Senarai cuti panjang tahun 2025
Rakyat Malaysia sememangnya beruntung kerana Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai banyak cuti umum setiap tahun, termasuklah untuk tahun 2025.
Sekiranya anda ingin merancang percutian, anda boleh merancang percutian anda dengan memanfaatkan cuti umum supaya anda boleh menggunakan cuti tahunan di tempat kerja untuk hal-hal lain yang lebih mustahak.
Bagi ibu bapa pula, selain kalendar cuti umum 2025 yang perlu diberi perhatian, anda juga perlu menyemak Takwim Persekolahan KPM 2025 bagi memastikan sesi persekolahan anak-anakk anda tidak terganggu ketika merancang percutian.
Tarikh Cuti Umum Malaysia 2025
Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
---|---|---|---|
1 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Januari 2025 | Selasa | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
27 Januari 2025 | Isnin | Israk Mikraj | Kedah, N.Sembilan, Perlis & Terengganu |
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Ke-2 | Semua Negeri |
1 Februari 2025 | Sabtu | Hari Wilayah Persekutuan | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya |
11 Februari 2025 | Selasa | Hari Thaipusam | Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya |
20 Februari 2025 | Selasa | Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan | Melaka |
1 Mac 2025 | Sabtu | Awal Ramadan | Johor, Kedah & Melaka |
4 Mac 2025 | Selasa | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
17 Mac 2025 | Isnin | Hari Nuzul Al-Quran | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu |
23 Mac 2025 | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
18 April 2025 | Jumaat | Good Friday | Sabah & Sarawak |
27 April 2025 | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
11 April 2025 | Khamis | Hari Raya Aidilfitri Hari Ke-2 | Semua Negeri |
1 Mei 2025 | Rabu | Hari Pekerja / Hari Buruh | Semua Negeri |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Semua Negeri |
17 Mei 2025 | Sabtu | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Mei 2025 | Khamis | Hari Hol Pahang | Pahang |
30 Mei 2025 | Jumaat | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | WP Labuan & Sabah |
31 Mei 2025 | Sabtu | Pesta Kaamatan Hari Ke-2 | WP Labuan & Sabah |
1 Jun 2025 | Sabtu | Hari Gawai | Sarawak |
2 Jun 2025 | Ahad | Hari Gawai Hari Ke-2 | Sarawak |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan YDP Agong | Semua Negeri |
6 Jun 2025 | Khamis | Hari Arafah | Kelantan & Terengganu |
7 Jun 2025 | Jumaat | Hari Raya Haji / Korban | Semua Negeri |
8 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji Hari Ke-2 | Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu |
15 Jun 2025 | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Semua Negeri |
7 Julai 2025 | Ahad | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang |
12 Julai 2025 | Sabtu | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang |
22 Julai 2025 | Selasa | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
30 Julai 2025 | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
31 Julai 2025 | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
24 Ogos 2025 | Ahad | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
31 Ogos 2025 | Sabtu | Hari Kebangsaan | Semua Negeri |
5 September 2025 | Jumaat | Maulidur Rasul | Semua Negeri |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Semua Negeri |
29 September 2025 | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
30 September 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Ke-2 | Kelantan |
4 Oktober 2025 | Sabtu | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
11 Oktober 2025 | Sabtu | Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Semua Negeri kecuali Sarawak |
7 November 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
11 Disember 2025 | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
24 Disember 2025 | Rabu | Cuti Hari Natal (Christmas Eve) | Sabah |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Semua Negeri |
RASMI : Jadual Hari Kelepasan Am Negeri dan Persekutuan Malaysia
Hari Kelepasan Am Peringkat Persekutuan
Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Persekutuan seperti berikut:
Hari Kelepasan Am Peringkat Negeri
Bagi memudahkan perancangan untuk bercuti, anda juga boleh merujuk kepada jadual di bawah ini yang memperincikan hari kelepasan am peringkat Negeri seperti berikut:
Rumusan untuk hari kelepasan am peringkat persekutuan dan negeri boleh dilihat daripada fail PDF di bawah:
Rujukan: https://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/perkhidmatan/hari-kelepasan-am
Takwim Cuti Sekolah KPM 2025
Selain kalendar cuti umum 2025 di atas, anda juga boleh merujuk pada Takwim persekolahan KPM di bawah untuk memastikan pembelajaran anak-anak anda tidak terganggu ketika merancang percutian.
Kumpulan A
Kumpulan A merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).
- Tarikh permulaan sesi sekolah: 16 Feb 2025
- Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
- Cuti Penggal 2: 12 Sept – 20 Sept 2025
- Cuti akhir persekolahan sesi 2025 / 2026: 19 Dis 2025 – 10 Jan 2026
Kumpulan B
Kumpulan B merujuk kepada sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Tarikh permulaan sesi sekolah: 17 Feb 2025
- Cuti Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
- Cuti Penggal 2: 13 Sept – 21 Sept 2025
- Cuti akhir persekolahan sesi 2025 / 2026: 20 Dis 2025 – 11 Jan 2026
Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2025 / 2026 yang diumumkan oleh KPM:
- Perayaan Tahun Baru Cina 2025 – 29 dan 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
- Pesta Keamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 dan 31 Mei (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 dan 2 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Krismas – 25 Disember 2025 (Dalam Cuti AKhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
Rujukan: https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik
Senarai Cuti Panjang 2025
Berikut merupakan infografik cuti umum yang bersambung dengan cuti hujung minggu, kombinasi menarik untuk anda merancang percutian yang lebih panjang bagi tahun 2025 nanti.