Sebut sahaja tentang penampilan serba menarik, unik, penuh warna-warni dan bling-bing, siapa yang tidak kenal dengan sosok usahawan terkenal, Dato’ Vida.
Baru-baru ini heboh di media sosial tentang isu Dato’ Vida berhutang RM1 juta sampai kereta-kereta mewahnya disita oleh makhamah? Namun pasti ramai yang tidak tahu mengenai biodata lengkap usahawan popular ini.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai, Dato’ Vida.
Baca juga:
- 10 Influencer Terkenal di Malaysia
- Founder ZUS Coffee: Ian Chua and Venon Tian
- Kenali Pengasas Bulan Bintang: Jenama Baju Melayu Popular
Latar Belakang
Nama | Dato’ Sri Hasmiza binti Othman |
Nama Panggilan | Dato’ Sri Vida, Dato’ Vida, DSV |
Tarikh Lahir | 24 Oktober 1971 |
Tempat Lahir | Machang, Kelantan |
Pekerjaan | Usahawan, Penyanyi |
Akaun Media Sosial | Instagram @datoserivida Facebook @datoserividaofficial TikTok @datoserividaofficial |
Kehidupan Peribadi
Dato’ Vida pernah berkahwin pertama kali dengan Mohd Amin Yasin pada daripada 2000 hingga 2008. Kemudian bercerai, dan berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014.
Perkahwinan kedua tersebut hanya bertahan selama 3 bulan. Beliau sekali lagi mendirikan rumah tangga pada kali ketiga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin daripada 2014 sehingga 2017.
Hasil ketiga-ketiga perkahwinan tersebut, beliau hanya mempunyai empat orang anak dari perkahwinan pertama.
- Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin: Anak sulung yang dilahirkan pada tahun 2002. Beliau meninggal dunia pada 3 Ogos 2013 dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Meru Hill, Ipoh, ketika berusia 11 tahun.
- Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin: Anak kedua yang dilahirkan pada tahun 2003. Beliau juga terkorban dalam kebakaran yang sama pada usia 10 tahun.
- Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B): Anak ketiga yang dilahirkan pada 19 Mei 2005. Beliau kini berusia 19 tahun dan dikenali sebagai personaliti media sosial serta usahawan muda.
- Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin (Kacak): Anak bongsu yang dilahirkan pada 12 Mac 2007. Beliau kini berusia 17 tahun dan aktif dalam bidang sukan serta media sosial.
Kerjaya & Profesional
Sebelum menceburi bidang perniagaan, DSV berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam, Ipoh, selama 12 tahun. Beliau kemudian membuka salun kecantikan sendiri dengan modal RM100,000 yang dipinjam dari bank.
Dari situ, beliau mengembangkan perniagaan dalam bidang kosmetik dan kesihatan dengan menubuhkan syarikat Vida Beauty Sdn Bhd, yang terkenal dengan produk seperti Pamoga dan Qu Puteh
Single Lagu:
- I Am Me (2017)
- Ku Ikhlaskan (2022)
- Muah Muah Raya (2022)
Filem:
- Hantu Kak Limah (2018)
- Gui (2023)
Pencapaian Dato’ Vida
DSV telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri, dikurniakan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pada 24 Oktober 2014.
Beliau juga dikenali sebagai penaja utama beberapa program televisyen popular seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia TV3, dan Anugerah Juara Lagu (AJL29).
Dato’ Vida Hutang RM1 Juta, Aset Kena Sita?
Baru-baru ini, Dato’ Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebuah studio pada tahun 2018 berjumlah RM1,060,285.
Berikutan itu, perintah penyitaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Barangan rumah kecuali bilik Vida yang berkunci bersama empat kenderaan mewah milik usahawan kosmetik tersebut disita.
Beliau dikatakan mempunyai tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk menjelaskan hutang itu, jika tidak barang-barang disita terbabit akan dilelong.
Dato’ Vida yang kini sedang berada di China, telah melantik peguam untuk menyelesaikan isu sitaan dan hutang tersebut.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkit.”
“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional.”
Fakta Menarik Mengenai Dato’ Vida
- Dato’ Vida pernah bekerja di kilang, menjual pokok bonsai, dan bekerja di restoran makanan segera sebelum menjadi usahawan berjaya.
- Beliau memiliki lebih daripada 14 buah rumah dan barang kemas serta aksesori wanita bernilai jutaan ringgit.
- DSV pernah menaja pasukan bola sepak Kelantan dengan syarat nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors dan stadium dicat semula dengan warna merah jambu.
Dengan semangat keusahawanan yang tinggi dan personaliti yang unik, Dato’ Vida terus menjadi figura yang menarik perhatian dalam industri hiburan dan perniagaan di Malaysia.
Sumber:
- Instagram @datoserivida
- TikTok @datoserividaofficial