TV3 kembali dengan drama terbaru yang bertajuk Dhia Kasyrani, sebuah karya yang penuh dengan emosi, konflik, dan pengajaran. Drama ini telah berjaya menarik perhatian penonton sejak sedutan episod pertamanya disiarkan pada November 2024.
Drama ini pasal apa? Apa yang bestnya drama ni?
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai drama ini, jom baca perkongsian di bawah.
BACA JUGA: Tonton.Com.My : Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming
Drama TV3 – Dhia Kasyrani
- Episod: 24
- Tarikh Mula: 22 November 2024
- Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7 malam
- Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
- Penulis Skrip: Sophilea, Azilah Wahab
- OST: Selalu (ameerais.azhar)
- Pengarah: Shuhaimi Lua
- Produksi: Tanah Beris Film Production
Sinopsis Dhia Kasyrani
Drama “Dhia Kasyrani” merupakan sebuah siri drama Melayu terbaru yang memikat hati penonton dengan jalan ceritanya yang menarik dan penuh emosi.
Drama ini merupakan adaptasi daripada novel berjudul “Adanya Dhia” karya Sophilea”. Ia mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita muda bernama Dhia Kasyrani yang terpaksa mengharungi kehidupan selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam satu kemalangan tragis.
Sebagai pewaris tunggal Angsana Corporation, sebuah syarikat gergasi dalam industri pembinaan, Dhia menghadapi cabaran besar dalam menguruskan perniagaan keluarganya.
Situasi menjadi lebih rumit apabila bapa saudaranya, Dato’ Harris, mengambil keputusan untuk menjodohkan Dhia dengan Mursyid, seorang lelaki yang berasal dari keluarga sederhana dan mempunyai latar belakang yang jauh berbeza daripada Dhia.
Dengan berat hati, Dhia menerima cadangan tersebut dan berkahwin dengan Mursyid. Mereka kemudian berpindah ke kampung halaman Mursyid yang terpencil.
Perkahwinan yang berlaku atas dasar paksaan keluarga ini membawa kepada pelbagai konflik dan cabaran dalam kehidupan Dhia dan Mursyid.
Mereka sering bertelagah kerana perbezaan personaliti, gaya hidup, dan nilai-nilai yang dipegang. Dhia yang bersifat keras kepala dan mementingkan kerjaya berhadapan dengan Mursyid yang lebih lembut dan mengutamakan keluarga.
Sepanjang siri ini, penonton akan menyaksikan bagaimana Dhia dan Mursyid berusaha untuk mengatasi perbezaan mereka, menghadapi cabaran dalam perkahwinan tanpa cinta, dan pada masa yang sama menguruskan tekanan daripada keluarga dan perniagaan. Drama ini menguji kekuatan hati, kesetiaan, dan keupayaan mereka untuk berkompromi dan memahami antara satu sama lain.
Barisan Pelakon Dhia Kasyrani
Drama ini menampilkan barisan pelakon yang popular dan hebat-hebat seperti:
1. Rita Nadira sebagai Dhia Kasyrani
Watak utama wanita, seorang yang cekal, berani, dan tegas.Dhia ialah pewaris Angsana Corporation yang tabah menghadapi cabaran hidup selepas kehilangan kedua ibu bapanya. Dia terpaksa berkahwin dengan Mursyid demi memenuhi permintaan keluarganya, walaupun perkahwinan tersebut pada awalnya tidak disenangi.
2. Ben Amir sebagai Cikgu Azri Mursyid
Watak utama lelaki, seorang guru yang sederhana dan berbeza daripada Dhia. Mursyid berkahwin dengan Dhia atas permintaan Dato’ Harris. Walaupun dia seorang lelaki kampung yang sederhana tetapi berprinsip. Walaupun mereka sering bercanggah pendapat pada awalnya, Mursyid menunjukkan kasih sayangnya secara perlahan.
3. Reen Rahim sebagai Kak Long
Kak Long adalah kakak kepada Mursyid yang menjadi antagonis utama dalam cerita ini. Dia tidak merestui perkahwinan Dhia dan Mursyid, malah cuba memporak-perandakan hubungan mereka.
4. Zaidi Omar sebagai Dato’ Harris
Dato’ Harris, ialah bapa saudara Dhia yang berkeras mahu menyatukan Dhia dengan Mursyid. Dia memainkan peranan penting dalam menjodohkan Dhia dan Mursyid.
5. Aida Khalida sebagai Nek Zahrah (Nenek Mursyid)
Nek Zahrah ialah watak yang penuh kasih sayang dan kebijaksanaan. Dia sering menjadi penghubung antara Dhia dan keluarga Mursyid, terutamanya ketika konflik berlaku. Dengan sifat penyayang dan nasihat yang penuh hikmah, Nek Zahrah membantu Dhia menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung dan memberi sokongan moral untuk mengharungi cabaran perkahwinan.
6. Wanie Ooi sebagai Sabrina
Watak antagonis yang cuba mengganggu-gugat hubungan Dhia dan Mursyid. Sebagai sepupu Mursyid, dia tidak menyetujui perkahwinan mereka. Sabrina sering mencetuskan konflik dengan melaga-lagakan Dhia dan ahli keluarga yang lain, terutamanya Kak Long.
7. Jihaa Sham sebagai Farhani
Farhani ialah seorang individu yang ceria dan positif. Sebagai rakan baru Dhia, dia membantu Dhia memahami adat dan budaya kehidupan kampung. Wataknya mencerminkan sokongan sosial yang Dhia terima, memberikan kekuatan emosi kepada Dhia ketika menghadapi pelbagai cabaran.
8. Ferth Jasni sebagai Ustaz Danial
Ustaz Danial ialah simbol panduan rohani dalam drama ini. Dengan keperibadian yang tenang dan bijaksana, dia sering memberikan nasihat agama kepada Dhia dan Mursyid ketika mereka menghadapi kekeliruan atau cabaran dalam kehidupan.
9. Rahim Jailani sebagai Farhad
Farhad ialah seorang watak yang membawa nostalgia dan elemen persahabatan dalam cerita. Sebagai kawan lama, dia kerap berhubung dengan Mursyid, memberikan perspektif baharu dan nasihat mengenai hubungan suami isteri. Farhad juga bertindak sebagai penyokong moral untuk Mursyid, membantu dia melihat kebaikan dalam perkahwinannya dengan Dhia.
10. Muhsin Nadzli sebagai Faizul
Faizul ialah watak yang menambah warna kepada kehidupan kampung. Dengan personaliti yang bersahaja, dia sering terlibat dalam situasi yang menghiburkan dan mengurangkan ketegangan dalam cerita.
Wataknya memberikan elemen ringan yang menyegarkan, sambil memainkan peranan kecil dalam membantu Dhia dan Mursyid menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama.
Pelakon-pelakon lain seperti Zalela Kadir, Eddy Syamin, dan Wawa Azuwar juga turut menyokong penceritaan drama ini dengan watak-watak sampingan mereka.
Sedutan Episod (1-5)
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Nantikan episod seterusnya!
Waktu Tayangan
Drama Dhia Kasyran mula ditayangkan pada 22 November 2024 dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7:00 malam di TV3.
Episod terkini juga boleh distrim di aplikasi iQIYI sejam selepas siaran di TV, manakala episod percuma boleh ditonton 48 jam kemudian.
Jangan lupa nonton!
Sumber:
- Youtube TV3
- iQIYI