Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah

Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah merupakan hari kelepasan am bagi negeri Melaka bersempena sambutan ulangtahun pengisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah yang diiktiraf oleh Pertubuhan, Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Selain diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah, Melaka juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Bandar Warisan Dunia pada tahun 2008 dari UNESCO dan yang terbaru telah mendapat status negeri Maju pada 20.10.2010 yang lalu.

Lazimnya bandar Melaka akan dihiasi dengan pelbagai acara dan sambutan bagi memeriahkan aktiviti pelancongan di negeri tersebut.

Negeri Melaka, negeri yang tertua di Malaysia, mengandungi tinggalan dan warisan sejarah negara yang kaya bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, perjuangan nasionalisme hinggalah ke peristiwa Perisytiharan Tarikh Kemerdekaan Negara.

Memandangkan kekayaan sejarah di negeri tersebut, konvensyen Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April 1987 telah merumuskan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia mengiktiraf Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Malaysia.

Dengan pengiktirafan ini, ia meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang telah mempunyai Bandaraya Bersejarah seperti Maghribi dengan Bandaraya Bersejarah Fez, Portugal dengan Bandaraya Bersejarah Lisbon dan Itali dengan Bandaraya Bersejarah Venice.

hari melaka bersejarah
Sumber: https://www.apicel.com.my/projects/malaysia-calendar/

Tarikh Sambutan Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah

Hari Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah ini disambut pada setiap 15 April setiap tahun.

Ia merupakan hari cuti umum bagi negeri Melaka.

Baca juga: Hari Nuzul Al-Quran 2023 & Tarikh Cuti Umum Di Malaysia