15+ Coffee Shop di Johor – Lepak & Remote Work

15+ Coffee Shop di Johor
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

15+ Coffee Shop di Johor – Lepak & Remote Work

Anda sedang mencari coffee shop di Johor yang menarik untuk lepak santai atau minum kopi premium?

Sama ada kalian seorang ‘coffee addict’ atau hanya ingin cari tempat yang santai untuk menikmati kopi bersama hidangan ringkas, di Johor Bahru terdapat banyak pilihan kafe yang menarik dan trendy.

Jom terokai 12 coffee shop di Johor yang menarik dan wajib anda singgah.

BACA JUGA:  Zoo Johor – Waktu Operasi Terkini & Harga Tiket Masuk 2025

1. Space Cafe

  • Alamat: G11, Space cafe, 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 8 AM–9 PM

Space Cafe adalah salah satu coffee shop di Johor Bahru yang sangat popular terutama dalam kalangan peminat kopi. Suasana kafe yang luas dan tenang sangat sesuai untuk dijadikan port lepak santai atau temu janji bersama seseorang.

Antara minuman yang menjadi tarikan di kafe ini ialah Prugna Cold Brew, Caramel Biscotti Coffee, Caramel Cinnamon Cafe Latte dan Holy Grape. 

Selain itu, Space Cafe juga menawarkan pelbagai pastri seperti Red Bean Butter bun, crème brûlée tart Basque burnt cheesecake dan macam-macam lagi!

2. The Founders Cafe

  • Alamat: Tiong Nam Tebrau, 45, Jln Tiong Emas, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 9 AM–10 PM

The Founders Cafe merupakan satu lagi destinasi kafe menarik di Johor Bahru yang wajib anda kunjungi. Menampilkan konsep ruang yang moden, luas dan penuh cahaya semula jadi, kafe ini sering menjadi pilihan mereka yang gemar mengambil gambar ‘OOTD’ sambil menikmati secawan kopi panas.

Menu di sini menawarkan hidangan fusion, Malaysia, India, Barat dan Cina serta pelbagai pastri artisan yang segar setiap hari. Ada banyak sangat pilihan untuk membuatkan perut anda kenyang!

3. Nimmies Pastry Cafe

  • Alamat: 171, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 8 AM–9 PM

Bgai peminat kopi dan juga pastri, Nimmies Pastry Cafe adalah antara coffee shop di Johor yang tidak boleh dilepaskan. 

Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan pastri (semestinya!) serta minuman seperti kopi, Matcha Latte, Chocolate Latte serta minuman unik lain yang anda kena cuba. 

Terkenal dengan suasana ala Paris yang elegan dan ruang dalaman yang bergaya serta selesa, kafe ini sering menjadi tumpuan pelanggan yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan sama ada untuk bersarapan, makan tengah hari mahupun minum petang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagi pencinta makanan berat, Nimmies Pastry Cafe menawarkan menu fusion yang menarik seperti Curry Laksa Spaghetti, Salted Egg Soft Shell Chilli Crab Squid Ink Spaghetti, Chicken Cutlet Green Pesto Tagliatelle dan sebagainya. 

4. Grind.jb

  • Alamat: 222, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 9 AM–6 PM (Selasa Tutup)

Grind.jb juga antara coffee shop di Johor yang semakin mendapat tempat di hati peminat kopi, khususnya mereka yang ingin merasai kopi berkualiti tinggi.

Kafe ini menawarkan pengalaman minum kopi yang autentik dengan fokus utama pada penyediaan kopi specialty yang diolah dengan teliti oleh barista berpengalaman.

Selain kopi, Grind.jb juga menyediakan beberapa pilihan minuman lain seperti teh dan minuman ringan.

Ada juga bermacam-macam pilihan pastri dan kudapan ringan yang boleh dinikmati bersama kopi.

Kafe ini tampil dengan dekorasi industri moden yang ringkas namun menarik. Sangat sesuai dijadikan lokasi bersantai mahupun tempat untuk ‘work from cafe’. 

Grind.jb adalah tempat yang wajib masuk dalam senarai kafe ‘must-visit’ di Johor Bahru anda!

5. Commune by the Creators

  • Alamat: 228 & 230, 228 & 230, Jalan Adda 7, Taman Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Isnin, 9 AM-6 PM (Isnin Tutup)

Commune by the Creators Johor bukan sahaja tempat untuk menikmati kopi dan makanan yang sedap tetapi juga merupakan ruang komuniti yang menggabungkan seni, kreativiti dan budaya tempatan. 

Menu di Commune by the Creators menawarkan pelbagai pilihan kopi specialty, minuman segar serta hidangan ringan dan pastri. 

Bagi penggemar makanan, kafe ini turut menyediakan pilihan menu menarik seperti Chicken Pesto Pasta, Kimchi Fried Rice dan pelbagai kek.

6. My Liberica Coffee

  • Alamat: 73, Jalan Molek 3/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 11 AM-7 PM

Kalau anda suka kopi Liberica, anda kena singgah di kafe My Liberica Coffee ini. Ia menawarkan pengalaman minum kopi yang berbeza dengan fokus kepada rasa dan kualiti biji kopi Liberica yang istimewa.

Menu utama kafe ini sudah tentu kopi Liberica dalam pelbagai variasi, dari espresso, latte hingga cold brew. Anda boleh rasa pelbagai profil rasa kopi yang kaya dan berbeza daripada kopi biasa.

Selain kopi, My Liberica Coffee juga menyediakan beberapa pilihan minuman lain serta pastri ringan untuk melengkapkan pengalaman minum kopi anda.

7. The Blue Door Coffee House – Coffee Specialty

  • Alamat: 36A, Jalan Austin Height 7/8, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Isnin-Rabu (11.30 AM–10 PM), Khamis-Ahad (11 AM–12 AM)

The Blue Door Coffee House merupakan satu lagi port kafe yang semakin mendapat perhatian di Johor Bahru. Terutamanya dalam kalangan pencinta kopi dan penggemar suasana malam yang santai (sebab kafe ni buka sampai tengah malam tau!). 

Menu kopi di sini sangat pelbagai termasuk espresso, latte, cold brew dan pelbagai minuman kopi lain yang menggunakan biji kopi specialty dari pelbagai rantau. 

Selain kopi, kafe ini juga menyediakan pilihan makanan ringan dan pastri yang lazat untuk melengkapkan pengalaman minum kopi anda.

Dekorasi kafe yang bergaya dan pencahayaan yang baik menambah keselesaan dan mood yang menyenangkan untuk setiap pengunjung. 

8. Kopi Rakyat JB

  • Alamat: 22, Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Isnin-Khamis (10 AM–7 PM), Sabtu (10 AM–11 PM), Ahad (10 AM–10 PM), Jumaat Tutup

Kopi Rakyat JB membawa konsep kafe santai yang dekat di hati rakyat. Ringkas, selesa dan penuh dengan cita rasa tempatan. 

Menu utama di sini menampilkan pelbagai jenis kopi tradisional seperti kopi O, kopi tarik dan teh tarik yang pekat dan sedap.  Terdapat juga pelbagai pilihan minuman lain dan juga hidangan ringan serta makanan kampung. 

Dengan harga yang berpatutan, Kopi Rakyat JB adalah tempat yang sempurna untuk kalian nikmati secawan kopi sambil berbual kosong bersama rakan atau keluarga. 

9. JC Coffee Stand

  • Alamat: 162, Jalan Adda 7, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Isnin, 8:30 AM–5 PM (Isnin Tutup)

Coffee shop ini terkenal dengan konsep minimalis dan suasana santai yang menjadikannya pilihan utama untuk ‘grab & go’ ataupun lepak santai bersama rakan.

Kafe ini terkenal dengan pendekatan yang ringkas tetapi berkualiti tinggi dalam penyediaan kopi. Ini menjadikannya pilihan popular bagi mereka yang mencari kopi specialty dalam suasana yang santai dan tidak terlalu formal.

Menu kopi di JC Coffee Stand menampilkan pelbagai pilihan minuman espresso dan kopi sejuk yang disediakan menggunakan biji kopi premium. Selain kopi, mereka juga menawarkan beberapa pilihan minuman lain dan hidangan ringan untuk dinikmati bersama.

10. Ikhwan Coffee

  • Alamat: 13c jalan yahya awal, Lorong 3, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.. 
  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis (11 AM–12 AM), Jumaat – Sabtu (3 PM–2 AM), Ahad (3PM–12 AM)

Ikhwan Coffee ni juga salah satu coffee shop di Johor Bahru yang cukup popular dalam kalangan anak muda dan peminat kopi. 

Dengan suasana santai dan waktu operasi yang fleksibel hingga lewat malam, kafe ini menjadi pilihan ramai terutamanya golongan muda dan keluarga yang ingin mencari tempat bersantai atau berkumpul selepas waktu kerja dan pada hujung minggu.

Di sini anda boleh menikmati pelbagai pilihan kopi klasik dan moden, dari espresso, latte, cappuccino hinggalah minuman berasaskan coklat dan teh. 

Selain minuman, kafe ini juga menawarkan pelbagai jenis pastri, kek dan makanan ringan yang sesuai untuk dinikmati bersama kopi pilihan anda.

11. Gigi Coffee

  • Alamat: Ada banyak cawangan. 
  • Waktu Operasi: Bergantung cawangan.

Gigi Coffee mempunyai beberapa cawangan di Johor Bahru, antaranya di Aeon Bandar Dato Onn, Toppen Shopping Centre, Angsana Johor Bahru Mall, Mid Valley Southkey dan sebagainya. 

Setiap cawangan Gigi Coffee menawarkan konsep kafe yang moden dan santai dengan pelbagai pilihan minuman kopi yang berkualiti tinggi. 

