Bagi pemilik akaun CIMB Bank, proses mendaftar CIMB Clicks sebenarnya tidaklah sukar.
Seperti mana-mana bank di Malaysia, pihak CIMB Bank turut menawarkan perkhidmatan perbankan internet melalui CIMB Cllick untuk semua pemilik akaun CIMB.
Apa itu CIMB Clicks?
CIMB Clicks adalah kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak CIMB Bank untuk para pelanggannya.
Terdapat banyak fungsi-fungsi menarik yang dimuatkan untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan antaranya:
- Semakan akaun – Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata & banyak lagi 24/7, semuanya dari satu tempat.Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata & banyak lagi 24/7, semuanya dari satu tempat.
- Pemindahan Wang – Memindahkan wang dalam dan luar negara dengan mudah. Dengan DuitNow, anda boleh menikmati pemindahan tempatan yang lebih pantas menggunakan nombor mudah alih penerima.
- Membayar bil Bayar bil/Kad/Pinjaman – Lebih 2,000 penerima bil melalui JomPAY di seluruh negara.
- Tambah nilai – Anda boleh memuat semula kredit dengan serta-merta dan selamat melalui CIMB Clicks.
- Mohon & Melabur – Letakkan simpanan tetap, beli unit amanah, pelaburan emas, eIPO, ASNB, TravelCurrency & banyak lagi.
- QR Pay – Buat pembayaran tanpa tunai dengan cepat apabila anda membuat pembayaran di juruwang dengan aplikasi CIMB Clicks.
- Pemindahan Asing – Hantar wang anda ke luar negara dengan selamat melalui Pemindahan Telegraf Asing atau SpeedSend.
dan banyak lagi.
Cara daftar CIMB Clicks
Untuk pendaftaran CIMB Clicks, anda perrlu ke mesin ATM CIMB terlebih dahulu dan ikuti langkah-langkah berikut:
- Masukkan kad dan nombor PIN
- Pada menu, pilihan Branchless Banking
- Pilih pendaftaran CIMB Clicks
- Kemudian, anda perlulah mendaftarkan nombor telefon dan menetapkan 6 digit no PIN
- Kemudian anda akan diminta menetapkan password. Password ini boleh diubah kemudian secara online.
- Kemudian, masukkan nombor handphone.
- Seterusnya, anda boleh cetak resit bukti pendaftaran untuk rujukan anda
- Kod pengaktifan akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Cara aktifkan CIMBC Clicks
Setelah menetapkan nombor PIN dan nombor telefon anda, anda boleh mengaktifkan CIMB Clicks anda berpandukan langkah-langkah mudahh berikut:
- Layari laman CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
- Pada bahagian menu, klik “Register for Clicks”
- Langkah satu: Pilih “CIMB ATM/DEBIT & Credit Card”
- Masukkan nombor kad ATM, 6 digit nombor pin ATM dan tulisan CAPTCHA pada skrin
- Kemudian, tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat
- Klik butang Next
- Tunggu kod pengaktifan OTP dihantar ke nombor telefon anda
- Masukkan User ID dan kata laluan anda
- Masukkan nama ibu, emel dan juga perkataan keselamatan
- Abaikan bahagian “Introducer’s Details”
- Klik butang I Agree & Submit
Cara login CIMB Clicks
Setelah selesai proses pendaftaran di atas, anda boleh terus login masuk ke akaun anda untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk setiap pemilik akaun.
- Pada halaman utama, klik butang Login to Clicks
- Masukkan User ID
- Klik butang Login
- Pastikan gambar SecureWord sama dengan SecureWord yang anda tetapkan
- Kemudian, klik pada kotak “Yes, This is my SecureWord”
- Masukkan password
- Klik butang Login