DeepSeek merupakan model AI terbaharu daripada negara China yang kini menjadi bualan orang ramai di seluruh dunia terutamanya berkaitan dengan teknologi.
Ini selepas syarikat ini sedang menggegarkan pasaran saham global kerana keupayaannya menghasilkan model AI berprestasi tinggi dengan kos yang jauh lebih murah.
Ini mengakibatkan saham Nvidia dan syarikat pengeluar cip lain jatuh, manakala saham syarikat berkait dengan DeepSeek di China melonjak.
Apakah Itu DeepSeek?
DeepSeek ialah syarikat AI dari China yang baru ditubuhkan pada tahun 2023 oleh Liang Wenfeng, seorang ketua dalam dana lindung nilai berasaskan AI, High-Flyer.
Ianya chatbot berasaskan AI yang dicipta untuk bersaing dengan produk besar yang lain seperti ChatGPT, Gemini dan Claude.
Apa yang menjadikan ianya istimewa ialah ianya model AI mereka bersifat open source.
Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh muat turun, ubah, atau gunakan teknologi ini secara percuma.
Model AI terbaharu iaitu DeepSeek R1 dilancarkan oleh syarikat yang berpangkalan di China mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding beberapa model yang dibangunkan oleh OpenAI dan Meta.
R1 dilatih hanya selama dua bulan dengan kos sekitar $6 juta dan menggunakan GPU NVIDIA H800 yang telah dikurangkan kuasa bagi membolehkan ia dijual ke China oleh NVIDIA.
Model ini merupakan open source yang bermakna sesiapa pun boleh memuat turun model ini dan memasangnya di computer sendiri.
Kelebihan DeepSeek
Kelebihan model AI ini adalah seperti berikut:
1. Kos Latihan Rendah
Syarikat ini berjaya membina model AI mereka dengan kos hanya USD5.6 juta sahaja jika dibandingkan dengan GPT-4 dari OpenAI, yang memakan kos USD78.4 juta, atau Gemini Ultra dari Google yang menelan belanja USD191.4 juta.
Dengan bajet yang kecil, model AI ini mampu mencapai hasil yang sama hebatnya dan tidak mustahil lebih baik.
2. Prestasi Tinggi
DeepSeek R1 telah membuktikan keupayaan mereka melalui ujian seperti AIME 2024 untuk matematik, MMLU untuk pengetahuan umum, dan AlpacaEval 2.0 untuk soalan dan jawapan.
Model ini berada setaraf atau lebih baik daripada model-model terkenal lain.
3. Kecekapan Tenaga
Ianya hanya menggunakan hanya 10% daripada kuasa pengkomputeran yang diperlukan oleh model seperti Llama 3.1 dari Meta.
Ini bermakna lebih banyak pengguna, termasuk syarikat kecil, mampu mengakses teknologi AI canggih tanpa memerlukan supercomputer.
Bahkan, kad grafik Nvidia Jetson Nano yang berharga sekitar RM400 pun boleh jalankan model DeepSeek paling kecil!
4. Harga yang Sangat Murah
DeepSeek menawarkan harga penggunaan token yang sangat rendah seperti berikut:
- GPT-4: $15 per juta token
- GPT-3.5: $60 per juta token
- DeepSeek V3: $0.28 per juta token
- DeepSeek R1: $2.19 per juta token
Bagi pembangun atau syarikat kecil, ini adalah berita gembira kerana kos pembangunan produk berasaskan AI boleh dikurangkan dengan drastik.
Kelemahan DeepSeek
Namun, terdapat kelemahan model AI ini adalah seperti berikut:
1. Penapisan Kandungan
Seperti AI lain dari China, ianya menapis topik sensitif.
Contohnya, model AI ini mengelak daripada membincangkan isu seperti protes Tiananmen atau hubungan geopolitik sensitif seperti Taiwan.
2. Masalah Infrastruktur Cloud
Peningkatan populariti model AI ini menyebabkan pelayan mereka mengalami gangguan kerana jumlah pengguna yang mendadak. DeepSeek perlu memastikan infrastruktur mereka mampu menampung permintaan yang semakin meningkat.
Muat Turun DeepSeek
Model AI ini boleh dibuat turun menerusi:
- Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.deepseek.chat
- Apple Appstore: https://apps.apple.com/in/app/deepseek-ai-assistant/id6737597349
Sumber: Izzuddin Yussof & Jazli Izzuddin
Baca juga: PlayStation 6: Jangkaan Pelancaran Di Malaysia & Spesifikasi