Diskaun Saman PDRM Sempena Program Ramah Mesra 2023
DISKAUN SAMAN PDRM SEMPENA PROGRAM RAMAH MESRA PDRM
Polis Batu Pahat telah mewar-warkan notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% bagi saman yang terpilih melalui media sosial.
Jom ketahui lebih lanjut untuk mendapatkan manfaat daripada pengurangan saman ini!
Diskaun Saman Polis Sempena Program Ramah Mesra PDRM
Program ramah mesra PDRM Johor bersama Brothers Motor akan berlangsung dari 12 Oktober 2023 hingga 14 Oktober 2023 dan konvoi akan ke Daerah Batu Pahat pada 13 Oktober 2023 bertempat di Dataran Parit Sulong ,Batu Pahat.
Sehubungan dengan itu, diskaun saman PDRM 50% bagi saman – saman yang layak diberi diskaun bermula selama 3 hari tersebut. Kaunter khas akan dibuka di Dataran Parit Sulong pada 13 Oktober 2023 bermula sekitar jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan PDRM bersama masyarakat di sekitar negeri Johor amnya. PDRM Johor sentiasa prihatin terhadap keperluan dan keselamatan masyarakat terutama nya di negeri ini.
Tempoh Diskaun / Kadar Khas Bayaran Saman
Diskaun 50% ini boleh dibayar di kaunter khas yang akan dibuka di Dataran Parit Sulong pada 13 Oktober 2023 bermula sekitar jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Difahamkan diskaun ini juga boleh didapatikan ketika Majlis Penutup Ramah Mesra PDRM di Lebuh Medini Utama, Iskandar Puteri pada Sabtu 14/10/2023.
TENTATIF MAJLIS PENUTUP DI ISKANDAR PUTERI
1100hrs – Pendaftaran Autoshow
1130hrs – kehadiran group mottosikal
1130-1345hrs – rewang / drag / sprint / booth pameran
1345hrs – sessi ramah mesra bersama Ketua Polis Daerah @ Pegawai2 bertugas
1400hrs – Kehadiran Dato’ KP Johor dan sessi ramah mesra bersama Dato’ KP.
1430hrs – Persembahan Gimmik san penyampaian cenderahati.
Jangan lepaskan peluang ini!
Potongan harga hingga 90% sempena 10.10 Sale di Shopee dengan barangan serendah RM1.00! Jom dapatkannya di SINI.
Semakan Saman Online
Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman. Anda perlu mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Sumber / info sahih daripada : Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM / BSPTD BATU PAHAT
Baca juga: