Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, mulai 3 Januari 2025, akan bermulanya diskaun 50 peratus yang ditawarkan oleh JPJ bagi pembayaran saman.
Menurut siaran media rasmi oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia itu, pemberian diskaun kepada orang ramai ini adalah bersempena pertambahan fungsi baharu Pembayaran Saman melalui Aplikasi MyJPJ.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang tawaran pengurangan / diskaun 50% saman JPJ tahun 2025 ini yang akan berlangsung hingga 30 Jun.
Pengenalan
Bagi tahun 2025, YB Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan inisiatif pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bagi memastikan kelestarian penyampaian perkhidmatan JPJ kepada rakyat terutama melibatkan aspek penguatkuasaan iaitu inisiatif menerusi Pembayaran Saman melalui Aplikasi MyJPJ.
Seiring dengan usaha pendigitalan JPJ Malaysia, pertambahan fungsi baharu Pembayaran Saman melalui Aplikasi MyJPJ bermula 2 Januari 2025 merupakan usaha penyampaian perkhidmatan JPJ selari dengan perkembangan teknologi bagi memudahkan rakyat menyelesaikan saman menerusi telefon bimbit. Orang awam boleh memuat turun Aplikasi MyJPJ melalui platform mudah alih Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.
Kadar Kompaun & Diskaun Saman JPJ 2025
Selaras dengan pengumuman inisiatif pendigitalan tersebut, YB Menteri Pengangkutan Malaysia juga telah mengumumkan Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) – RM150 kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih bermula 3 Januari 2025 hingga 30 Jun 2025.
Perincian Inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flate Rate) adalah seperti berikut:
Hanya tiga (3) notis saman JPJ akan diberikan dengan kadar rata (flate rate) RM150:
i. Saman AwAS (Saman 53A) – Oktober 2018 sehingga kini;
ii. Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat) – Tahun 2023 dan ke bawah;
iii. Notis 115 / Notis JPJ (P 23) (Permintaan Butir-Butir Pemandu) – Tahun 2023 dan ke bawah.
Cara Semakan & Pembayaran Saman JPJ
Semakan saman boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran berikut:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.
Kaedah pembayaran tawaran Kadar Kompaun Khas tersebut boleh dilakukan oleh orang awam melalui saluran yang disenaraikan kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia:
i. Aplikasi MyJPJ;
ii. Portal Awam mySIKAP;
iii. Kios JPJ;
iv. JPJ Mobile; dan
v. Kaunter JPJ.
Sepanjang tempoh tawaran Kadar Kompaun Khas ini, tiada pengumpulan Mata Demerit dikenakan.
Disamping itu, JPJ Malaysia akan membuat kajian semula berhubung kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit ke atas pemandu.
Orang awam disarankan untuk menyelesaikan notis-notis saman JPJ yang disenaraikan dalam tempoh tawaran berkenaan dan kegagalan mengambil peluang ini akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun ini berakhir.
JPJ Malaysia sentiasa komited dan berusaha memastikan ekosistem penyampaian perkhidmatan JPJ berlandaskan kepada kesejahteraan dan kelestarian rakyat.
Maklumat Lanjut Diskaun Saman JPJ 2025
Jika anda masih belum muat turun aplikasi JPJ, sila rujuk cara daftar MyJPJ dalam infografik di bawah:
Semoga perkongsian ini memberikan pencerahan kepada persoalan yang diajukan sebelum ini.
Sebarang pertanyaan hubungi : 03-27242522
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://public.jpj.gov.my/ atau talian hotline JPJ di 03 8000 8000.
- Facebook JPJ : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia