Hari Wilayah Persekutuan 2023 : Tema, Logo Sambutan

TEMA DAN LOGO SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2023

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini akan dihiasi dengan pertunjukkan air pancut berirama dengan pencahayaan di taman rekreasi, pusat beli-belah dan lokasi tumpuan orang ramai selama sebulan bermula 1 Feb ini.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, berkata pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu dianjurkan bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL dan Pavilion Kuala Lumpur tanpa melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Penganjuran program ini dapat menceriakan lagi Wilayah Persekutuan di samping menambahkan rasa cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan kita.

Ia juga sangat bersesuaian untuk aktiviti riadah bersama seisi keluarga sambil menikmati panorama menarik. Ini sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Rosida berkata antara kawasan yang terlibat ialah di KLCC Lake Symphony Fountain, Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar), Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2 dan Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di Labuan dengan tiada sebarang caj dikenakan untuk menyaksikannya.

Selain itu, beliau berkata program pencahayaan turut diadakan dari 30 Jan hingga 2 Feb melalui pemasangan lampu secara festive mood di semua premis dan bangunan di Kuala Lumpur bagi menyemarakkan suasana Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tema dan logo Hari Wilayah Persekutuan 2023.

Sejarah Ringkas Penubuhan Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur yang dahulunya, sebahagian daripada Selangor diserahkan oleh Sultan Selangor ketika itu, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara dan ditadbir secara langsung.

Labuan pula diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 1984.

Ini diikuti dengan pengisytiharan, Putrajaya secara rasmi sebagai Wilayah Persekutuan ketiga pada 1 Februari 2001.

Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya.

Menurut Profesor Dr Zaid Ahmad dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), penyatuan tiga wilayah itu juga dilihat penting dalam merangsang perpaduan dan pertumbuhan ekonomi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tema Hari Wilayah 2023

‘Wilayah Persekutuan Untuk Semua’ adalah tema rasmi bagi #SHWP2023 yang mencerminkan nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan.

TEMA HARI WILAYAH 2023: ‘WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK SEMUA’

Mencerminkan nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan seluruh komuniti di Wilayah Persekutuan selain melambangkan nilai muafakat yang dimiliki oleh semua warga tidak kira latar belakang bangsa, kaum, dan agama dalam menjadikan Wilayah Persekutna sebagai pusat pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang maju.

Sumber: Jabatan Wilayah Persekutuan

Tarikh Cuti Hari Wilayah

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan diraikan pada 1 Februari setiap tahun dan ia merupakan Hari Kelepasan Am (Cuti Umum) bagi 3 buah wilayah tersebut iaitu:

  • WP Kuala Lumpur
  • WP Labuan
  • WP Putrajaya

Bagi tahun 2023, ia jatuh pada hari Rabu seperti dalam kalendar di bawah.

kalendar cuti 2023

Maklumat Lanjut:

Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan : https://www.jwp.gov.my/