Dengan konsep kafe yang ringkas tetapi menarik, serta harga yang berpatutan, Gigi Coffee adalah pilihan ideal untuk sesiapa yang ingin ‘coffee fix’ ketika membeli-belah atau bertenang daripada ahri yang sibuk. 

12. Frenche Roast Coffee

  • Alamat: Lot B3#01-03A No.7 Molek Pine 3 Apartment, Jalan Molek 1/27, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8:30 AM–8 PM), Sabtu – Ahad (8:30 AM–9 PM)

Frenche Roast Coffee adalah sebuah kafe specialty yang menawarkan kopi berkualiti tinggi dengan fokus pada proses sangrai dan penyediaan kopi yang teliti. 

Menu di sini menampilkan pelbagai jenis kopi specialty, termasuk espresso, pour-over dan cold brew yang disediakan menggunakan biji kopi segar yang dipanggang sendiri.f

Selain kopi, Frenche Roast Coffee juga menyediakan beberapa pilihan minuman lain dan hidangan yang menarik untuk dicuba. .

13. 3littlechef @ Trove

  • Alamat: Ground Floor, Trove Hotel, Jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad, 80300 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari, 8:30 AM–8 PM

3littlechef @ Trove merupakan sebuah kafe yang terletak di aras bawah Trove Hotel, Johor Bahru. Ia menjadi pilihan ramai terutamanya tetamu hotel dan penduduk setempat yang ingin menikmati kopi bersama hidangan ringan. 

Di sini terdapat pelbagai pilihan kopi premium seperti Iced Cafe Latte, Espresso Macchiato dan Mocha.  Bagi yang bukan peminat kafein, mereka turut menyajikan minuman seperti Coklat Panas dan pelbagai teh herba serta matcha. 

Hidangan di kafe ini juga sangat menarik. Ada macam-macam jenis hidangan ringan dan juga berat termasuk kek dan pastri.

14.  Sunday Morning Coffee Shop

  • Alamat: 124, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Rabu,  9AM-5PM (Rabu Tutup)

Sunday Morning Coffee Shop menawarkan pengalaman ngopi yang ringkas tetapi penuh gaya di tengah-tengah bandar Johor Bahru. 

Dengan konsep minimalis dan aesthetic, kafe ini sering menjadi pilihan kaki kopi dan penggemar fotografi kerana sudut-sudutnya yang “Instagrammable”.

Selain kopi, mereka juga menawarkan beberapa hidangan ringan dan pastri termasuk pilihan makanan utama seperti Japanese Curry Rice dan Udon Noodle Soup yang sesuai untuk pencinta makanan comfort. 

15. Flowers In The Window

  • Alamat: 9, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Selasa,  9AM- 4PM (Selasa Tutup)

Flowers In The Window juga antara coffee shop di Johor yang anda kena cuba. Kafe ini bertemakan elemen vintage dan suasana ala taman bunga. 

Menu di Flowers In The Window menampilkan pelbagai hidangan fusion yang sihat termasuk pilihan superfood, salad serta pelbagai pastri dan kek buatan sendiri yang sangat digemari pelanggan. 

Minuman pula semestinya ada kopi dan beberapa pilihan lain seperti jus, soda berperisa herba dan sebagainya. 

Kafe ini telah pun diiktiraf sebagai restoran halal, Jadi anda tak perlu ragu-ragu nak cuba semua makanan yang ada di sini!

16. The Replacement

  • Alamat: 33 34, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. 
  • Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Jumaat,  9AM- 4.30PM (Jumaat buka sehingga 5 PM)

Terkenal sebagai antara pioneer dalam dunia kafe hipster Johor Bahru, The Replacement merupakan satu destinasi wajib buat para pencinta kopi!

Menu kopi di sini menawarkan pelbagai pilihan minuman espresso, pour-over, dan cold brew yang menggunakan biji kopi premium dari pelbagai negara.

Selain kopi, mereka juga popular dengan menu brunch ala Barat seperti churros, soft-shell crab burger, dan eggs benedict yang menyelerakan. Jangan lupa singgah ya!

17.Semicolon.jb

  • Alamat: 60, Jalan Yahya Awal, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis (11 AM–10 PM), Khamis Tutup

Semicolon.jb juga antara pilihan peminat kopi di Johor. Kafe ini menjadi tempat kegemaran ramai untuk lepak santai, sambut hari istimewa atau sekadar menikmati kopi berkualiti dalam suasana yang santai.

Kopi di sini memang memikat! Antara yang paling digemari termasuklah Spanish Latte, Espresso Tonic, dan Dirty Matcha. 

Bagi pencinta manisan, Semicolon juga menawarkan pelbagai pilihan pencuci mulut menarik seperti burnt cheesecake, matcha tiramisu dan soft cookies.

NOTA: Tidak semua kafe mempunyai sijil Halal-certified. Namun, kebanyakannya adalah Muslim-Friendly (no park, no lard, no alcohol). Bagi pengunjung Muslim, sila semak semula dengan pihak kafe sebelum berkunjung. 

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: