Dengan Siapa Saya Boleh Bersalam? – JAKIM
Pada tahun 2025, umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac mengikut kalendar 2025 (tertakluk pada perubahan).
Sempena hari mulia ini, sudah pasti ramai sanak-saudara, rakan-rakan dan ahli keluarga akan bertemu dan saling kunjung mengunjungi.
Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya, jangan lupa pada larang-larangan yang telah Allah gariskan bagi memastikan hari raya kita diberkati. Salah satunya ialah dengan menjaga batas pergaulan dan dengan siapa kita boleh bersalaman.
Jom baca panduan yang dikongsikan oleh JAKIM di bawah.
BACA JUGA: Majlis Aqiqah – Hukum, Syarat Sah, Aturcara Majlis & Doa
Konsep Mahram & Bukan Mahram dalam Islam
Dalam Islam, konsep mahram dan bukan mahram memainkan peranan penting dalam menentukan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Mahram merujuk kepada individu yang haram dinikahi selamanya kerana tiga sebab utama:
- Hubungan darah (nasab) – Contoh: ibu, anak perempuan, adik-beradik perempuan.
- Hubungan persusuan (radha’ah) – Contoh: ibu susuan, adik-beradik susuan.
- Hubungan perkahwinan (musaharah) – Contoh: ibu mertua, menantu perempuan.
Bukan mahram pula adalah individu yang boleh dinikahi atau tidak mempunyai pertalian kekal yang menghalang pernikahan seperti sepupu, kawan atau jiran yang tiada hubungan darah atau susuan.
Dengan Siapa Saya Boleh Bersalam? Jawapannya, dengan yang mahram. Anda perlu tahu siapa mahram anda sebagai seorang lelaki ataupun wanita.
Perbezaan Mahram & Muhrim
Ramai keliru antara istilah mahram dan muhrim, apa pula beza keduanya?
- Mahram: Berkaitan dengan hukum kekeluargaan (siapakah yang haram dinikahi).
- Muhrim: Merujuk kepada orang yang sedang berihram (haji/umrah) dan perlu mengelak larangan tertentu.
Dengan Siapa Saya Boleh Bersalam?
Bukan Mahram yang TIDAK BOLEH bersalaman bagi lelaki:
- Isteri kepada adik beradik bapa
- Isteri kepada adik beradik emak
- Adik beradik perempuan bapa mertua
- Adik beradik perempuan emak mertua
- Anak perempuan adik beradik isteri
- Kakak ipar
- Adik ipar perempuan
- Sepupu perempuan
- Sepupu ayah (perempuan)
- Sepupu emak (perempuan)
- Isteri kepada anak saudara sendiri
- Isteri kepada anak saudara isteri
Bukan Mahram yang TIDAK BOLEH bersalaman bagi wanita:
- Suami kepada adik beradik bapa
- Suami kepada adik beradik emak
- Adik beradik lelaki bapa mertua
- Adik beradik lelaki emak mertua
- Anak lelaki adik beradik suami
- Abang ipar
- Adik ipar lelaki
- Sepupu lelaki
- Sepupu ayah (lelaki)
- Sepupu emak (lelaki)
- Suami kepada anak saudara sendiri
- Suami kepada anak saudara suami
Hukum Bersentuhan dengan Bukan Mahram
Islam melarang dan menegaskan hukum haram sentuhan langsung antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram termasuk bersalaman kecuali dalam keadaan darurat seperti rawatan perubatan.
Daripada Muhammad bin Munkadir RA berkata, aku mendengar daripada Umaimah binti Ruqaiqah menceritakan:
جِئْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فِي نِسْوَةٍ نُبَايِعُهُ فَقَالَ لَنَا “فِيمَا اسْتَطَعْتُنَّ وَأَطَقْتُنَّ إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ”
Maksudnya: Ketika aku datang bersama perempuan untuk membai’ah kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda: “Aku bai’ah (perjanjian) kepada apa yang kalian mampu dan berupaya akan tetapi aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” – Riwayat Ibnu Majah (2984)
Begitu juga hadis daripada Saidatina A’ishah R.Anha berkata:
وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ، مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلاَّ بِقَوْلِهِ
Maksudnya: Demi Allah, Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan ucapan sahaja. – Riwayat Imam Bukhari (4891)
Tips Mengelak Bersalaman
Terdapat banyak cara untuk menghindari bersalaman dengan ajnabi (bukan mahram) secara sopan. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu:
- Sikap Tegas dan Jelas: Ketika bertemu dengan ajnabi, sampaikan dengan sopan bahwa anda tidak ingin bersalaman.
- Gunakan Isyarat Non-Verbal: Tunjukkan sikap yang tidak bersedia untuk bersalaman, seperti menjauhkan tangan atau mengalihkan perhatian. Anda juga boleh gunakan isyarat seperti meletak tangan di dada atau rapatkan tangan sebagai tanda hormat.
- Bersikap Ramah Tanpa Sentuhan: Anda masih dapat menunjukkan keramahan melalui senyuman atau ucapan selamat tanpa perlu melakukan sentuhan.
- Ciptakan Situasi Alternatif: Jika memungkinkan, ciptakan situasi di mana bersalaman tidak diperlukan. Misalnya, saat bertemu dalam kelompok besar, fokus pada interaksi verbal.
- Pilih Waktu dan Tempat yang Sesuai: Hindari situasi di mana bersalaman mungkin diharapkan, seperti acara formal atau pertemuan sosial yang lebih intim.
- Berikan Penjelasan Jika Diperlukan: Jika seseorang mempertanyakan keputusan anda, berikan penjelasan singkat tentang keyakinan agama anda tanpa merasa perlu membela diri secara berlebihan.
- Jadilah Teladan: Tunjukkan kepada orang lain bahwa anda menghormati batasan ini dengan konsisten. Ini dapat mempengaruhi orang lain untuk menghargai pilihan anda juga.
BACA JUGA: Hukum Puasa Selepas 15 Syaaban
Rujukan:
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
- AL-KAFI #1149: HUKUM BERSALAMAN DENGAN BERLAINAN JANTINA AJNABI – Mufti WP