaran dividen. Anda boleh melayari laman: https://ktnb.koptnb.com/ktnb/semakanborangdividen

      Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor keahlian atau nombor borang permohonan untuk mengetahui status terkini permohonan anda.

      2. Aplikasi MyKopTNB

      Jika anda membuat permohonan pengeluaran dividen melalui aplikasi MyKopTNB, anda boleh log masuk ke aplikasi tersebut dan semak status permohonan secara langsung di bahagian pengeluaran dividen. Ini adalah cara paling pantas dan mudah untuk mendapatkan maklumat terkini.

      3. Hubungi Unit Pusat Panggilan Koperasi TNB

      Sekiranya anda menghadapi masalah atau memerlukan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi Unit Pusat Panggilan Koperasi TNB melalui WhatsApp di nombor: +6019-349 1449
      Mereka boleh membantu anda menyemak status permohonan dan memberi maklumat lanjut.

      4. Semakan Melalui Emel atau Notifikasi

      Selepas permohonan dihantar, biasanya koperasi akan menghantar pengesahan permohonan dan kemas kini status melalui emel atau notifikasi dalam aplikasi MyKopTNB. Pastikan anda sentiasa memeriksa emel dan aplikasi untuk maklumat terkini.

      Maklumat Lanjut

      Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, masalah teknikal aplikasi, atau soalan berkaitan pengeluaran dividen, anda boleh terus menghubungi Unit Pusat Panggilan Koperasi TNB melalui WhatsApp di pautan berikut: Klik di sini untuk WhatsApp

      Follow eCentral di WhatsApp Channel
      Ikut