Drama Dia Bukan Syurga menggabungkan elemen drama kekuatan wanita iaitu perjuangan seorang wanita yang ingin keluar dari hubungan perkahwinan toksik.
Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Dia Bukan Syurga yang sedang trending ketika ini.
Baca juga: Drama Nikmat Hanya Sesaat – Sinopsis, Pelakon & Waktu Siaran
Sinopsis Dia Bukan Syurga
Nuha (Ezzany Jasny), seorang wanita penyayang dan tabah, menyerahkan seluruh cintanya kepada Tajul (Niezam Zaidi), bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi dari lubuk hati yang paling dalam.
Meskipun sikap Tajul yang panas baran dan cemburu buta sering kali menyakitkan hati dan membuat Nuha terasa terkurung, dia tetap setia.
Demi cinta yang tidak berbelah bahagi dan rasa simpati yang mendalam, Nuha memilih untuk terus bertahan walaupun hatinya sering dihimpit keraguan.
Perkahwinan yang diharapkan mampu mengubah Tajul, ternyata menjadi titik hitam dalam hidup Nuha. Tajul mula mengawal setiap gerak-gerinya dan menjerat Nuha dalam penderaan emosi dan fizikal.
Namun, Nuha masih memendam semua luka demi menjaga imej rumahtangga mereka di mata orang lain. Bagi Nuha, perbuatan Tajul menyeksakan jiwa, tetapi bagi Tajul, itu semua kononnya tanda cinta.
Sudah berkali-kali Nuha merayu dan menangis, tetapi segalanya sia-sia. Hinggalah satu insiden besar meruntuhkan harapan yang disangkanya kekal hingga ke syurga.
Setelah perkahwinan itu berakhir, Nuha mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan semangat dan merawat luka batin.
Dalam tempoh itu, muncul Arham (Nazim Othman), abang iparnya yang pernah dikenali dahulu. Arham sentiasa hadir saat Nuha jatuh, melindungi dan memberikan harapan baru.
Namun buat Nuha, menerima Arham seakan membawa kembali bayang Tajul sesuatu yang dia enggan ulangi. Trauma lalu menjadikan Nuha lebih berhati-hati.
Adakah Arham mampu menyembuhkan luka lama dan membuktikan cintanya tidak sama seperti Tajul? Mampukah Nuha membuka pintu hatinya semula untuk bahagia?
Atau dia akan terus menolak rasa demi takut tersilap langkah lagi? Dia Bukan Syurga menyelusuri kisah seorang wanita yang terperangkap antara cinta, penderitaan dan harapan baru, demi mencari syurga yang benar-benar miliknya.
Senarai Pelakon & Lagu Tema
Drama Dia Bukan Syurga terbitan Radius One Sdn Bhd diarahkan oleh Rashid Sibir meneruski skrip daripada Panel Skrip Astro dan karya asal Novel Dia Bukan Syurga (tulisan Rissa Ahdiya).
Drama 32 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti berikut:
- Ezzanie Jasny sebagai Nuha
- Niezam Zaidi sebagai Tajul Idlan
- Nazim Othman sebagai sebagai Arham
- Zizi Hazirah sebagai Aina
- Nasz Sally sebagai Effa
- Anas Ridzuan sebagai Faizal
- Ahmad Tamimi Siregar sebagai Haji Marwan
- Dian P. Ramlee sebagai Hajah Fatim
- Qazem Nor sebagai Rushidi
- Syazuwan Hassan sebagai Norman
- Sharul Kamal sebagai Haikal
- Rahhim Omar sebagai Hashim
- Lydiawati sebagai Mona
- Dayana Roza sebagai Liza
- Fezrul Khan sebagai Hashim (muda)
- Mimi Ernida sebagai Mona (muda)
- Siew Eng
- Zarrin Nuqman
- Dzul Hadziq
- Fiza Tijani
- Amirah Zaidi
- Danish Zamri
- Rafique Iskandar
LAGU TEMA
- Tajuk : Dalam Sujudku
- Penyanyi : Amira Othman
- Lirik : Senna
LIRIK LAGU
Setiap langkah seakan resah
Setiap nafas seakan beku
Membelenggu seluruh duniaku
Yang kelam
Katamu akulah cahaya
Namun jiwa ku gelap gelita
Bagai kidung pilu merantai ku
Selamanya…
Jika aku terbunuh oleh cinta
Biar mati dihatimu saja
Asalkan engkau bahagia
Oh Tuhan ku memohon dalam sujudku
Jika ini memang suratan ku
Maka kuatkanlah jiwaku
Baca juga: Bukan Ipar Sempurna – Sinopsis Drama & Barisan Pelakon
Tarikh Tayangan
Drama Dia Bukan Syurga telah ditayangkan bermula 19 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Anda juga boleh saksikan drama ini secara eksklusif di platform Sooka menerusi streaming online dalam talian.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Promo & Sedutan Episod
TRAILER DRAMA
EPISOD 1
EPISOD 2
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11
EPISOD 12
Sumber: Tiktok @radiusone_official