Cuti Sambutan Tahun Baru 2025 Di Malaysia – Lokasi, Tarikh & Masa
Perayaan Tahun Baru merupakan permulaan bagi kalendar Gregorian yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.
Kebiasaannya malam tahun baru akan disambut dengan bunga api berwarna-warni, pesta hiburan, acara kebudayaan atau konsert dan majlis besar-besaran yang dihadiri oleh ribuan penduduk serta pelancong luar negara.
Sebagai sebuah negara Islam, sambutan Tahun Baru atau Malam Ambang Tahun Baru di Malaysia juga seringkali diisi dengan pelbagai program keagamaan yang menekankan pengisian berbentuk Islamik serta diiringi dengan selawat, zikir, doa selamat dan kesyukuran yang melibatkan ramai pendakwah serta masyarakat setempat.
Sambutan tahun baru ini lazimnya diadakan di bandar-bandar besar seperti di Dataran Merdeka, pusat komersial dan kompleks membeli-belah.
Cuti Tahun Baru 2025 Di Malaysia
Tahukah anda, Tahun Baru atau 1 Januari setiap tahun adalah cuti umum bagi semua negeri di Malaysia kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Perkara ini dimaklumkan melalui Jadual Hari Kelepasan Am / Negeri yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Untuk melihat senarai cuti sekolah, cuti umum tahun 2025 bagi setiap negeri dan cuti umum Persekutuan di Malaysia, sila rujuk :