TERKINI: TAWARAN PENGURANGAN DISKAUN KOMPAUN SAMAN POLIS DILANJUTKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2021 – PDRM
Berita baik bagi anda yang mengalami masalah untuk mendaftar di Portal MyBayar Saman!
Untuk memudahkan urusan semua pihak, pihak PDRM telah melanjutkan tempoh untuk semua rakyat Malaysia mendapatkan diskaun bayaran saman yang pada mulanya ditawarkan mulai 9-12 Disember ini bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Dalam kenyataan terkini pada 12 Disember 2021, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Ketua Polis Negara telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menikmati diskaun ini.
Perkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM melalui sebuah hantaran di media sosial Facebook.
Dalam kenyataan tersebut, dimaklumkan bahawa orang ramai boleh menjelaskan saman melalui 4 kaedah berikut:
- Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
- Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
- Pejabat Pos Malaysia
- ATM Maybank
Untuk semakan saman secara online, sila rujuk : 5 Cara Check Saman Polis, JPJ & AES Secara Online Atau SMS
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini di media sosial Kementerian Pengangkutan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik – JSPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ayuh, rebutlah peluang ini untuk menjelaskan tunggakkan saman anda dan memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini bagi mengurangkan beban akibat situasi sukar semasa pandemik Covid-19.