Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina 2025 (27 & 28 Januari)

diskaun tol 2025 tahun baru cina cny
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

DISKAUN TOL 50% SEMPENA TAHUN BARU CINA 2024

Berita baik untuk rakyat Malaysia! Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan DISKAUN TOL 50% untuk Kenderaan Kelas 1 sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025!

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tempoh diskaun tol CNY ini untuk makluman bersama.


KENYATAAN MEDIA
50% DISKAUN BAYARAN TOL SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani dalam Mesyuarat Kabinet hari ini telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025. Implikasi kewangan yang ditanggung Kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada Syarikat Konsesi Tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta.

2. Pemberian ini merupakan kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang telah sekian kalinya diberikan oleh Kerajaan Madani bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023. Sepanjang tempoh tersebut, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM356.18 juta sebagai pampasan bagi pelaksanaan bantuan Tol Percuma Musim Perayaan dari 2023 hingga 2024.

3. Pengumuman saya sebelum ini berkenaan pemberian tol percuma musim perayaan yang sepatutnya berakhir pada perayaan Krismas 2024 adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 20 Disember 2024. Bagaimanapun, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju memberikan diskaun tol 50% sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 selaras dengan agenda Kerajaan MADANI dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat yang didukung oleh kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan.

4. Keputusan memberikan diskaun 50% dari kadar biasa tol ini akan dilaksanakan bermula pada jam 12.01 tengah malam 27 Januari 2025 (Isnin) dan akan berakhir pada Jam 11.59 malam 28 Januari 2025 (Selasa) bagi kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

5. Semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan pengurangan kadar tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa cuti panjang ini. Pengguna disarankan memuat turun apps MYPLUS-TTA di PLUS App (Official) untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) bagi meningkatkan aspek keselamatan dalam pengalaman pemanduan supaya kita semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat bagi memaknai pengertian sebenar sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Pengguna disarankan memuat turun apps MYPLUS-TTA di PLUS App (Official) untuk mendapatkan cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) bagi meningkatkan aspek keselamatan dalam pengalaman pemanduan supaya kita semua dapat sampai ke destinasi dengan selamat bagi memaknai pengertian sebenar sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini.

6. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda dan maklumat yang dipaparkan di Variable Message System (VMS). Pengguna yang menggunakan lorong Smart Lane diminta memberi isyarat awal sebelum memasuki lorong Smart Lane yang telah diaktifkan, memandu dengan kelajuan yang ditetapkan dan peka dengan keadaan sekeliling semasa.

7. Pengguna juga disarankan untuk menyemak status trafik semasa atau sebarang insiden di lebuh raya yang dikemas kini melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), di aplikasi X (@LLMtrafik) serta di TikTok (@llmtrafik). Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk memperoleh keadaan trafik terkini atau bantuan. Bagi mendapatkan maklumat keadaan trafik semasa melalui paparan CCTV di semua lebuh raya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang LLM di https://www.llm.gov.my. Di samping itu, maklumat keadaan trafik juga boleh diperolehi daripada WhatsApp Channel LLM Info Trafik.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2025.
Gong Xi Fa Cai, Xīn Nián Kuài Lè!

Terima kasih.

DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
MENTERI KERJA RAYA
24 JANUARI 2025

diskaun tol 2025 tahun baru cina cny
diskaun tol 2025 tahun baru cina cny
Sumber: Kementerian Kerja Raya

PEMBERIAN DISKAUN TOL 50% SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2025

  • Bermula pada 27 JANUARI 2025 (ISNIN), 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam, dan
  • Berakhir pada 28 JANUARI 2025 (SELASA), 11.59 malam
  • Untuk kenderaan persendirian KELAS 1 sahaja
  • Di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Cadangan Waktu Perjalanan

Anda dinasihatkan mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.

Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki eWallet.

PLUS memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital melalui Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan dalam masa terdekat.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.

Panduan Menikmati Diskaun Tol 50% Sempena Tahun Baru Cina Di Lebuhraya PLUS

PLUS dalam sebuah kenyataan sebelum ini telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :

  1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), diskaun tol ini boleh dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, diskaun akan diberikan kepada kad Touch ‘n Go tersebut.
  3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, diskaun tol akan diberikan kepada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .
    Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
    Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Sumber: PLUS Malaysia

Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan.

Rujuk cara membuat tinjauan CCTV PLUS secara online : Cara Check Status Trafik Di Highway Secara Live. Boleh Elak Kesesakan!

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan Waze atau GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat trafik terkini juga boleh diperolehi menerusi Twitter PLUSTrafik.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut