Hari Wesak 2025 & Tarikh Cuti Umum Malaysia

CUTI HARI WESAK 2025 & CUTI KELEPASAN AM PERINGKAT PERSEKUTUAN

Hari Wesak atau Vesak Day merupakan hari terpenting dalam kalendar Buddha yang melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kematian Gautama Buddha.

Berikut dikongsikan tarikh sambutannya di Malaysia dan cuti umum bagi negeri-negeri yang terlibat.

Asal Usul Hari Wesak

Menurut sumber, perkataan ‘Wesak’ atau ‘Vesak’ adalah berasal daripada perkataan Pali iaitu Vesakha.

Manakala di dalam bahasa Sanskrit pula disebut sebagai Vaisakha, iaitu nama bulan di dalam kalendar Hindu yang menandakan masuknya bulan ke-5.

Hari Wesak ialah hari cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia dan perayaan ini biasanya jatuh sekitar bulan April dan Mei.

Keputusan untuk menyelaraskan sambutan Hari Vesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat melalui persidangan pertama World Fellowship of Buddhist yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950.

Fakta Sambutan Wesak

Hari ini menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya (Parinirvana).

Patung Buddha kedua terbesar di dunia terletak di Kampung Jambu, Tumpat , Kelantan

Tiga patung Buddha terletak di Tumpat, Kelantan iaitu patung Buddha baring di Wat Phothivihan di Kampung Jambu, Jalan Meranti yang merupakan kedua terbesar di dunia selepas Myanmar, Buddha duduk di Kampung Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Buddha berdiri di Kampung Terbok.

Di kalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Di Malaysia, Hari Wesak juga diraikan meriah dengan perarakan, upacara penyembahan, dan aktiviti amal.

Kuil-kuil seperti di Brickfields, KL dan Kek Lok Si, Penang jadi tumpuan ramai.

Cuti Hari Wesak 2025

Tarikh Hari Wesak 2025 jatuh pada 12 Mei (Isnin).

Ianya merupakan cuti umum bagi SEMUA NEGERI di Malaysia.

Hari Wesak 2025 cuti
Sumber: Hari Kelepasan Am Tahun 2025

Di Malaysia, Vesak Day telah diumumkan sebagai cuti umum berkuat kuasa tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961.

Hari Wesak 2025 cuti
Sumber : Calendar Malaysia

Perayaan ini mungkin disambut berbeza-beza di setiap negara di dunia.

Di Malaysia, lazimnya para penganut Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.

Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan berkumpul dan berarak sambil membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.

Contoh Sambutan Di Negara Lain

Hari ini disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia, cara sambutannya berbeza-beza ikut budaya dan tradisi setempat. Berikut gaya sambutan di beberapa negara:

Sri Lanka

  • Hari Wesak sangat besar di sini!
  • Rumah & jalan dihiasi lampu-lampu Wesak yang cantik dan berwarna-warni.
  • Orang ramai buat “dansal” – iaitu gerai makanan percuma untuk sesiapa sahaja.
  • Terdapat juga perarakan dan drama kisah hidup Buddha di kuil-kuil.

Thailand

  • Sambutan penuh warna di kuil-kuil seluruh negara.
  • Rakyat akan berpakaian putih, berpuasa atau berpantang, dan datang ke kuil untuk bersembahyang dan bermeditasi.
  • Malam Wesak: upacara “Candlelight Procession” – orang ramai berjalan keliling kuil sambil pegang lilin, bunga dan colok.

Myanmar

  • Penganut Buddha berkumpul di pagoda-pagoda besar seperti Shwedagon Pagoda.
  • Mereka akan mandikan patung Buddha dengan air suci sebagai simbol penyucian.
  • Amalan memberi derma, meditasi, dan pelepasan haiwan (contohnya burung) sangat popular.

Indonesia

  • Fokus utama: Candi Borobudur, tempat berlangsungnya sambutan besar Wesak.
  • Upacara walkathon senyap sejauh beberapa kilometer, membawa lilin dan bunga.
  • Ada juga ritual melepaskan lampu udara (sky lanterns) sebagai simbol harapan dan kebebasan.

Walau apa pun cara sambutan mereka, Vesak Day di Malaysia khususnya merupakan masa untuk semua penganut Buddha menyerlahkan serta meraikan nilai-nilai asas seperti toleransi, kasih sayang dan khidmat kepada manusia seperti yang terkandung dalam kehidupan dan ajaran Buddha.