Bagi pemilik kediaman/bangunan/tanah di Kuala Lumpur, maka anda perlu membayar Cukai Taksiran kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL).
Cukai taksiran, juga dikenali sebagai cukai pintu, adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran tempatan untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.
Cukai ini pada asasnya adalah caj untuk mengekalkan kesejahteraan kawasan setempat seperti membayar bil lampu jalan, kos pembersihan dan lain-lain kos yang dirasakan perlu.
Kini urusan semakan dan pembayaran cukai taksiran ini lebih mudah, boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal khas yang dikenalai sebagai DBKLBayar.
Pengenalan DBKLBayar
Portal yang memberikan kemudahan pengurusan pembayaran perkhidmatan, paparan penyata bayaran serta dapat melihat kesemua akaun yang dimiliki oleh pelanggan dengan DBKL.
Portal DBKLBayar ini adalah penjenamaan semula dari CSSP.
Melalui portal ini, pengguna boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti akaun:
- Cukai Taksiran DBKL
- Sewaan Perumahan
- Sewaan Parkir
- Sewaan Gerai Pasara
- Sewaan Hartanaha
- Perbadanan Pengurusan
- Pembayaran Invois (kontraktor) dan lain-lain lagi
Cara Daftar DBKLBayar
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar akaun anda dengan DBKLBayar dan mula membayar Cukai Taksiran DBKL anda:
- Layari laman web https://dbayar.dbkl.gov.my/
- Klik pada pautan “Daftar Sekarang”
- Lengkapkan maklumat individu / syarikat
- Semak emel dan aktifkan akaun DBKLBayar anda
Artikel menarik: Aduan Potholes DBKL: Cara Hantar Aduan Melalui WhatsApp
Semakan Cukai Taksiran DBKL
Mulai tahun 2024 tiada lagi bil bercetak akan dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kini anda boleh menyemak, membayar dan melihat setiap transaksi perkhidmatan yang pelanggan miliki bersama DBKL yang boleh diakses dimana sahaja dengan menggunakan jaringan data internet sedia ada.
Setelah anda mendaftarkan dan mengaktifkan akaun anda, anda boleh melakukan terus semakan cukai taksiran DBKL anda terus melalui dahshboard DBKLBayar anda.
Tarikh Bayaran
Kepada semua pemilik harta di Kuala Lumpur. Ayuh tunaikan tanggunjawab anda dengan membayar cukai taksiran anda anda sebelum tarikh akhir iaitu pada 28 Februari 2025.
Cara bayar Cukai Taksiran DBKL
Bayaran secara dalam talian (online)
Anda boleh membayar terus cukai taksiran ini melalui portal DBKLBayar selepas anda selesai mengaktifkan akaun anda.
Pihak DBKLBayar menerima pembayaran melalui kad kredit/debit, perbankan atas talian dan FPX.
JOM BAYAR CUKAI TAKSIRAN DBKL SEBELUM 28 FEBRUARI 2025!
Kaedah 1 – Melalui Laman Web / Aplikasi Rasmi DBKL
- Layari https://dbayar.dbkl.gov.my/ atau gunakan aplikasi PAY@KL
- Muat turun aplikasi melalui App Store atau Google Play
Kaedah 2 – Melalui JomPAY
Bayaran secara manual
- Kaunter Bergerak DBKL
- Lokasi 1: Bangunan Wisma Central, Jalan Ampang
- Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat
- Lokasi 2 (Tanpa Tunai): Lotus Cheras, Jalan Taman Midah
- Waktu operasi: Isnin hingga Ahad
- Lokasi 1: Bangunan Wisma Central, Jalan Ampang
- Rakan Pembayaran – Maybank, Bank Islam, BSN, Pos Malaysia,PBTPay
Anda juga boleh mengunjungi mana-mana kaunter yang terdapat di lokasi seperti lampiran di bawah:
Pertanyaan dan maklumat lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai portal DBKLBayar atau Cukai Taksiran DBKL, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian 1 800 88 3225 atau 03-2617 9000